Sunday 22 April 2012

WAJIB BACA : ELAKKAN BAYI ANDA DARI MENJADI MANGSA KELALAIAN SENDIRI....

Jika Sayangkan Anak Anda, Artikel Ini WAJIB DIBACA!



Semua ibu bapa PERLU mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.
Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka
Ancaman terbesar bagi kanak-kanak ialah kecederaan selain daripada penyakit.
Di Malaysia, kecederaan adalah di antara punca utama kematian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun.
Kunci utama untuk memastikan keselamatan anak-anak kita adalah untuk menjangka kehadiran situasi bahaya dan bukannya hanya bertindak selepas kejadian yang tidak diingini berlaku.
Keselamatan anak-anak anda boleh diberi perhatian dari beberapa aspek. Pertama, pada aspek kanak-kanak itu sendiri, dari segi bahagian ruang di rumah dan juga apabila berlakunya kecemasan yang tidak diingini.
Pada ruangan kali ini kita akan menyentuh tips-tips panduan keselamatan pada kanak-kanak dan juga aspek keselamatan yang harus ada di setiap rumah.
Aspek Kanak-Kanak
Untuk aspek kanak-kanak, perkara yang harus kita awasi adalah dari segi pemakanan, alat permainan dan juga pergerakan mereka.
Pemakanan
  • Susu ibu boleh mengelakkan jangkitan penyakit. Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang harus anda ketahui. Ibu yang menyusu dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan arak dan dadah jika tidak diarahkan oleh doktor. 
  • Bagi ibu yang menyusu anak dengan susu botol, pastikan anak tidak ditinggalkan bersendirian atau tidur dengan botol susu di dalam mulut untuk mengelakkan kejadian tercekik. Bancuhkan susu baru setiap kali anak ingin menyusu. Panaskan susu di dalam bekas berisi air panas dan uji suhu susu dengan titiskan susu di pergelangan tangan (untuk memastikan susu tidak terlalu panas untuk diminum).
  • Puting/ pacifier adalah tidak digalakkan kerana boleh merosakkan barisan gigi. Bagi kanak-kanak yang menggunakan puting (pacifier), pastikan pelindung puting mesti cukup besar supaya tidak tertelan oleh anak. Jangan benarkan anak anda berjalan, berlari atau bermain ketika ada makanan dalam mulutnya.

Alat Permainan
Elakkan alat-alat mainan yang berikutnya:
  • Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
  • Bertali melebihi 30 sentimeter.
  • Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan supaya anak-anak tidak masukkannya dalam mulut.
  • Mempunyai tangkai atau pemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.
  • Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.
  • Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
  • Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.

Pergerakan Kanak-kanak
  • Ubah ketinggian tilam katil bayi ke aras terendah apabila bayi mula berdiri. 
  • Ubahsuai juga ketinggian palang atas katil bayi supaya dia tidak boleh memanjat keluar.
  • Alat bantuan berjalan kanak-kanakadalah berbahaya. Anda dinasihatkan supaya jangan menggunakannya. Dengan alat ini, bayi boleh bergerak dengan lebih laju dan mencapai barang-barang di sekelilingnya. Bayi mendapat kebolehan untuk bergerak sebelum dia bersedia dan ini menyebabkan bayi lebih cenderung untuk mendapat kecederaan serius. Penggunaan alat bantuan berjalan tidak akan membantu kanak-kanak belajar berjalan dengan lebih cepat atau pantas

Apabila anak-anak sudah mula memahami, terdapat 15 peraturan keselamatan utama yang boleh anda ajar kepada anak-anak:
  • Jangan cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.
  • Jangan lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
  • Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.
  • Jangan buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
  • Jangan duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.
  • Jangan berlari-lari atau bermain di tangga.
  • Pengang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
  • Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
  • Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
  • Jangan bermain atau meletakkan beg plastic ke kepala.
  • Jangan masuk ke dapur jikat tidak ada orang dewasa bersama.
  • Jangan bermain dengan wayar langsir ayaty bidai. Ia boleh menjerut leher dah menyebabkan kamu tercekik.
  • Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.
  • Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
  • Jangan lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.
  • Kemudian jangan lupa juga untuk mengajar anak anda menggunakan telefon. Supaya sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Ajar anak-anak anda bahawa nombor kecemasan hanya didail apabila berlaku kecemasan SAHAJA. Sekira boleh, terapkan kepada anak-anak anda menghafal nama penuh mereka, alamat rumah dan juga nombor telefon. Sekiranya mereka sudah boleh membaca, tuliskan nota berikut dan lekatkan berhampiran telefon. Makanya sekiranya berlaku kecemasan, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh memberikan maklumat tersebut.

Aspek Ruang Rumah
Untuk aspek ruang rumah, kita harus memastikan bahagian-bahagian utama rumah berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan kanak-kanak. Beberapa tips untuk anda memastikan keadaan setiap ruang rumah anda sentiasa selamat.
Bahagian Ruang Tamu
  • Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar.
  • Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. 
  • Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
  • Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

Bahagian Dapur
  • Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil oleh anak.
  • Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat.
  • Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja. 
  • Jangan sekali-kali makan, minum,bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.
  • Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.

Bahagian Ruang Bilik Tidur
  • Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.
  • Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.
  • Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
  • Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.

Bilik Air
  • Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
  • Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa.
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas walaupun untuk seketika. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 cm.
  • Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.
  • Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.
  • Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi mengelakkan kanak-kanak lemas. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.

Malang tidak berbau. Anda sebagai ibu bapa kenalah sentiasa berjaga-jaga dan mengambil prihatin terhadap hal-hal sebegini walaupun pada mata kita, ia nampak remeh tetapi sekali ia terjadi kepada anak kita barulah kita sedar langit ini tinggi atau rendah.
(sumber http://psipum.org)

DR. CHANDRA MUZAFFAR : DI MANAKAH HALA TUJU NEGARA...???


Dengan demam pilihan raya yang katanya akan diadakan bila-bila masa sahaja, ahli politik dan media massa kerap mengatakan tentang ke mana hala tuju negara. Kalau kita semua berada di dalam dilema ke mana hala tuju negara, adalah penting untuk kita, rakyat Malaysia untuk terus berada di hala tuju yang jelas.

Di dalam masyarakat yang berbilang kaum di mana perbezaan antaranya kerap dilaungkan, berada di hala tuju yang jelas adalah amat penting.

Untuk terus berada di hala tuju yang jelas, ia hendaklah diisi dengan perkara-perkara asas.

Ia hendaklah merangkumi kehendak dan aspirasi rakyat dan komunitinya. Landasan yang jelas di dalam negara ini hendaklah melangkaui semua jenis etnik dan memahami keadaan negara Malaysia secara keseluruhannya. Satu keadaan di mana rakyat Malaysia mudah untuk memahaminya.

Ada empat hala tuju negara yang memenuhi aspirasi ini iaitu Perlembagaan Negara, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan gagasan 1Malaysia.

Keempat-empat ini teramat penting untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira etnik atau pun agama. Keempat-empat perkara ini merupakan kekuatan asas dalam pembinaan negara.

Perlembagaan negara adalah perkara paling utama di antara keempat-empat hala tuju ini. Ia mengiktirafkan akar umbi kemelayuan negara ini melalui perletakan sistem raja berperlembagaan sebagai tunjang utama negara dan perakuan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasminya.

Pada masa yang sama, hak bahasa lain dan agama etnik minoriti tidak diketepikan dan dianggap sebahagian dari keunikan masyarakat Malaysia.

Begitu juga, lima matlamat di dalam Rukun Negara-Masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif - yang berpandukan lima prinsip: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan - mudah dihayati oleh rakyat kebanyakan.

Wawasan 2020 dari banyak segi merupakan tambahan kepada Rukun Negara dan mengandungi beberapa cabaran baru seperti masyarakat yang mantap kerohaniannya, masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang mempunyai moral yang tinggi dan beretika sebagai sebahagian dari sembilan perkara cabarannya.

Sekali lagi, ia melangkaui perbezaan budaya dan bangsa. Konsep 1Malaysia juga merupakan satu bentuk idea baru yang inklusif yang dapat diterima oleh masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Membentuk

Bagaimana kesemua empat hala tuju negara ini membentuk masyarakat Malaysia sejak negara kita mencapai kemerdekaan 54 tahun dahulu?

Penilaian yang objektif menunjukkan kerajaan cuba mengikuti kesemua empat hala tuju ini, walaupun ia masih boleh diperbaiki. Keseimbangan kaum yang terdapat di dalam Perlembagaan telah memberi satu penanda aras kepada kejayaan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mencapai keamanan dalam perhubungan etnik.

Namun, ia boleh dipertingkatkan lagi dengan penekanan terhadap konsep dan amalan kewarganegaraan yang sama.
Pencapaian kerajaan dalam mengurangkan kemiskinan tegar daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 sehingga kepada 3.8 peratus pada tahun 2010 amat membanggakan dari perspektif keadilan dalam Rukun Negara, namun, jurang perbezaan antara kelas atasan dan kelas bawah semakin ketara kebelakangan ini.

Tambahan pula, matlamat-matlamat Rukun Negara jarang diberi keutamaan dalam sukatan pelajaran mahu pun dalam media - perkara yang saya sudah nyatakan sejak 25 tahun lepas.

Umum mengetahui bahawa Wawasan 2020 adalah satu inspirasi untuk mencapai status "masyarakat maju" melalui pendapatan perkapita yang tinggi.

Namun, mencapai masyarakat beretika tinggi adalah sama penting dalam Wawasan 2020. Konsep 1Malaysia mungkin akan memperkukuhkan perasaan cintakan negara, namun ia masih belum menangani cabaran bersifat perkauman yang muncul daripada golongan-golongan tertentu.

Sekiranya ini rekod kerajaan BN, bagaimana pula pandangan pembangkang terhadap hala tuju negara ini? Pihak pembangkang jarang melihat perlembagaan, Rukun Negara, Wawasan 2020 atau gagasan 1Malaysia sebagai perkara asas dalam membentuk perpaduan negara atau membangunkan negara.

Kesalahan

Mereka hanya mencari kesalahan pihak kerajaan jika kerajaan gagal mengotakan janji mereka kepada rakyat berdasarkan prinsip dan nilai empat hala tuju negara tadi.

Tidaklah sukar untuk memahami kenapa Pas tidak merasa komited terhadap hala tuju negara. Mereka hanya komited terhadap negara Islam seperti mana ditafsirkan partinya.

Matlamat ini kurang disenangi oleh 40 peratus bukan muslim di negara ini, walau apa jua definisi negara Islam yang diberikan oleh pimpinan parti itu.

Lagi pun, pengertian dan pentafsiran Pas tentang negara Islam khususnya tentang pelaksanaan syariah, hak minoriti bukan Islam, peranan wanita dalam masyarakat dan sebagainya mungkin tidak dipersetujui oleh sebahagian daripada masyarakat Islam sendiri.

Dalam erti kata lain, matlamat dan hala tuju Pas tidak dapat diterima oleh semua segmen rakyat.

DAP tidak kurang bezanya. Konsep Malaysian Malaysia akan dilihat oleh masyarakat Melayu sebagai percubaan untuk mengubah sejarah dan identiti negara ini.

Sebahagian daripada pendirian parti itu termasuk mahu meletakkan pelajaran dalam bahasa Cina sama taraf dengan pendidikan dalam bahasa kebangsaan menguatkan lagi persepsi ini.

PKR pula lagi mengelirukan. Ia banyak bergantung kepada individu tertentu di dalam parti itu. Dengan gabungan ketiga-tiga parti tersebut yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat, tujuan mereka untuk ke Putrajaya adalah sedikit pelik kerana mereka tidak langsung mempunyai ciri asas persamaan dalam ideologi mereka.

Apa yang menyebabkan mereka bersama apabila DAP terang-terangan menentang idea Pas tentang negara Islam? 

Apakah daya tarikan antara Pas dan DAP yang berbeza ini? Atau pun, adakah kuasa-nafsu untuk berkuasa-yang menjadi tarikan untuk dua parti politik ini?

APA KES : BERUBAH JADI LESBIAN SEBAIK SEDAR DARI KOMA..!!

Sedar Dari Koma, Berubah Jadi LesbianLONDON – Seperti yang kita tahu dan sering dengar, manusia akan berubah ke arah menjadi lebih baik setelah ditimpa sesuatu musibah.
Namun berbeza halnya dengan ibu kepada dua anak Vicki Salmon, 36.
Musibah kebakaran pangsapuri pada Julai tahun lalu telah mengubah keperibadian Vicki ke arah yang pastinya kita sukar hendak fahami dan terima.
Akibat kebakaran itu yang memusnahkan flet miliknya di Brinnington, Stockport, dia terbaring koma selama beberapa hari.
Sebaik sedar, Vicki menjadi insan yang berbeza, lapor akhbar The Sun (UK).
Minatnya kepada lelaki pudar sebaliknya berganti dengan minat kepada kaum sejenis.
Sebelum koma, dia mengaku pernah tidur dengan 20 lelaki. Namun kini dia amat benci pada setiap lelaki dan mulai jatuh cinta pada wanita.
“Saya dahulu selalu tergila-gila pada lelaki. Saya ada temu janji pada malam kejadian, kini semua itu telah berubah,” kata Vikki.
Dia mulai jatuh cinta dengan kaum sejenis apabila bertemu Julie Smith, 25 tahun. Kini mereka hidup bersama di Brinnington.
Teman dan keluarganya amat terkejut dengan perubahan tiba-tiba yang terjadi padanya. Beberapa dari mereka menyokong, manakala sebahagian pula menentang.

WAJAH-WAJAH 'SUCI' ANWAR IBRAHIM..!!!


Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri?


Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.


Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang dengar. Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri. Lihatlah wajah pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan. 


Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau. Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca. Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.


Awang Selamat

PROTON PREVE GAGAL UJI PANDU..???

Huh...Proton Preve Kantoi?

Beberapa keping gambar memperlihatkan sebuah model Proton Preve (untuk tujuan uji pandu) yang mana kedudukan tayar bahagian hadapannya (kanan) tercabut sedang tersebar dengan begitu meluas di media sosial sejak semalam.
Ramai yang memberikan pandangan dan komen tersendiri mengenai kejadian itu.
Sekali imbas, siapa yang hendak membeli atau mempercayai Proton lagi kan bila model pandu uji pun boleh rosak begitu pantas.
Namun, pihak Proton Edar telah tampil menjawab apa yang berlaku di fan page Facebook mereka.
Menurut Proton Edar, pada pukul 4.45 petang semalam, salah seorang penasihat jualan mereka terbabit dalam satu kemalangan ketika memandu dari Jalan Sentul menuju ke Jalan Pahang (Kuala Lumpur).
Penasihat jualan berkenaan kata mereka, telah melanggar pembahagi jalan hingga kereta berkenaan terangkat, dan ketika ia jatuh kembali, ‘lower arm’ kereta terbabit patah.
“Kami gembira penasihat jualan kami tidak cedera, namun unit uji pandu kami itu mengalami kerosakkan akibat kemalangan berkenaan,” katanya.
Pihak Proton Edar dalam kenyataan di Facebook mereka menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu apa jua jenis kenderaan.