Friday 28 June 2013

SIDANG DUN PERAK KECOH....

Post Pic


IPOH : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh dengan pertikaman lidah apabila pembangkang mempertikaikan soal pencalonan Barisan Nasional (BN) bagi jawatan Speaker.


Pertikaman lidah berlaku sebaik sidang bermula jam 3 petang selepas ADUN Canning, Wong Kah Woh mendakwa Pejabat Menteri Besar gagal mengemukakan pencalonan berkenaan.

Beliau seterusnya mempertikaikan pencalonan itu walaupun Setiausaha DUN, Rumaizi Bahari mengesahkan menerima pencalonan berkenaan.

Katanya, beliau tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana terikat dengan sumpah memegang amanah tugasnya selaku Setiausaha DUN.

Situasi dewan kemudiannya bertambah panas apabila ADUN Changkat Jering, Mohamad Nizar Jamaluddin mencelah meminta Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menjelaskan perkara berkenaan.

Bagaimanapun ADUN Kamunting, Datuk Mohd Zahir Khalid membidas Nizar dan meminta Setiausaha DUN meneruskan pemilihan speaker.

Zambry yang juga ADUN Pangkor kemudian bangun menjelaskan adalah tidak masuk akal jika pihak kerajaaan tidak menghantar pencalonan.

Zambry kemudian mengusul dan mencadangkan Datuk S K Devamany yang tewas di parlimen Sungai siput sebagai Speaker.

Pembangkang yang diwakili ADUN Titi Serong, Abu Bakar Hussain sebaliknya mengusul dan mencadangkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar bagi jawatan itu.

Apabila undian dijalankan Devamany memperolehi 31 undi berbanding Sivakumar mendapat 28 undi.

No comments: