Saturday 29 December 2012

AMANAT HADI - SENJATA MAKAN TUAN....???

img-Z17155604-0001

BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.
Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.
Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.
Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan “politik Islam” sehingga mengkafirkan UMNO.
Akibatnya perpecahan yang serius berlaku di kalangan umat Melayu kerana dalam kalangan yang taksub dan tegar dengan sikap radikal ini memilih jalan takfir untuk mencapai cita-cita politik dan “Negara Islam”.
Pulau-memulau, solat dua imam, enggan memakan daging sembelihan orang UMNO, nikah dua kali, perkuburan yang tidak sama dan banyak lagi yang terjadi membayangkan sikap politik orang Pas yang terlalu ‘tajam’ terhadap orang UMNO.

MCA SOKONG DAP ISU KALIMAH ALLAH...???


Petikan laporan Harakah:
“KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.
Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.”
Persoalannya seperti berikut:
Takkan kesemua 80-90 peratus kaum Tionghua itu yang menyokong Pakatan hanya terikut-ikut rentak media pro-pembangkang seperti Malaysiakini sahaja.
Sekiranya The Star ikhlas membawa mesej kempen Barisan Nasional, takkan juga tiada sekerat pun dari kalangan 1.3 juta orang pembaca suratkhabar itu yang mampu membuat penilaian terhadap Lim Guan Eng secara kritis?
Akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sudah beberapa kali Guan Eng telah mengamok dan menyindir seorang wartawan yang pernah menulis rencana-rencana pedas tentang Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Namun majikan beliau The Star membiarkan sahaja pengarang kanan wanita tersebut dicemuh.
Wartawan yang dilenting Guan Eng tidak terbela oleh The Star.

PR BAKAL ADAKAN 'HIMPUNAN SHAMSIDAR' UNTUK HALANG SHAMSIDAR JADI SAKSI...???!!!


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

BUKTI PAS SOKONG KALIMAH ALLAH BERI PADA KRISTIAN....???



Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

SADIS : 6 BULAN BERKAHWIN, SUAMI PUKUL ISTERI HINGGA MAUT


Nor Fatimah Anis Md. Radzi dan suami pada majlis pernikahan mereka di Kodiang, Jitra, Jun lalu.
Kata orang : Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.
Rezeki, ajal dan maut itu adalah ketentuan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menjangka dengan 100% tepat apa yang akan berlaku terhadap 3 perkara itu kepada diri kita sendiri. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Mendirikan rumahtangga dalam usia yang terlalu muda, rasanya agak jarang kita temui di dalam dunia moden serba canggih hari ini. Tetapi agak mengejutkan teman, apabila membaca artikel bahagian Jenayah di Utusan Online hari ini mengenai kisah trajis dan sadis, suami telah memukul isterinya yang berusia 17 tahun hingga maut ketika usia rumahtangga mereka  baru mencecah 6 bulan. Jika tidak silap perkiraan teman, ketika mereka mendirikan rumahtangga, isterinya masih dibangku sekolah Tingkatan 5 dan akan menduduki SPM 2012 (jika masih bersekolah).

Ikuti selanjutnya....

KETUA UMNO BAHAGIAN PANDAN DI PENJARA DAN DENDA.....!!!


Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, dijatuhkan hukum penjara 8 tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur kerana didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512....

Eloklah dikenakan hukuman tersebut, mudah-mudahan memberi pengajaran dan diambil iktibar oleh lain-lain pemimpin agar tidak melakukan perkara serupa. Siapapun anda, yang salah tetap salah.... HARAM TETAP HARAM. Jangan kerana pangkat, harta dan kedudukan yang tinggi menjulang. melakukan perkara HARAM dan DILAKNAT ALLAH...macam makan kacang aja!!!

Parti tidak salah.... tetapi yang menyebabkan parti itu dipandang tidak elok adalah kerana perlakuan individu di dalam parti itu sendiri. Seorang membawa lumpur habis semuanya terpalit!!! Hanya kerana seorang membawa kejahatan, abis semua orang dikatanya jahat.

Jadi, fikir-fikirkanlah....

Inilah yang merosakkan nama UMNO..Patut pun dikena tindakan sekeras kerasnya.Kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri najib memang terbaik sekali....Ahli UMNO atau Tidak tetap akan dikenakan tindakan undang undang.Salah tetap salah...Bukan macam Pembangkang..Salah orang nampak salah nya buat buat tak nampak... 

PAS SIBUK PASAL FELDA, KENAPA TIDAK BUAT 'PERARAKAN ROKET SELAMATKAN LADANG RAKYAT'..???


Perhimpunan 'manusia berbaju oren' yang disertai oleh lebih kurang 500 orang penyokong yang kelihatan macam bodoh-bodoh belaka telah berarak daripada Masjid UTM menuju ke Wisma FELDAdi Jalan Semarak, hari ini, bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada FELDA untuk mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad agar meletak jawatan...

Perarakan yang diberi nama sebagai Himpunan OREN Selamatkan FELDA itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman. Turut disertai oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad dan Dr. Hatta Ramli.

Dalam perarakan tersebut, apa yang kelihatan mendukacitakan teman adalah mengenai sebuah replika yang menyerupai wajah Tan Sri Isa Samad diikat dan diarak pada rotan berbentuk 'T' seolah-olah salib. Keadaan patung itu yang dibuat sedemikian, seperti menunjukkan Jesus yang diikat pada tiang salib (mengikut agama Kristian).