Wednesday 7 December 2011

UMI HAFILDA MENANG SAMAN..!!! HARAKAH SEBAR FITNAH..!!!



Ummi Hafilda Menang ! 
HARAKAH Lidah PAS DiSAHkan KakiPembohong!!



PUTRAJAYA 7 Dis. - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Ummi Hafilda Ali kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan syarikat kilang cetak tersebut iaitu terhadap jumlah ganti rugi.

Dengan keputusan itu, sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.

Bagaimanapun, Ummi Hafilda tetap mendapat ganti rugi am berjumlah RM150,000 selepas tiga pihak lain yang dinamakan sebagai defendan-defendan dalam kes saman tersebut kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM100,00.

Ini kerana ketiga-tiga defendan tersebut iaitu Pas, bekas pemegang permit Harakah, Halim Arshat dan bekas Ketua Pengarang akhbar itu, Mustapha Ali setakat ini tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. - UM



CREDIT TO :::  I4TT

BORANG PEMBERIAN BANTUAN RM500 MULAI 10 DIS - 9 JAN


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan ketua kampung termasuk ketua kampung baru membuka bilik gerakan masing-masing bagi memudahkan orang ramai mendapatkan borang pemberian bantuan RM500 pada 10 Dis ini.

Beliau berkata, pengedaran borang itu akan dilakukan sehingga 9 Jan depan bagi memudahkan individu yang tergolong dalam kategori berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, memperolehi borang tersebut.
“Sekiranya terdapat ketua kampung yang tidak buka bilik gerakan mereka,pemohon hendaklah melaporkannya kepada pejabat negeri atau pejabat daerah. Saya berharap penghulu kampung melakukan pemantauan untuk memastikan pengedaran borang ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

DENDAM KESUMAT TERHADAP UMNO.. NIK AZIZ UMUM NK TANDING DLM PRU13..!!!!



 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.


KLIK DI SINI


Nik Aziz, 80 terlibat dalam politik dan bertanding pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun menjadi wakil rakyat, tetapi sehingga ke hari ini masih tidak ada pelan peralihan kuasa dan pengumuman Nik Aziz baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding dalam PRU 13  menampakkan betapa dendam kesumat beliau  terhadap UMNO tidak pernah padam walaupun dalam usia 80 tahun. 




Portal Perak Today pula melaporkan Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya  kepada pemberita di sini, kelmarin.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Nik Aziz ternyata cakap tidak serupa bikin.

"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengumumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

HIMPUN 2 DI PERAK DIJANGKA 10K AKAN HADIR.....!!!



Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Perak pada 17 Dis ini.

Pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat memilih Perak sebagai negeri kedua dalam siri Jelajah Himpun kerana jawatankuasa dari negeri itu sudah bersedia menggalas cabaran tersebut.
"Pemilihan negeri tidak bermotifkan politik, selepas ini kita akan ke Negeri Sembilan diikuti Johor kerana jawatankuasa negeri ini juga telah bersedia.
"Bagaimanapun di Perak, kita mengurangkan jumlah penceramah kepada lima atau enam orang berbanding 14 penceramah di Shah Alam dan mengekalkan slot lain seperti nasyid dan selawat," katanya pada sidang akhbar Selasa.
Bernama melaporkan, Mohd Azmi berkata bagi menjamin langkah keselamatan pada tahap terbaik pihaknya telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menyelia stadium berkenaan dan pihak polis.
"Himpun Ipoh mendapat kebenaran pihak polis. Pemilihan stadium ini adalah kerana kita yakin akan lebih memudahkan dalam soal penjagaan dan mengawal keselamatan orang awam serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.
"Selepas Himpun Shah Alam kita telahpun membuat post mortem dan mengenal pasti masalah dan implikasi yang berlaku bagi memastikan perhimpunan secara aman dapat diadakan," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengumpul seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu.
"Kita telah menggerakkan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri ini untuk menyebarkan maklumat mengenai perhimpunan ini. Kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan," katanya.
Kira-kira 4,000 orang menyertai perhimpuan pertama yang diadakan di Shah Alam pada Oktober lepas termasuk wakil beberapa badan bukan kerajan (NGO) dan turut dihadiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria - AgendaDaily

SAMAN MAT SABU DI TOLAK MENTAH2....!!!


VS


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.
Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.
Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.
Hakim O’Hara menolak saman itu dengan kos RM5,000.
Beliau membuat keputusan mengenai permohonan untuk menolak saman itu yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu. Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.
Beliau mendakwa ketiga-tiga artikel itu berkaitan dengan isu serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor.
Mohamad mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.
Berikutan penerbitan artikel-artikel itu, Mohamad berkata dia berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dan juga perintah mahkamah kepada defendan supaya memohon maaf dan menarik balik artikel yang didakwa memfitnah.-BERNAMA