Monday 2 January 2012

DALANG DEMO PELAJAR UPAHAN ANWAR DI DEDAH...!!!

Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.
1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah kerajaan negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.
Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.
Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar.
Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.
Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.
Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu
 
Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil
Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si peyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).
2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.
Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.
Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.
Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.
pemuda-pemuda PKR sedang menyorok-nyorok di belakang Adam..
Adam dikenakan tindakan tatatertib oleh UPSI yang dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari.
3. Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.
Menurut penaminang.blogspot.com kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia.
“Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk mengoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj Politik. Dengan politik syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, kata blogger itu.
Foto di sebelah disusun oleh penaminang yang menunjukkan perkaitan Khalid Ismath dengan Anwar Ibrahim. Dari kultus Anwar maka beraraklah siswa pro syiah itu menuntut pemansuhan AUKU, sedangkan semasa Anwar menjadi Menteri pendidikan, beliau sendiri tidak berusaha meminda AUKU, apatah lagi mahu memansuhkannya.
4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS.
Menurut penaminang, Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dengan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu.
Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.
Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus.
Shazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.
Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri.
Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Shazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.
Shazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.
Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.
5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.

DATUK SALLEH MAJID SELAMAT DIKEBUMIKAN.....


Bekas Presiden Bursa Malaysia dan pakar ekonomi tersohor Datuk Salleh Majid, 62 telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser usus dan kegagalan buah pinggang.
Jenazah allahyarham akan bawa ke rumah bondanya di 1055 Jalan Hj Mokhtar, Kg Pasir, Ulu Kelang dan disolatkan di Masjid Kg.Pasir, Ulu Kelang.
Jenazah beliau kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang di sini petang ini sejurus selesai solat jenazah yang menyusuli solat Asar di masjid tersebut.

Antara yang menziarah jenazah Allahyarham yang dibawa ke rumah ibunya di Kampung Pasir, Hulu Kelang ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman. — BERNAMA

SIAPA BLOGGER PEMBOHONG YG AKAN DISIASAT POLIS..???


Blog-blog pro-Pakatan sebenarnya cuba memanipulasikan sebarang berita yang berkaitan dengan Adam Adli serta gerombolan pelajar-pelajar universiti yang tidak berpuas hati dan gila demonstrasi. Justeru sebarang berita yang dianggap boleh meraih simpati dan meningkatkan kebencian awam terhadapi institusi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM, maka mereka akan berusaha untuk memanipulasi berita tersebut dengan sedaya upaya.
Tengah malam Tahun Baru 2012 menyaksikan Adam Adli serta kumpulan pelajar yang menganggotai SMM dan BEBAS membuat demonstrasi di hadapan UPSI. Alasan kepada demonstrasi tersebut adalah KEBEBASAN AKADEMIK dan SELAMATKAN ADAM ADLI. Adam Adli yang menjadi penyebab utama demonstrasi tersebut dikutuk dan dihina oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana berperangai biadap dalam satu demonstrasi yang menyaksikan bendera berwajah Najib Abdul Razak diturunkan.

MB PERAK PRIHATIN DAN SIMPATI KELUARGA MANGSA KEMALANGAN NGERI....

MB PERAK MELAKUKAN KUNJUNGAN MENGEJUT KE RUMAH KELUARGA MANGSA KEMALANGAN NGERI YANG BERLAKU DI BATU 6, LALUAN LEKIR SITIAWAN MENJELANG TAHUN BARU 2012...


"KERAJAAN NEGERI SANGAT BERSIMPATI DENGAN KELUARGA MANGSA YANG KEHILANGAN ANAK-ANAK REMAJA LELAKI YANG MASIH BELAJAR ITU, SAYA SEBAGAI BAPA DAPAT MERASAI BETAPA HIBANYA KEHILANGAN ITU..."


"DI SINI, KERAJAAN NEGERI AKAN MENYUMBANGKAN RM5,000.00 KEPADA SETIAP MANGSA KEMALANGAN TERSEBUT, TERMASUK REMAJA YANG BERASAL DARI KELANTAN YANG MERUPAKAN PEMILIK KENDERAAN MPV HONDA STREAM ITU. KERAJAAN NEGERI JUGA TURUT MENYUMBANGKAN JUMLAH YANG SAMA UNTUK TIGA  KANAK-KANAK MANGSA LEMAS DI SUNGAI PERAK DI KUALA KENDERONG, GRIK, PADA HARI SABTU LEPAS"


"JUMLAH SUMBANGAN ITU ADALAH KECIL DAN TIDAK TERBANDING DGN SEGALA KESEDIHAN DAN KEHILANGAN NYAWA ANAK-ANAK TERSEBUT.... TETAPI KERAJAAN NEGERI SANGAT PRIHATIN..."


SEMALAM BELIAU TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN PERIBADI SEBANYAK RM500 KEPADA SETIAP KELUARGA MANGSA.....


 MB lebih selesa duduk santai bersila di atas lantai di rumah Samsuri Tan, bapa Mohamad Kamil, salah seorang mangsa kemalangan ngeri menjelang 2012.

 Ketika MB sampai.. Samsuri Tan tiada di rumah kerana ke pekan berdekatan membeli barangan untuk kenduri arwah malam ini.... kedatangan MB sgt dialu2kan oleh isteri beliau (Khadijah Harun) dan anak-anaknya...
Note : Mohamad Kamil adalah anak bongsu Samsuri.




 Sulaiman Din, bapa 2 beradik yang maut dlm kemalangan itu, sebak dan tidak mampu utk meneruskan perbualan.....cuba ditenangkan oleh isterinya, Norakma Othman.....




KEDATANGAN MB JUGA MENYAKSIKAN KEPERITAN HIDUP YANG TERPAKSA DILALUI OLEH KELUARGA SULAIMAN DIN BILA MUSIM HUJAN TIBA.... 




KETUA KAMPUNG TELAH BEBERAPA KALI MEMOHON KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN UTK MENGATASI MASALAH TERSEBUT.... TETAPI TIDAK DIENDAHKAN KERANA KONONNYA TIADA PERUNTUKAN....


***Terima kasih MB di atas kunjungan dan segala keprihatinan. Walaupun lewat (difahamkan semalam beliau ada urusan rasmi di tempat lain dan tidak sempat datang) tetapi kunjungan ini sangat bermakna buat warga kampung ini....

KEMALANGAN NGERI DAN TRAGIS MENJELANG TAHUN BARU 2012...

KEMALANGAN BERLAKU DI BATU 6 LALUAN LEKIR SITIAWAN MEMBABITKAN SEBUAH MPV HONDA STREAM, TRELER (muatan penuh tong gas memasak LPG) DAN SEBUAH HONDA CIVIC.... 


HONDA STREAM TERSEBUT ( PLAT WJP 3633)  DINAIKI OLEH 8 ORANG REMAJA LELAKI DAN TUJUH DARIPADANYA MAUT, MANAKALA SEORANG HANYA MENGALAMI CEDERA RINGAN.


MANGSA ADALAH :




BADRUL ISA BIN SULAIMAN DAN MOHD HADI BIN SULAIMAN ADALAH ADIK BERADIK... ANAK PERTAMA DAN KEDUA PASANGAN SULAIMAN DAN NORAKMA. MEREKA ADALAH SEPUPU KEPADA MOHD KAMIL TAMSURI (sebenarnya SAMSURI) DAN MOHAMAD SYADAN MOHD ARSHAD.
SULAIMAN, SAMSURI DAN MOHD ARSHAD ADALAH ADIK BERADIK.
MANAKALA MOHAMAD FAIZAL AHMAD TARMIZI ADALAH JIRAN (rumahnya berhadapan) KEPADA SULAIMAN.
* Penulis mengenali rapat kelima-lima mangsa tersebut.



DUA LAGI MANGSA ADALAH : MOHD HISAM MAT ZAKI (anak angkat kepada Sulaiman dan Norakma berasal dari Kelantan) dan MOHAMAD SHAFIQ RIDUAN YUSUF (anak sulung dan anak tunggal lelaki, dari kampung bersebelahan).


VIDEO : 






LIPUTAN BERITA MENGENAI KEMALANGAN NGERI TERSEBUT MENJADI TAJUK UTAMA AKHBAR-AKHBAR ARUS PERDANA TEMPATAN HARI INI. 





KRONOLOGI KEJADIAN : 


Kemalangan berlaku apabila kenderaan MPV Honda Stream kepunyaan Mohd Hisam Ahmad Zaki dan dipercayai dipandu laju olehnya dari arah Sitiawan memotong ikut sebelah kiri jalan sebelum masuk semula ke laluan sebelah kanan dihadapan Honda Civic secara mengejut dan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan. Akibat perlanggaran itu lori tersebut terbabas ke sebelah laluannya dan merempuh gerai keropok lekor sebelum ianya terperosok ke dalam kebun kelapa sawit di belakang gerai itu.  

Pertembungan maha hebat dan dahsyat itu menyebabkan kesemua mangsa terpelanting dan melayang dan bertaburan di atas jalanraya (termasuk mangsa yang selamat) dan ada mangsa yang melambung dan jatuh di atas kereta Honda Civic tersebut sebelum  jatuh di atas jalanraya. 
Keadaan mayat mangsa sangat mengerikan. 

Difahamkan ada yg terputus kepala, isi perut terburai, organ dalaman mangsa yang bertaburan, otak mangsa terpisah dari kepala dan biji mata mangsa terpelanting...wallahu'alam.
Pemandu treler cedera parah dan masih di rawat di Hospital Seri Manjung.
Pemandu Honda Civic juga mengalami cedera ringan.


MANGSA YANG SELAMAT ADALAH :



Nama sebenar mangsa yang terselamat adalah Khairul Faiz Mohd Noor, 17 (laporan Harian Metro menyebut sebagai Khairul Faiz Mohd Nasir adalah salah)

SEBAHAGIAN GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN :













 Mengerikan....










 Kelihatan otak mangsa yang tercampak keluar






KEADAAN TRELER (gambar diambil keesokan pagi ):






JENAZAH DI SEMBAHYANGKAN DI MASJID BATU 14 LEKIR  DAN DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM BATU 14 LEKIR. JENAZAH MOHD HISAM DITUNTUT OLEH KELUARGANYA DAN DI BAWA PULANG KE JELI, KELANTAN:


AHLI PARLIMEN LUMUT / MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA DATO' SERI KONG CHO HA TURUT MELAWAT TEMPAT KEJADIAN KEESOKAN HARINYA :


INI YANG DI TEMUI  DI DALAM KENDERAAN MPV HONDA STREAM MILIK MOHD HISAM YANG BERASAL DARI JELI, KELANTAN :


***AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA - SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MANGSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ROH ORANG2 YG SOLEH DAN BERIMAN.

***TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA ~ SEMOGA TABAH DAN REDHA DGN TAKDIR YANG MENIMPA ~ BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL BEBANAN.

***KEPADA MANGSA YANG TERSELAMAT ~ BERSYUKUR DAN..... HANYA ANDA YANG TAHU APA SEBENARNYA YANG TERJADI........KERANA ANDA LANGSUNG TIDAK PENGSAN !!!

***HARIAN METRO MELAPORKAN TERDAPAT 10 PENUMPANG DLM HONDA STREAM TERSEBUT ADALAH SALAH... SEBENARNYA HANYA 8 PENUMPANG SAHAJA.

***BERITA HARIAN MELAPORKAN TERDAPAT 2 ORANG REMAJA PEREMPUAN DI DLM KENDERAAN TERSEBUT JUGA ADALAH TIDAK BENAR.... KESEMUA DI DALAM HONDA STREAM ITU ADALAH REMAJA LELAKI....