Tuesday 3 December 2013

POLIS TAHAN 2 LELAKI DISYAKI AHLI GENG TOPENG

2   disyaki saki baki ahli  Geng Topeng ditahan

Kuala Lumpur : Dua lelaki dipercayai saki baki ahli Geng Topeng ditahan di Jalan SS14, Subang Jaya, semalam, apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar tembok ketika melarikan diri daripada polis.

LELAKI WARGA EMAS BUNUH DIRI DI TAMAN PERMAINAN DI SUBANG JAYA

Tempat mangsa ditemui mati

PETALING JAYA : Perniagaan yang sedang dilanda masalah didakwa menyebabkan seorang lelaki berusia 60 tahun bertindak membunuh diri di sebuah taman permainan di Subang Jaya pada Selasa.

PERBICARAAN PENSYARAH UPM CABAR KERAJAAN AS DIMULAKAN

PETALING JAYA : Cubaan Pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Rahinah Ibrahim membersihkan namanya daripada senarai orang yang tidak boleh 'menjejakkan kaki' ke Amerika Syarikat mula dibicarakan di Mahkamah Persekutuan San Fransisco pada Isnin.

'KARNIVAL JOM HEBOH' JADI TEMPAT ANAK-BERANAK PENJENAYAH BEROPERASI

Polis menahan sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka, yang dipercayai meragut barangan kemas kanak-kanak di karnival 'Jom Heboh', di Bukit Jalil, Sabtu lepas.

#PAU2013 - PUTERI TUBUHKAN 3 BIRO BAHARU

maserm

KUALA LUMPUR : Puteri Umno menubuhkan tiga biro baharu untuk memantapkan peranan sayap itu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan merapatkan jalinan persaudaraan dengan masyarakat.

ZAHNITA TUNTUT FASAKH SETELAH 8 TAHUN BERKAHWIN

zahnita
Perkahwinan selama 8 tahun yang diceriakan dengan kehadiran 2 puteri, Zahnita Wilson telah pun memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Abdul Zackery Ghouse. Sebutan pertama kes penceraian pasangan ini akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.

BUDAK 12 TAHUN DIBUNUH DAN DIROGOL 10 LELAKI.....MALAYSIA SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK...???


SETIAP hari seolah-olah satu hal yang tidak lagi selamat untuk kanak-kanak di negara ini apabila dihidangkan dengan kes mengenai kanak-kanak dibunuh. Selepas kes 3 beradik ditemui dibunuh kejam di tempat berasingan semalam, hari ini di Sarawak pula dilaporkan seorang budak perempuan berumur 12 tahun dipercayai dirogol dan dibunuh oleh 10 lelaki ketika menghadiri majlis pertunangan saudaranya...

SUAMI 'NAIK HANTU' KELAR ISTERI MINTA CERAI

Foto

Seremban : Seorang suami berumur 30an, 'naik hantu' dengan mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan isterinya apabila isteri yang dikahwininya 10 tahun lalu itu meminta cerai daripadanya. 

YAZIT (SEARCH) KOMA DI HOSPITAL ADALAH BERITA PALSU

PETALING JAYA : Isteri kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmat iaitu Ramlah Mat, berharap pihak luar tidak membuat spekulasi berhubung keadaan suaminya yang dikatakan bertarung nyawa dan berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2013 BERMULA HARI INI


KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2013 bermula hari ini dengan majlis perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

MIC MOHON UNESCO ISYTIHAR LEMBAH BUJANG TAPAK WARISAN DUNIA

Lembah Bujang

KUALA LUMPUR  -  Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) mengisytiharkan Lembah Bujang yang wujud sejak abad kelapan di Kedah sebagai tapak warisan dunia.

GUNA NAMA SAIFUL APEK PIKAT UJIBAKAT PELAKON FILEM

Saiful Apek

PELAKON dan pelawak terkenal, Saiful Apek mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sejak 2010.

KEMATIAN PAUL WALKER - KEBOCORAN MINYAK STERENG PUNCA PORSCHE CARERA GT LANGGAR POKOK DAN MELETUP


NAHAS yang meragut nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker dijangka berlaku ekoran kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas.