Monday 3 August 2015

MATI DIBUNUH - MAYAT KETUA MUSLIMAT PAS CAWANGAN DITEMUI MEREPUT


Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh.

TANDA HALAL JAKIM DI BOTOL AIR MINERAL JENAMA CACTUS BAKAL MERUNGKAI MISTERI KEHILANGAN #MH370


Penemuan beberapa botol air mineral yang tertera lambang "halal" yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seolah mengesahkan bahawa misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 bakal terungkai di dalam masa yang terdekat.

JANGAN BIMBANG TIADA SIAPA AKAN TANGKAP TSMY

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau terpaksa menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengesahkan sama ada benar dirinya akan ditangkap.
“Saya cuba tanya Zahid, timbalan perdana menteri yang baru dipilih. Saya tanya Zahid, benarkah saya ni nak ditangkap, nak hukum saya. Saya tidak percaya, tapi isteri saya (yang percaya).
“Takkanlah lepas awak jadi timbalan perdana menteri, nak tangkap bekas timbalan perdana menteri,” katanya di hadapan perwakilan Umno Bahagian Kluang ketika merasmikan mesyuarat bahagian itu semalam.
Selepas menjalankan semakan, Muhyiddin berkata Zahid memaklumkan kepadanya, ia hanya khabar angin.
“Dia kata, tidak Tan Sri. Beliau buat pengesahan. 15 minit, 20 minit kemudian, beliau hubungi saya semula. Beliau kata saya dan isteri boleh tidur nyenyak,” katanya.
“Tapi, malam itu tak boleh tidur juga,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insider.
Muhyiddin berkata, perkara berhubung penangkapan itu dimaklumkan anaknya, yang melarang beliau pulang ke rumah ekoran terdapat sekumpulan wartawan di kediamannya.
“Anak saya hubungi saya, dia kata ayah jangan balik rumah dulu, pemberita ramai berkumpul di luar rumah,” katanya.
Khabar angin timbul selepas satu rakaman video bocor di Internet, menunjukkan Muhyiddin memberitahu tetamu di rumahnya yang Najib mengaku menerima RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi beliau pada 2013.
Zahid juga menyentuh mengenai perkara itu, menurut laporan di The Star hari ini.
Beliau memberitahu akhbar itu, beliau tidak tahu mengapa tuduhan itu tersebar memandangkan tidak ada sebab untuk menangkap pendahulunya itu.
“Saya terima banyak panggilan telefon daripada mereka yang bimbang, bertanya sama ada benar bekas timbalan perdana menteri akan ditangkap. Saya pastikan kepada mereka, beliau tidak akan ditangkap.
“Khabar angin ini mengarut sama sekali. Saya hubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk sahkan tuduhan itu, dan mereka juga kata tidak.
“Saya sendiri kemudiannya menghubungi Muhyiddin pukul 2 pagi (semalam) bagi memastikan kepada beliau dan isterinya, yang polis tidak akan menangkapnya,” kata Zahid kepada The Star.