Thursday 8 March 2012

ISU LYNAS DI CHINA PRESS

Pilih beroperasi atau tutup 


 

AKHBAR China Press bertarikh 5 Mac 2012 menyiarkan artikel mengenai isu nadir bumi di Kuantan.


Artikel tulisan penulis yang menggunakan nama samaran San Xian bertajuk “Seperti jawapan kertas soalan sama ada Yes atau No” yang disiarkan dalam Ruangan Kedai Kopi Orang Ramai muka surat C13

Industri nadir bumi di Kuantan, sepatutnya dikategorikan kepada dua pilihan, iaitu memilih ia beroperasi ataupun memilih ia ditutup. Keputusan ini, perlu diputuskan dengan cepat dan tepat, membuat keputusan yang benar-benar bijak, supaya dapat mengelakkan sengketa berpanjangan antara rakyat dan kerajaan.

Sebelum industri nadir bumi ini mengeluarkan pancaran radioaktifnya, pihak kerajaan dan rakyat telah saling menyembur racun (berbalah). Sehingga secara keseluruhannya negara dan rakyat di negara ini dalam keadaan berbalah dan bersengketa.

Orang ramai hanya bertanyakan persoalan: “nadir bumi” dua perkataan ini sahaja, kenapa boleh berlaku pergeseran antara parti pemerintah dan parti pembangkang, pemimpin dalam keadaan kelam-kabut, pegawai- pegawai kerajaan dengan rakyat saling bertentang mata, seperti berlaku peperangan tumpah darah dan permusuhan besar.

Kerajaan Malaysia telah membuka pintu negara ini dengan luas, pindahkan dan sambut industri nadir bumi dari Australia ke negara ini, dihantar ke Kuantan, yang boleh mengharumkan perkembangan ekonomi di situ.

Di tengah-tengah malam rakyat Malaysia telah terjaga, perpatah: pertahankan jangan sampai mengundang perompak masuk ke dalam rumah, satu teori yang wajar. Kesihatan itu juga satu rahmat dan nikmat kekayaan kita.

Industri sektor nadir bumi ini sama ada perlu ditutup ataupun diteruskan? Sebenarnya ia satu keputusan yang sangat mudah, tidak sepatutnya diperlambat-lambatkan, sama juga seperti contoh kita berjudi sama ada mahu letakkan pertaruhan besar ataupun pertaruhan kecil. Bukankah ia akan memberi keputusan muktamad sama ada menang ataupun kalah judi dengan keputusan yang amat cepat?

Kehadiran industri nadir bumi secara senyap-senyap, dalam senyap-senyap juga mereka mahu bincangkan secara terbuka, akhirnya berlaku perbalahan antara rakyat dan kerajaan. Kini perbalahan itu semakin meluas dan sudah menjadi kompleks, terkait pula dengan keselamatan negara, kesihatan rakyat, serta kesan kepada ekonomi, kesan radioaktif, pengurusan bahan sisa yang dikeluarkan dan masalah penempatan pembuangan sisa-sisa tersebut.

Selain itu pakar-pakar sains dan pakar- pakar atom telah pun dijemput hadir, mereka hanya berkata, mereka tidak dapat memberi jaminan. Dalam masa 10 tahun masih boleh dijangkakan, tetapi selepas 30 tahun bukankah ia akan menjadi cerita hikayat dongeng!

Pengetahuan Kerajaan Malaysia tentang nadir bumi agak samar-samar, dan sepatutnya rakyat Malaysia jangan ambil tahu apa itu industri nadir bumi. Kenapa dikatakan begitu?

Kerajaan Malaysia telah bertanya kepada pakar-pakar di seluruh dunia, jawapannya hanya satu sahaja, industri nadir bumi selamat tetapi keselamatannya tiada jaminan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya ambil pandangan dan belajar dari Amerika Syarikat. Dari segi kekuatan Amerika dan tahap teknologi mereka yang tinggi itu, kenapa mereka tidak bina industri nadir bumi di negara mereka? Dan lebih-lebih lagi kita kena bertanya kepada China, kenapa mereka kurangkan secara besar-besaran penghasilan nadir bumi? Tanya apakah masalah yang telah berlaku kepada industri nadir bumi di Mongolia China? Dan bencana apa pula telah berlaku di sana?

Sudah tentu isu yang paling penting sekali negara penghasil dan pengeluar nadir bumi seperti Australia, kenapa mereka tidak bina kilang di tempat mereka sendiri untuk menjana kekayaan yang sangat menguntungkan itu. Kenapa di seluruh negara mereka terus putuskan industri itu ditutup seperti “buang bayi”, dihadiahkan kepada Malaysia, dan berkempen kepada kerajaan BN untuk menceritakan kepada rakyat benda yang “ganjil” itu memang sudah boleh diperolehi, kita jangan terlepas peluang untuk mendapatkan keuntungan daripada penghasilan nadir bumi!

Media dunia Barat mengalu-alukan dan menyanjung Malaysia, kerana negara kecil ini mampu ada industri nadir bumi yang terbesar di dunia. Peringkat permulaan ia dihasilkan akan menampung 1/3 daripada keperluan dunia, selepas tahun kedua dan tahun ketiga penghasilannya akan meningkat menjadi penguasaan ranking tertinggi dunia. Penghasilan itu akan menampung 50 peratus hingga 80 peratus keperluan dunia, boleh hapuskan kuasa monopoli China.

Negara-negara Barat anggap Malaysia bina industri nadir bumi semata-mata mahu perjudikan, umpama perbezaan di antara menang judi akan bertahkta, kalah judi akan merempat. Kelak Malaysia bukan sahaja menjadi hero di peringkat antarabangsa dalam industri nadir bumi, mungkin akan menjadi maharaja nadir bumi sedunia.

Seluruh dunia sanggup memuji Malaysia, kerana menjadi maharaja industri nadir bumi, kerana hasil bahan nadir bumi itu amat diperlukan di seluruh dunia, tetapi mereka sangat-sangat tidak mahu menghasilkan barangan itu di tempat mereka sendiri.

Jika peta negara kita ditampal pada peta Australia, jika dibandingkan saiznya negara kita hanya seperti sebiji kacang tanah sahaja. Jika ditampalkan di peta dunia, mata kita tidak dapat melihatnya kerana ia terlalu halus seperti habuk, di muka bumi ini masih ada peta sekecil habuk yang tidak dapat dilihat dengan mata, adakah layak menjadi pahlawan dalam arena industri nadir bumi!

Kerana kerajaan Malaysia tidak tahu menahu tentang industri nadir bumi, ingin menjadi maharaja, sebaliknya rakyat tidak perlu ambil tahu pun akan berkata No. adakah teori yang begitu mudah sama ada Yes ataupun No kerajaan BN masih mahu menungggu keputusan daripada Tuhannya?

PENGGODAM ANONYMOUS DEDAHKAN, MAYAT OSAMA LADEN TIDAK DIBUANG KE LAUT, TETAPI DI BAKAR!!!

LONDON - Jenazah bekas ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden tidak dikebumikan di laut seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat (AS), tetapi mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar di satu lokasi rahsia.


Beberapa e-mel yang didakwa diperoleh oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous mempertikaikan kenyataan rasmi White House mengenai tempat persemadian terakhir Osama.


E-mel tersebut dipercayai sebahagian daripada 2.7 juta e-mel yang dibocorkan oleh Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor dan dikongsi bersama dengan WikiLeaks.


Stratfor menyifatkan penggodam sebagai 'pencuri' dan memberi amaran sesetengah e-mel itu mungkin dipalsukan atau dipinda.




Menurut e-mel tersebut, Osama ditembak mati semasa serbuan komando SEAL tentera laut AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2001 dan mayatnya diterbangkan ke AS untuk dibakar.


Sejurus selepas Osama dibunuh dalam serbuan itu, pentadbiran Presiden AS, Barack Obama berkata, jenazah ketua al-Qaeda itu diturunkan ke laut selepas diurus dan disembahyangkan di atas kapal perang USS Carl Vinson.


Namun, dalam e-mel yang disalurkan oleh Anonymous kepada WikiLeaks, Naib Presiden Stratfor bagi Perisikan, Fred Burton berkata, beliau meragui versi White House mengenai apa yang berlaku kepada mayat Osama.


Kata Burton dalam e-mel itu, mayat Osama diterbangkan ke Dover di negeri Delaware, AS dengan sebuah pesawat Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan seterusnya ke Institut Patologi Angkatan Bersenjata di Bethesda, Maryland.


Dakwaan itu sudah pasti memarakkan lagi teori konspirasi, terutamanya kerana Institut Patologi yang disebut oleh Burton itu ditutup pada 15 September 2011, empat bulan selepas pembunuhan Osama.


Bagaimanapun dalam kenyataan pada 27 Februari lalu, Stratfor berkata, pihaknya tidak akan mengesahkan mana-mana e-mel yang dibocorkan itu, yang sesetengahnya mungkin dipalsukan atau dipinda dengan memasukkan maklumat tidak tepat. - Agensi

BEKAS IMAM BALING SELIPAR PADA HAKIM DIHUKUM PENJARA SETAHUN!!!

MUKADDIMAH DI SINI


Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini setelah didapati bersalah menghina mahkamah. 

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu, berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.



Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.

"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun. 

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil di dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini. 

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli. - BERNAMA 

IMBAS KEMBALI : 7 WASIAT RAJA MELAYU


Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

CARA YANG BETUL DAN PALING TEPAT KETIKA MEMANGKAH DI PRU 13 NANTI.... ANDA BIJAK!!!!!

Jangan ada yang tersilap.... jangan ada yg keliru. Lambang dacing itu sentiasa seimbang sepanjang masa. Sejak dulu kini dan selamanya, lambang itu berlatar belakangkan warna biru dengan lambang dacing itu di aplikasikan dengan warna putih.

UNDILAH BN.. ANDA MEMANG BIJAKSANA...!!!



PAS KAMUNTING TUDUH DR. ZAMBRY BUAT FITNAH!!!!



PERAK TODAY hari ini memaparkan berita tersebut seperti berikut :

Isu ini sebenarnya kekeliruan maklumat, Blogger Cikgu Din dari blog Sisi Bukit terus menuduh Menteri Besar Perak menyebarkan fitnah. Ini ekoran daripada soalan wartawan mengenai apa yang ditulis dalam blog Taiping Central Blogspot.
Dr Zambry hanya mengulas apa yang disuarakan oleh wartawan. Memanglah betul apa yang disebut oleh Dr Zambry. Jika ia benar, memanglah menggambarkan Pas terdesak sehingga merayu supaya didermakan sebahagian daripada wang bonus RM 500 yang diperolehi oleh  ahli Pas yang bekerja dengan kerajaan. Tak kira lah wang BR1M atau wang apa pun.
Menurut Taiping Central,  ia juga melibatkan bantuan BR1M tetapi salinan  photostat yang didedahkan oleh Taiping Central terlalu kecil dan hanya membesarkan bahagian bawah sahaja. ( Rujuk di sini).  Oleh itu, pendedahan Taiping Central masih boleh dipertikaikan.
Isu ini bukan sahaja di Kamunting tetapi sampai satu Malaya. Pas Pusat juga tidak menafikan perkara ini. Malah Pas Parit juga melakukan perkara yang sama.
Perak Today hari ini mengambil jalan tengah, sekiranya Dr Zambry tersalah cakap harap beliau dimaafkan dan begitu juga blogger Sisi Bukit dan untuk Pas Kamunting, janganlah cepat menghukum orang, buatlah penerangan yang telus dan jelas.
Carilah titik persamaan dan bukan titik perbezaan.

RAMAI ORANG PAS TERIMA DAN MAKAN RASUAH...???!!!


Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu ”rasuah” sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?” soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera di sini.

Beliau turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan Pas itu kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman politik telah disalah anggap.

Katanya, pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan sedangkan parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan bercelaru.— BERNAMA/Utusan

SBPA DIBATALKAN, SSM DITERIMA SEMULA... COLA DITAMBAH...



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).




Mohd Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.





"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - mStar Online

GILA..!!! MEDAN 'PERANG' MERAPU...!!!


BENARKAH, lagi kita ada banyak laman web sosial seperti Twitter dan Facebook, lagi parah ‘penyakit’ kita dapat?

Buka sahaja rangkaian web sosial ini, berapa sangat maklumat yang benar-benar berbentuk ilmiah, maklumat mengenai bidang-bidang tertentu atau pengetahuan am yang kita peroleh? Itu pun kalau niat kita memang mencari maklumat sebegitu.

Lain-lain lebih kepada hal-hal bercakap mengenai diri sendiri dan ada yang gemar melawak merapu untuk sekadar memberi hiburan ringan, ini perkara biasa. Tiada apa masalahnya. Yang ingin saya sentuh di sini adalah perihal yang sengaja memalukan diri sendiri serta hilangnya pertimbangan, kawalan diri dan budi bahasa dalam menggunakan kemudahan ini.

Sedar atau tidak, Twitter dan Facebook (FB) kini adalah saluran paling popular untuk melancarkan ‘perang’ terhadap pihak tertentu secara terang-terangan. Tidak kira ahli politik, kawan, bekas kawan, kekasih, suami atau isteri.
Tanpa rasa segan silu atau berselindung semuanya diungkit di alam maya, semua orang dapat membacanya secara langsung.

Dan apabila si pelakunya ialah seorang yang dikenali ramai, artis atau pemimpin masyarakat contohnya, ia akan mengundang perhatian berjuta-juta orang yang menggunakan laman tersebut.

Yang hairannya, bila pihak wartawan menanyakan dan menulis mengenainya, tahu pula pihak terbabit memberi komen tidak mahu memanjangkannya, walhal semuanya sudah panjang lebar dihamburkan di laman web sosial berkenaan.

Kita tolak tepi mengenai hak untuk berbuat demikian. Setiap orang yang membuka laman tersebut berhak untuk menyatakan rasa, pendirian atau pendapat. Kemudahan ini pun diwujudkan untuk berkomunikasi di alam maya dengan rakan-rakan setempat atau yang berada di seluruh dunia.

Memanglah, masing-masing punya Twitter atau FB, masing-masing punya hak menulis apa-apa, tetapi sedarkah kita bukan berseorangan di alam maya sana. Ramai yang jadi tukang baca dan melihatnya. Ada yang pada awalnya tak ada niat atau tak berminat membacanya tetapi apabila terpandang akhirnya terdorong untuk membacanya juga.

Itu belum masuk lagi bab-bab remaja atau budak-budak sekolah yang turut mempunyai Twitter dan FB yang terbaca maki hamun sebegitu. Tentunya ia memberi contoh yang tidak baik kepada mereka. Lebih-lebih lagi yang memaki hamun itu ialah artis pujaan atau idola mereka.

Jika budak-budak sekolah bergaduh sesama kawan-kawan mereka di laman sosial begitu, kita boleh faham, mereka itu belum matang dalam berfikir dan ayat-ayat yang digunakan kadang-kala pun kita boleh tertawa sendiri, memang nampak ‘comel’. Tetapi kalau orang tua yang bergaduh, dengan menggunakan perkataan kesat, menunjukkan rasa tidak puas hati dengan emosi yang melampau, anda sendiri tahulah macam mana kelihatannya.

Menggunakan laman web sosial sebagai saluran melepaskan geram, mendedahkan hal-hal peribadi dan melancarkan peperangan dengan pasangan dan kawan-kawan dengan penggunaan bahasa lucah, kesat dan kasar, adakah itu tindakan orang yang cerdik?

Tidakkah mereka sedar bahawa melalui tindakan yang emosional sebegitu, akan membuatkan orang ramai dengan mudah dapat menilai tahap IQ mereka?

Kita pun hairan dengan sikap segelintir kita, yang merasa diri cukup hebat bila dapat memaki-hamun individu tertentu. Mereka merasakan sungguh ‘cool’ dan satu kepuasan apabila berbuat demikian, walhal ia hanya menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Ini juga satu ‘penyakit’ dalam masyarakat, apabila cuba mengangkat amalan memaki hamun dan memfitnah itu satu budaya. Dan boleh jadi tunggang-langganglah dunia, sekiranya orang yang mengeluarkan kata-kata kesat itu diangkat sebagai ‘hero’ atau hanya mungkin dia sendiri menganggap dirinya hero.

Berbalik kepada laman web sosial, mengapa ingin menjadikan diri mangsa kepada teknologi komunikasi ini? Sedangkan perkara-perkara peribadi seperti ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan individu terbabit secara bersemuka, atau kalau lebih serius membawanya ke mahkamah.

Umpama segelintir rakyat negara ini yang hilang pertimbangan dengan mengetepikan kesopanan dan budi bahasa apabila memandu kenderaan, tetapi apabila di luar kenderaan dia okey, begitulah sikap sesetengah daripada kita apabila berhadapan dengan komputer masing-masing.

Kita ada kemudahan berkomunikasi yang canggih-canggih, di kebanyakan tempat kita sudah boleh mengakses kemudahan ini. Tetapi yang menyalahgunakan kemudahan tersebut segelintir kita juga. Menggunakan ia untuk tempat melepas geram.

Bayangkan, kalau kita ada banyak lagi rangkaian laman web sosial seperti ini. Dan laman seperti ini akan terus wujud dan diberi penambahbaikan setiap masa. Sampai bilakah kita akan terus membaca perkara-perkara yang ‘merapu dan meraban’ seperti ini?