Monday 1 July 2013

KEAJAIBAN : BANDAR ARGENTINA MUNCUL KEMBALI SETELAH 25 TAHUN MUSNAH TENGGELAM

Boleh nampak jalur lingkaran menunjukkan kawasan keseluruhan bandar


Bayangkan. Kalau sebuah kereta yang tenggelam dalam sungai bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba timbul di permukaan semula. Rasanya cerita itu dah cukup buatkan kita rasa terkejut dengan kemunculan kereta yang hilang.

Macam mana kalau sebuah bandar yang telah lama musnah dan ditenggalami air laut, tiba-tiba muncul semula di permukaan selepas 25 tahun?

( FOTO ) : PERKAHWINAN DIRAJA ADINDA SULTAN KELANTAN DAN ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI

Gambar Perkahwinan Diraja Tengku Amalin Aishah Putri & Pengiran Muda Abdul Qawi

Majlis akad nikah telah diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam, 27 Jun lalu, manakala majlis persandingan pula disempurnakan pada keesokan harinya, 28 Jun 2013 di Istana Negeri. Difahamkan lebih 1,000 tetamu dari dalam dan luar negara telah hadir pada majlis persandingan yang penuh adat istiadat itu. Pasangan pengantin juga dijangka akan turut menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, pada 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran pada 7 Julai ini.

BEKAS MP PAS CERAI ISTERI...


Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

PKR MAHU SINGKIRKAN PAS DARI DUN KUALA BESUT ...???



Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong.

KERABAT DIRAJA DIJEL 4 TAHUN BELASAH PETINJU NEGARA

Kerabat Diraja Dijel 4 Tahun Akibat Belasah Petinju Negara

JOHOR BAHRU : Seorang kerabat diraja Johor dan dua rakannya dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang petinju negara, Mei tahun lalu.

PEROMPAK PECAH MASUK RUMAH YB KHAIRY JAMALUDDIN...?

Banglo Milik KJ Dipecah Masuk

Banglo menteri yang dipecah masuk di Bukit Damansara malam tadi dikenalpasti merupakan milik Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

AMY SEARCH SAKIT JANTUNG...???


KUALA LUMPUR – Setelah seminggu mendiamkan diri, akhirnya lagenda rock Malaysia Amy Search muncul di Institut Jantung Negara (IJN) pada tengahari Khamis untuk rawatan susulan.

LESEN MEMANDU VERSI BARU MULAI 15 JULAI



Pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.  
Ciri Keselamatan 

Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
 Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan. 

SADIS !!! BERCINTA DENGAN ISTERI ORANG, WARGA EMAS DILANGGAR DAN DIBELASAH HINGGA MATI...!!!

Hiasan

KUALA TERENGGANU - Gara-Gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas.

AL-FATIHAH : AWANG HAD SALLEH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi ini di Hospital Putrajaya.

Katanya jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, hari ini.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Bernama

MAT YO BIADAP....BUANG PINGAT DALAM TONG SAMPAH...!!!



Bukit Jalil : Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. 

Pemain terbaik negara itu (kononnya) antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. 


Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan. 

Tindakan beliau itu dilihat satu reaksi yang biadap dan tidak profesional.


SUMBER