Sunday 29 January 2012

'KELDAI' DERMA.... TONTO UPAHAN TAHFIZ!!!

HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma. 
HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.

Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.

SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.
SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.

Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.

Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.




***Kesian sungguh setiap kali tengok mereka berdiri berjam-jam di pintu masuk bank-bank, kompleks membeli-belah dan sebagainya, menanti setiap orang yang lalu lalang, meminta derma sambil menunjukkan produk seperti kismis, video, buku dan lain-lain lagi. Wajah selamba mereka biasanya tidak dapat menarik orang ramai untuk 'membeli' produk mereka.... tapi mereka tetap berusaha.... entah berapa RM agaknya mereka collect dalam sehari suntuk berdiri di situ, macam itu. Kesiaaaaaan...laaa....


KEHADIRAN TETAMU KUNJUNGI RUMAH TERBUKA MALAYSIA CHINESE NEW YEAR 2012 DI SITIAWAN.... PECAH REKOD!!!!!!

Penduduk Sitiawan benar-benar teruja dengan kehadiran puluhan ribu orang dari pelbagai pelusuk menghadiri Perayaan rumah terbuka Malaysia Tahun Baru Cina (CNY) malam tadi (Sabtu) yang turut dimeriahkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.
Sejak petang kelihatan beratus-ratus buah bas serta ribuan kenderaan berasak untuk menuju ke Padang Lapangan Terbang Sitiawan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Najib, Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan kenamaan VIP lain hanya muncul pada sebelah malam tetapi majlis yang dimulakan sejak 5.00 petang dipenuhi dengan pertunjukan kebudayaan termasuklah tarian naga yang menjadi ikon kepada pertunjukan dan perayaan CNY peringkat kebangsaan itu.
Menteri Penerangan dan Komunikasi Dato’ Seri Rais Yatim sebelum ini menjangkakan kehadiran 40 ribu orang. Paling ramai katanya mungkin 50,000.
Tetapi Dr.Zambry dalam twitternya lewat malam mengesahkan 60,000 orang hadir di perkarangan padang lapangan terbang.
cnyxx
Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Ramai dikesan keciwa kerana pulang kelaparan setelah makanan awal-awal lagi sudah habis.
Rasa keciwa mereka diluahkan melalui Facebook (FB) masing-masing.
Dengan demikian CNY peringkat kebangsaan di Perak khusus di Sitiawan bagi tahun 2012 dijangka masuk dalam buku rekod Malaysia sebagai acara “open house” terbesar setakat ini.
Najib sewaktu berucap tidak dapat menahan keterujaan melihat “crowd” yang begitu besar dan menganggap majlis malam itu amat berjaya.
Bagi  penduduk Sitiawan himpunan yang sebesar ini adalah permulaan kepada peralihan sokongan dari DAP ke BN.
Untuk rekod, Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham dua kali terpilih sebagai ADUN Sitiawan sejak 2004.
Pengundi Cina seperti yang diramal oleh banyak pihak sebelum ini terutama di kawasan Perak Tengah khususnya di Sitiawan bakal memberi tekanan kepada pengaruh DAP.
Gambar 4
Malah ada yang begitu positif bahawa jika PRU ke13 diadakan minggu depan, Parlimen Lumut dan tiga DUNnya—Pasir Panjang, Pangkor dan Sitiawan—bakal mencatat rekod kemenangan besar buat calon-calon BN.
Hal ini mungkin disedari Najib kerana dalam ucapan beliau memuji dua teraju utama—Dr.Zambry dan Setiausaha Agong MCA merangkap ahli parlimen Lumut Dato’ Seri Kong Cho Ha—yang instrumental menjayakan program ini.
Gambar 5
Walaupun program CNY ini adalah program bersama anjuran Kementerian Penerangan dan kerajaan negeri namun Dr.Zambry dan Menteri Pengangkutan itulah yang bekerja keras memastikan “crowd” yang besar.
Bagaimanapun pihak media juga memuji Rais Yatim kerana menjangkakan program ini bakal menjadi program terhebat mengambil kira  persiapan awal serta “publisiti” melalui RTM dan juga stesyen-stesyen radio milik RTM.
Najib selain kagum dengan jumlah”crowd” telah mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak dan Menteri Pengangkutan.
Gambar 6
Kedua-dua tokoh ini kelihatan tersipu-sipu apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua teraju utama ini lulus ujian KPI.
Jika diterjemahkan bolehlah kedua-dua tokoh ini tidor dibuai mimpi indah kerana kedudukan Dr.Zambry sebagai Menteri Besar dan Cho Ha selaku ahli parlimen Lumut dan Menteri Pengangkutan sudah dikira “selamat.”
Bagi masyarakat Cina di Sitiawan (serta di Malaysia), Najib tidak menjanjikan bulan dan bintang bagi memancing undi mereka terutama menjelang PRU ke13.
Gambar 7
Walaubagaimanapun secara terus terang Najib memberi penghargaan kepada masyarakat Cina Malaysia dan sumbangan mereka serta mahu kebudayaan seperti CNY dipertahankan.
Tepukan yang kedengaran mengiringi ucapan Perdana Menteri memetrikan keikhlasan Najib dalam menganggap perkongsian kuasa antara masyarakat-masyarakat di negara ini bukan suatu janji pilihanraya.
Najib berpendapat kebudayaan masyarakat Cina perlu dikekalkan kerana ia satu keistimewaan yang tidak terdapat di mana-mana negara  di Asia Tenggara.
Pemimpin dan pengasas sebelum ini telah membentuk permuafakatan  di mana mereka tidak memilih jalan asimilasi, sebaliknya memilih jalan integrasi dan saling menghormati antara kaum.
Berbanding Malaysia, beliau memberi contoh negara China sendiri gagal mengekalkan keaslian kebudayaan Cina apabila Revolusi Kebudayaannya menyaksikan pemusnahan kebudayaan itu.
Menurut Najib lagi kejayaan mengekalkan kebudayaan Cina itu adalah hasil rasa hormat tinggi kerajaan kepada masyarakat Tionghua yang merupakan salah satu kaum penting yang membentuk komposisi penduduk Malaysia.
“Maka, seharusnya kaum Cina memberi penghargaan kepada kerajaan kerana jika bukan kerana polisi kita, keaslian ini mungkin tidak ada pada hari ini dan ini termasuklah sekolah-sekolah Cina,” katanya.
Menurut Najib tiada negara lain yang boleh menandingi Malaysia daripada segi kepelbagaian budaya dan perkara itu menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.
“Di samping itu kita amalkan dasar ekonomi yang terbuka, dasar ‘free market’ yang mengekalkan keharmonian negara termasuk dasar ‘pro growth’ dan ‘pro business’ apatah lagi dasar transformasi nasional,” katanya.
Justeru beliau berpendapat program transformasi nasional yang dijalankan selama ini memberi manfaat kepada semua kaum.
“Semua kaum mendapat lebih banyak faedah (daripada dasar-dasar kerajaan) di mana peniaga akan meraih keuntungan yang lebih banyak… melalui ‘facilitation fund’ juga akan membantu lebih banyak peniaga untuk mendapat peluang ekonomi yang lebih luas,” katanya.
Perdana Menteri juga berjanji sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kepimpinan kerajaan sedia ada (BN), lebih banyak perubahan positif terhadap landskap sosial dan ekonomi dapat dilakukan.
Najib juga mengumumkan Chingay Johor yang merupakan aktiviti tarian yang diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina, akan digazetkan sebagai Warisan Negara supaya kebudayaan itu diteruskan dan dikekalkan.
Pada sebelah petang Najib yang diiringi Dr.Zambry melawat dua buah rumah penghuni Cina dengan turut menghulur sumbangan berupa hamper, netbook serta angpau - Perak Today
***Gambar 2 -  7 adalah ihsan dari Black Panther.... terima kasih.

BERIBU SESALAN...!!!

Penulis bukan nak upload final lagu AJL 2011 yang akan bersiaran langsung di TV3 malam ni... Beribu Sesalan (nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah), tetapi ianya adalah reaksi wajah sebahagian daripada mereka yang hadir di Himpunan Sejuta Ummah.. Selamatkan Akidah (siri 4) yang telah diadakan di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Gambar-gambar adalah ihsan dari blog MPP ONLINE

















MELAYU DIGANYANG...RAJA-RAJA DISEPAK TERAJANG....???!!!

GENOSID-POLITIKO HALUS TERHADAP INSTITUSI ISLAM MELAYU & RAJA-RAJA?


Salam 2 all.

Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia! Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan!

Setelah dihina di Pulau Pinang tanpa sebarang portfolio mahupun jawatan, PAS diaibkan di Selangor dengan hilangnya portfolio Islam dengan pemecatan tokoh pemimpin Melayu-Islam Datuk Dr. Hasan Ali. Bak kata beliau, merampas portfolio Islam daripada PAS sama saperti menjadikan PAS sebuah parti tanpa kaki & tangan. Bemakna PAS dah menjadi kudong dan dikudongkan, saperti sebijik timun. Bergolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah PAS hari ini diperlekeh oleh rakankongsi pakatannya!

Dan apabila seorang pemimpin Melayu-Islam membuat kenyataan bahawa institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang diancam di Selangor & Malaysia”, maka kaum cauvinis dan rasis biaDAP dan para politikus parasit melatah tak tentu pasal, sehingga menuduh kegagalan Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau membuktikan kononnya Kerajaan menggalakkan percambahan fundamentalism, ekstremism dan terorisma Melayu-Muslim!

Begitu takut dan gentar cauvinis biaDAP dan para politikus parasit ini dengan kebangkitan dan ketegasan umat Melayu-Muslim mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja sehingga dicadangkan supaya pejuang saperti itu dilarang menjejak kaki ke bumi Selangor!

Begitulah demokrasi dan kebebasan bersuara yang dikompang oleh kaum parasit ini. Bila kena batang hidung mereka, dengan segera hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang mereka lalakkan siang malam dibenamkan dengan label ektremism, fundamentalism & terorisma!

Pada teman, sebenarnya kegagalan Kerajaan bertindak tegas terhadap para parasit pelampau cauvinis dan rasis inilah yang menyebabkan bertambah bercambah dan dan membiak fahaman radikal yang ekstrim dan biaDAP, yang secara sistematik, terancang dan halus memperlekeh, mempertikai dan cuba melemahkan dan menghapuskan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja!

Sedangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja diberi tempat yang mulia dan gah didalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Malah, dalam hal ehwal Islam-Melayu & Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang berbentuk diskriminatori yang positif; iaitu memuliakan dan memartabatkan kedudukan dan hak keistimewaan Islam-Melayu & Raja-Raja diatas dan mengatasi segala yang lain!

Artikel 3 memperuntukkan “Islam agama Persekutuan”. Tidak ada Perlembagaan dalam dunia ni yang meletakkan Islam sebagai agama negara kecuali Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebab itu adalah satu kesilapan kalau disebut Islam agama rasmi, sebab kalau ada yang rasmi, maknanya ada yang tidak rasmi. Perlembagaan sebut “agama Persekutuan”, maknanya “agama Negara Malaysia ini ialah Islam”.

Kalau mengikut tafsiran ini, bermakna semua dasar, polisi dan perlaksanaan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia ini samada dari segi ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, hubungan diplomatik, hal ehwal luar negara, sukan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain mesti dan wajib berteraskan Islam!

Sama saperti seseorang yang mengaku Islam, segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya mesti selaras dan bersamaan dengan Islam; dari hal makan minum, kekeluargaan, pekerjaan, persaudaraan, jiran tetangga, dan banyak hal lain dalam kehidupan mesti dan wajib berteraskan Islam. Maknanya kalu seorang mengaku Islam tetapi mengaku kafir harbi saudaranya, maka jelas dia tidak mengamalkan akhlak dan peribadi seorang Islam, walaupun dibungkus serban dikepalanya, ditutup jubah ditubuh badannya!

Kedudukan Islam sebagai agama Negara Malaysia diperkuatkan dengan Artikel 3 (2) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri masing-masing, dan “segala hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa” Tuanku Raja-Raja Melayu keatas agama Islam tidak tersentuh dan tercacat oleh apa-apa unsur pun”.

Atas peruntukkan inilah Tuanku Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak menentukan perlantikan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam, termasuk pada pandangan teman siapa yang berhak memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri masing-masing, walaupun terdapat persepsi salah dikalangan sesetengah pihak bahawa hanya Menteri Besar berhak menentukan penyandang portfolio Hal Ehwal Islam.

Begitu juga Artikel 11 (4) memperuntukkan bahawa tiada sebarang kerja pendakyahan boleh dibuat terhadap umat Islam. Malah ianya boleh dikanunkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan penal di Mahkamah sivil! Sebab itu pada pandangan teman, isu pendakyahan ini bukan bidangkuasa Jabatan Agama, sebaliknya ianya adalah dalam bidangkuasa dan bidangtugas Polis DiRaja Malaysia, mungkin dengan bantuan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Berdasarkan peruntukkan ini, pihak berkuasa, termasuk PDRM & pihak berkuasa Islam berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap non-Muslim dan institusi mereka saperti gereja dan lain-lain untuk menguatkuasakan peruntukkan Artikel 11 (4) ini. Sebab itu teman berpendapat tindakan JAIS dalam menyiasat Gereja DUMC mengenai aduan dakyah kristianisasi terhadap umat Islam bukan sahaja diperbolehkan, malahan menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk mereka mengambil tindakan. Bagi golongan yang mempertikaikan kuasa dan bidangkuasa itu bermakna mereka mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 12 Perlembagaan berkaitan dengan pelajaran memperuntukkan bahawa “adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-instusi Islam (persekolahan, pembelajaran, pendidikan, IPTA, IPTS dan lain-lain) atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu”.

Pendek cerita, Kerajaan Pusat & Negeri boleh, dan dibenarkan mengeluarkan perbelanjaan untuk membiaya dan menyelenggara persekolahan dan institusi pendidikan & pembelajaran berkaitan Islam. Ini adalah peruntukkan Perlembagaan. Dan kalau diperhatikan, tiada sebarang peruntukkan diberikan untuk perbelanjaan dan pembiayaan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pembelajaran dan pendidikan yang selain daripada Islam! Maknanya bagi sekolah-sekolah & institusi aliran lain, tidak ada tanggungjawab Kerajaan membantu dan membiaya mereka. Dan apa jua bantuan dan dana yang diberikan selama ini untuk institusi persekolahan, pendidikan dan pembelajaran non-Muslim bukan kerana hak Perlembagaan, sebaliknya hanyalah semata-mata atas ehsan dan budibicara Kerajaan Persekutuan.

Manakala Artikel 74 dibaca dengan Jadual 9 Senara II Perlembagaan memperuntukkan sebuah Mahkamah khas untuk membicarakan hal ehwal umat Islam dalam perkara yang dimaktubkan saperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, amanah, waqaf dan banyak lagi. Dan dibaca bersama Artikel 121 (1A), Mahkamah sivil tidak boleh samasekali mencampuri urusan Mahkamah syariah ini.

Begitu istimewa institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, Artikel 160 memperuntukkan bahawa bangsa Melayu itu wajib beragama Islam! Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Sebab itu orang Melayu yang murtad hendaklah dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting kerana Perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, saperti yang dimaktubkan dibawah Artikel 153.

Malahan, semua Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri-Negeri Beraja memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar dan tiga jawatan turus utama negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam!

Dan begitu istimewa kedudukan Islam didalam Perlembagaan, dalam keadaan darurat diisytiharkan menurut Artikel 150, walaupun Yang DiPertuan Agong dan Parlimen dengan kuasa yang diberi boleh menggubal, menggantung, memansuhkan dan meminda apa-apa undang-undang, namun “Islam, hukum syarak dan adapt istiadat Melayu” langsung tidak boleh disentuh!

Berdasarkan ringkasan diatas, dapatlah dilihat betapa Perlembagaan Persekutuan itu memartabatkan, memuliakan, dan menobatkan kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dengan kedudukan yang tinggi lagi istimewa. Oleh itu, sebarang pencerobohan, pelanggaran, serangan dan kemungkaran terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja adalah satu penderhakaan dan bughah yang perlu ditentang oleh semua lapisan rakyat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks itulah apa yang berlaku di Selangor dan negara Malaysia ini sejak Mac 2008 merupakan satu serangan secara sistematik dan halus terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja oleh para parasit yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Daripada sikap memperlekehkan dan mempermainkan lagu Negara Ku, kepada penghinaan terhadap Jalur Gemilang, mempersoalkan azan, kepada isu mempertikai institusi Raja-Raja Melayu, membawa kepada berjoget-robek di surau masjid, kepada agihan daging korban oleh para kaafirun harbiyun, sehingga kepada usaha dakyah terhadap umat Islam dan penglibatan secara aktif para pastor, missionary dan gereja dalam gejala murtad umat Islam, membawa kepada pemecatan Datuk Hasan Ali dan perampasan portfolio Islam daripada PAS; genosid politik terhadap insitusi dan syiar institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya memang sedang berlaku secara sistematik dan terancang secara halus!

Dan dalam isu murtad contohnya, kita melihat penglibatan gereja dan para pastor secara aktif terhadap orang Melayu. Daripada kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi Melayu pertama dengan nama Father Joshua Jamaludin disebuah gereja di Petaling Jaya, kepada murtadnya Nor Aishah Bukhori dengan nama kristiannya Aishah Felicea, diikuti murtadnya Azlina Jailani dengan nama kristian Lina Joy, hingga kepada isu terbaru dakyah kristianisasi melibatkan gereja DUMC, jelas membuktikan penglibatan secara langsung dan aktif segelintir pendakyah pastor dan gereja-gereja.

Pendedahan seorang ahli tegar parti DAP, saudara Razali mengenai usaha penubuhan Negara Kristian dan sumpah para pastor di Pulau Pinang yang mengadakan perhimpunan meraikan kemenangan beberapa calon DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 jelas membuktikan penglibatan secara langsung para pastor dan gereja dalam politik kepartian dinegara ini.

Malah lebih memeranjatkan, saudara Razali mendedahkan, melalui keterangan, dokumen dan videoklip mengenai upacara sumpah para pastor mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian! Tahniah kepada saudara Razali yang akhirnya menemui kewarasan aqidah apabila beliau meletakkan Islam lebih utama daripada politik kepartian. Tetapi keberanian itu dibayar dengan harga yang mahal apabila beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, sehingga terpaksa menyembunyikan diri dan diletakkan dibawah kawalan keselamatan!

Bayangkan seorang Melayu-Muslim terpaksa bersembunyi dan berlindung dibawah kawalan keselamatan hanya untuk mempertahankan dan membela agamanya yang diserang dan cuba dirobek oleh anasir-anasir subversive, ekstremis dan pelampau yang biaDAP dalam negara umat Islam ini!

Dan kemuncaknya yang dapat disaksikan oleh seluruh umat dan rakyat negara ini apabila Exco Hal Ehwal Islam yang juga tokoh pimpinan Partai Islam SeMalaysia, YB Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh partinya sendiri dan digugurkan daripada jawatan Exco bagi portfolio Hal-Ehwal Islam hanya kerana dia cuba mempertahan dan membela institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor Darul Ehsan!

Dan yang paling malang, pemecatan beliau oleh partinya langsung tidak menurut adab dan peraturan Islam. Beliau langsung tidak diberi notis tunjuk sebab, apatah lagi membela diri ataupun bersuara dalam isu pemecatannya. Semuanya dibuat dengan begitu pantas, dan yang kelakarnya ada segelintir dikalangan mereka ini masih mahu mendabik dada bongkak menyatakan merekalah parti Islam yang lebih Islam daripada orang lain!

Adalah sesuatu yang paling malang, apabila genosid politik terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja ini berlaku dengan sokongan dan dokongan segelintir parasit politikus kalkatus yang rakus dikalangan bangsat Melayu yang mengaku Islam; dan mereka bertopengkan Islam untuk membantu kaum parasit biaDAP dan cauvinis menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka mahu menduduki mahkota Putrajaya yang pernah mereka bersumpah dan berikrar mahu lelong dan gadaikan!

Perlu diingat inilah golongan yang sama yang apabila meletus isu murtad Jamaludin Osman menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin tahun 1986, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristian dan mengadakan satu demonstrasi dipanggil “Himpunan Menentang Kristianisasi” di Sitiawan, Perak pada 29 Oktober 1987! Himpunan yang dibantah keras oleh parti DAP, rakan sekongkol PKR & PAS sekarang! Betapa ironisnya!!

Malah ada antara mereka menjadi Nujum Pak Belalang apabila membuat satu ramalan dalam ucapan pada 07 Ogos 1987 dalam satu program di Parit Amal, Johor dengan meramal “seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya tahun 2000”!. Malah mereka mendakwa pada masa itu 66,000 orang Melayu sudahpun murtad!

Namun setelah lebih 30 tahun berlalu, apabila tokoh pimpinan PAS, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor sendiri mengambil tindakan terhadap kegiatan gereja DUMC kerana cubaan mendakyah dan memurtadkan orang Islam, dia ditentang habis-habisan. Dan apabila beliau mengadakan Himpunan Selamatkan Aqidah Umat di Stadium Shah Alam, dia dihalang dan ahli partinya dilarang daripada menyertai himpunan itu, walaupun baru beberapa bulan sebelum itu mereka menghalalkan penyertaan dalam satu himpunan haram, walaupun diketuai oleh seorang kafir yang pernah diisytiharkan musuh Islam yang harbi!

Dan yang paling memeranjatkan, ada segelintir dikalangan mereka pula pada hari ini muncul sebagai kaum yang bermati-matian mempertahankan gereja dan kaum kristian. Ramalan mereka pada tahun 1987 bahawa Malaysia akan dikristiankan pada tahun 2000, menjadi kenyataanapabila mereka sendiri rupanya yang mempertahankan institusi kristianisasi ini, sehingga ada antara mereka bukan sahaja sanggup menjual kalimah ALLAH kepada kristian untuk diguna dalam bentuk trinity yang syirik, malah mereka sanggup mati untuk mempertahankan para kafir harbi yang biaDAP ini! Begitu ALLAH kembalikan fitnah kepada mereka! Na’uzubillah min zalik!

Benarlah kata YB Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa pembangkang yang dianggotainya dahulu sudah diresapi oleh racun segelintir para parasit politikus kalkatus yang rakus mahu bermahkota di Putrajaya “at all cost”, sehingga mereka muncul sebagai pelacur politik murahan yang layak ditongsampahkan dalam sejarah kegemilangan dan kebangkitan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara umat Islam Malaysia ini!

Apabila seorang pemimpin yang berjuang mahu membela dan mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja digertak dan diugut akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Selangor Darul Ehsan, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Apabila seorang Exco yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal Islam bangkit untuk memartabatkan dan menobatkan insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja berakhir dengan dipecat dari partinya dan digugurkan daripada jawatannya, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Dan benarlah sabda Rasulullah saw, apabila sesuatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kehancuran! Dan kita nampak itu berlaku apabila parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tidak diberikan portfolio Islam di Pulau Pinang & Selangor!

Kita sedang menyaksikan satu proses genosid politik secara halus untuk menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja secara terancang, sistematik dan halus dihadapan mata kita. Kita sebenarnya adalah umat Islam akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah saw yang akan melalui proses kehancuran akibat fitnah besar akhir zaman.

Maka menjadi wajib ‘ain bagi tiap individu umat Islam bangsa Melayu untuk terus bangkit membela, mempertahankan, memartabatkan, menobatkan dan memuliakan semula insititusi Islam Melayu & Raja-Raja dalam negara ini, termasuk di Selangor Darul Ehsan.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali! Kita memohon dan berdoa kepada ALLAH supaya memelihara iman dan aqidah kita dalam zaman fitan kabir ini!

Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah!

Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Rabi’ul Awal 1433
27 Jan 2012