Thursday 3 May 2012

ISTERI TEGUR SUAMI MALAS, MAUT DITIKAM


KINABATANGAN: Seorang isteri maut ditikam suaminya yang marah kerana isterinya menegurnya malas untuk membantu membuat kerja rumah.
Ia berlaku di rumah pekerja sebuah ladang sawit di Ladang Genting Tanjung, Kampung Arau di sini 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu, berkata selepas menikam isterinya, suspek cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sebanyak sembilan kali.
“Wanita itu yang dikenali sebagai Intan Bago berusia lingkungan 30-an, mati di tempat kejadian, manakala suaminya yang juga berusia 30-an berada dalam keadaan kritikal dan kini masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu,” katanya.
Beliau berkata, mengikut laporan awal, kejadian berpunca daripada pertengkaran antara pasangan suami isteri warga Indonesia itu selepas anak kecil mereka menangis.
“Mangsa yang berada di dapur lalu menegur suaminya kerana tidak mahu membantunya mengurus kerja rumah. Suspek yang naik berang dengan teguran itu lalu meluru ke dapur dan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.
“Mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi rebah berhampiran pintu belakang rumah itu dan suaminya yang panik dengan keadaan itu bertindak menikam diri sendiri untuk membunuh diri,” katanya.
- BERNAMA

IBU KEMBAR LAPAN BERLAKON FILEM LUCAH..???

Ibu Kembar Lapan Sah Berlakon Filem Lucah

California –Nadya Suleman yang pernah menggempar dunia dengan kelahiran bayi kembar lapan, tiga tahun lalu bersetuju membintangi filem lucah bagi membolehkannya membayar hutang berjumlah lebih RM2.9 juta.
Nadya kini telah pokai dan menangung hutang yang banyak, sehingga memaksanya mengemukakan permohonan muflis.
Dia sebelum ini bergambar bogel dalam sebuah majalah hanya untuk mendapatkan bayaran sebanyak RM18,600.
Selepas gambarnya diterbitkan, Nadya berikrar tidak akan berlakon dalam filem lucah namun kini selepas rumahnya terpaksa dijual, dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.


“Saya terpaksa menelan semua kata-kata saya untuk tidak berlakon dalam filem lucah. Apa yang penting saya mahu menjaga keluarga saya.
“Jika saya mendapat bayaran yang lumayan dan boleh berpindah ke rumah yang saya mimpikan, maka saya akan melakukanya.,’’ katanya


Rumah yang didiaminya kini sepatutnya dilelong pada Isnin lalu, namun ia telah ditunda selama seminggu.
Selain kembar lapan itu, dia juga mempunyai enam anak yang lain.
Kelahiran kembar lapan itu adalah hasil teknik penyuburan yang dilaluinya.

GEMPAR! NIK AZIZ BENARKAN DIRINYA DIGULINGKAN SEPERTI MUAMMAR GADDAFI

Kenyataan terbaru Nik Aziz.



Apa kata kita gulingkan Nik Aziz minggu depan, ada berani? hehehe.....



*Mantap idea orang yang nak gulingkan Nik Aziz. Kalau pembaca nak tahu, inilah sebab Nik Aziz nak jadi macam Muammar Gaddafi.



BY - MyMassa

OPS. BURU PESERTA DEMONSTRASI BERSIH 3.0 BERMULA.... SILA CAM WAJAH ANDA!!!

Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.
Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.
Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.
Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau email azmiazizi@rmp.gov.my
SEBARKAN!









ALFATIHAH : BOB KUMAN DAN KETUA WANITA UMNO PARIT BUNTAR TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH...

1.  AL-FATIHAH....Ketua Pergerakan Wanita UMNO Parit Buntar, Hajah Salmiah Haji Mohamad 71 Tahun telah kembali ke rahmatullah .
Allahyarhamah Hajah Salmiah menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Besar Ipoh pada 4.10 petang tadi akibat penyakit kencing manis.



2.  AL-FATIHAH.....BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA
Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Sebagaimana yg dimaklumkan oleh Mazidul Akmal Sidek.







Bob Kuman menunjukkan nota yang dia masih hidup ketika dihebahkan di media maya yang dia telah meninggal dunia dua minggu lepas.....

AL-FATIHAH KEPADA KEDUANYA.... SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ROH ORANG-ORANG SOLEH DAN BERIMAN....

NIK AZIZ MANUSIA HIPOKRIT..!!!


Alhamdulillah, dengan pengakuan TGNA seperti di atas, maka telah terbukti dengan cukup nyata sekali bahawa TGNA hanyalah MANUSIA HIPOKRIT yang berkata-kata bukan di atas landasan agama, tetapi hanya untuk menyelamatkan politik jumud dan sempit PAS serta PR semata-mata.
Umum perlu tahu bahawa berita yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia semalam mengenai aksi panas manusia mirip Azmin Ali adalah satu perkara biasa yang telah lama diamalkan oleh media milik PAS, Harakah. Screenshot di bawah adalah salah satu bukti.


Persoalan, jika TGNA menegur Utusan atas dasar ikhlas, kenapa TGNA tidak menegur Harakah apabila akhbar PAS tersebut menyiarkan fitnah terhadap Dr Rahman Ismail yang pada ketika itu adalah MP BN Gombak. Dan sememangnya fitnah terhadap Dr Rahman Ismail disiarkan pada tahun 2008 sebagai edisi khas beberapa minggu sebelum PRU 12, maka semestinya bermotifkan politik. Bukankah ini juga satu taktik yang jijik.
Hanya satu kesimpulan boleh dianjurkan, bahawa TGNA hanyalah MANUSIA HIPOKRIT yang mempergunakan agama demi memenuhi hasrat politik PAS dan PR yang jumud dan sempit.
Namun bukan persoalan HIPOKRIT sahaja yang boleh dibuktikan di sini.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, Allah Maha Adil.
Pendedahan salah laku moral manusia “mirip” Azmin Ali adalah bukti bahawa pengkhianatan PAS terhadap Dr Rahman Ismail DIBAYAR DENGAN TUNAI kepada PR. Siapa kini yang terpalit najis fitnah PAS, tidak lain tidak bukan manusia bernama Azmin Ali yang kini juga seorang MP Gombak.
Berbeza dengan fitnah disebarkan oleh PAS dalam Harakah yang hanya berasaskan pada sekeping gambar foto sahaja, pendedahan salah laku moral manusia “mirip” Azmin Ali dibuktikan oleh beberapa keping foto yang boleh menghuraikan rentetan peristiwa.


Apakah cita-cita TGNA sebenarnya?
Jika cukup senang TGNA menuduh UMNO menolak Islam, bagaimana pula kedudukan TGNA dan PAS yang bersekongkol dengan manusia-manusia yang telah terbukti tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Melihat kepada perkembangan terkini dalam PR, boleh dibuat kesimpulan bahawa PAS bukannya berkehendak kepada Islam, tetapi PAS hanya layak dikeldaikan setelah tergadai segala prinsip perjuangan. By - Perak Today

GURU BAHASA MELAYU DISERANG CINA RASIS..???!!!


Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan.

Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas.”ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali”

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan 'esok akan mati jika kau berdegil' dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

SUMBER : DI SINI

KANTOI..!!! KEBODOHAN PAS TERDEDAH!!!


Nak tau macam mana boleh kantoi. Kat ruangan komen, ada penyokong PAS sendiri kantoikan fitnah ini.


***Bodoh tak boleh diajar puak-puak pembangkang ni. Tak habis-habis nak fitnah PDRM, sampai member sendiri pun dia boleh tuduh sebagai SB hanya sebab pakai seluar macam polis. BY - MyMassa

.....ahahaha...!!!

UMMI HAFILDA MINTA ABANG TUMPUKAN PADA KELUARGA




GEORGETOWN - Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika......

Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.