Monday 12 October 2015

PEMBANGKANG 'MAKAN POP CORN' MELIHAT PC TUN M AND THE GENG MENENTANG SOSMA


Kita sudah sedia maklum bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat sidang akhbar sebentar tadi. Kali ini Tun Mahathir mendakwa bahawa penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah 'satu penyalahgunaan kuasa' di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dan mahukan mereka dibebaskan serta-merta.


Kita yakin bahawa Dr Mahathir tahu bahawa Khairuddin dan Matthias Chang tidak mungkin akan dibebaskan serta-merta seperti yang diminta. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan ISA adalah di era beliau. Maka beliau amat arif dengan proses undang-undang.

Dan yang patut dilakukan 'serta-merta' ialah berhenti bertelagah sesama sendiri!

Mahathir Mohamad juga mendakwa bahawa penahanan Khairuddin dan Mathias adalah 'tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik'. Ironinya, Mahathir juga pernah dituduh 'menggunakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mendiamkan pengkritiknya'!  

What a coincidence …… Mahathir Mohamad yang dituduh menggunakan ISA untuk mendiamkan pengritik beliau dan sekarang menuduh Najib Razak menggunakan SOSMA untuk mendiamkan pengritik Najib pula.

Mahathir Mohamad tidak membebaskan pesalah ISA dan sekarang beliau mahu Najib Razak membebaskan mereka yang ditahan di bawah SOSMA? 

Tun Dr Mahathir juga berkata bahawa kerajaan menggunakan perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Ironinya juga, perkataan'pandangan sendiri' ini sama juga dengan pandangan Mahathir Mohamad apabila mentafsirkan penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang mengikut pandangan beliau sendiri.

Pokoknya, sesiapa pun boleh membuat andaian sendiri tentang penahanan ini, bergantung sama ada kita bersetuju atau tidak kepada isu penahanan tersebut.

Kerana itu, MiM menyarankan supaya kedua-dua pihak yang berbeza 'andaian sendiri' ini percaya sepenuhnya kepada profesionalisme sistem kehakiman negara untuk menyelesaikan isu ini. 

Yang terbaru, media melaporkan bahawa Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. 
Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.
Mungkin perkara yang lebih baik dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah, TS Sanusi Junid dan TS Ong Tee Keat ialah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk mewakili Khairuddin dan Matthias Chang, itu pun jika mereka masih percaya kepada kedaulatan undang-undang.  

Biarlah undang-undang dan sistem kehakiman negara membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak perlulah disensasikan isu ini dalam media terutamanya media-media pro-pembangkang yang mahir memutar belitkan cerita. 

Tetapi satu perkara yang pasti ialah pakatan pembangkang bertepuk tangan dan makan pop corn melihat apa yang berlaku! Dan memudahkan kerja mereka.

Malah pertelingkahan di dalam UMNO ini sungguh menyedihkan kita terutamanya cybertroopers UMNO yang selama ini berperang menentang musuh parti yang sebenarnya iaitu pakatan pembangkang bukannya sesama sendiri!

Enough is enough ! 


Dr. MiM

No comments: