Thursday 23 May 2013

INFO : 10 TEMPAT PALING PANAS DI DUNIA


Malaysia merupakan negara yang biasa dengan cuaca panas. Namun rupanya ada tempat-tempat terpanas di dunia ini yang memiliki suhu sangat tinggi. Di manakah ia? Huffington Post menyenaraikan sepuluh tempat paling panas untuk anda ketahui, ikuti berikutnya.....

BALU ABUYA DIJANGKA DIDAKWA CUBA AKTIFKAN SEMULA AL-ARQAM...???


PUTRAJAY A: Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah dijangka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah daerah Gombak, Selangor 22 Nov depan atas pertuduhan memimpin, menyebar dan menghidupkan semula ajaran sesat pertubuhan itu.

INFO TERKINI DI MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA, KES KALIMAH ALLAH


Pada hari ini, 23.5.2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai YA Dato’ Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama YA Dato’ Balia Yusof Haji Wahi dan YA Dato’ Rohana Yusuf, di Istana Kehakiman, Putrajaya telah mengesahkan perintah persetujuan terhadap permohonan perayu-perayu yang terdiri daripada enam Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia, (MACMA), yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang menolak permohonan perayu untuk menjadi pencelah (intervener) di dalam kes ini.

LANGGAR AKTA, KDN RAMPAS SUARA KEADILAN, HARAKAH, THE ROCKET



KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

TAMRIN GHAFAR JUGA DITAHAN POLIS


 
Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan Haris Ibrahim.
Laporan sebelumnya....KLIK DI SINI

TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DITAHAN POLIS


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.

Turut ditahan ialah seorang aktivis Haris Ibrahim dalam dua operasi berasingan, lapor Malaysiakini.

TAIKO DAP PERAK AKUI GST TIDAK AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT

 Mari kita lihat apa yang dipaparkan di blog salah seorang pemimpin tinggi DAP.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : BEKAS PEGUAM DAN PEKERJANYA KE TALI GANTUNG..!!!


Shah Alam, 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. 

GULINGKAN KERAJAAN SECARA PAKSA BERTENTANGAN MAQASID SYARIAH

KUALA LUMPUR 22 Mei – Menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan dan kekerasan adalah dilarang kerana bertentangan dengan maqasid syariah.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, ini kerana syariah mementingkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan nyawa serta harta benda.


“Sesebuah kerajaan yang menang dengan majoriti dan dipilih secara pilihan raya adalah sah dari segi hukum demokrasi.

18 'MONYET' PESERTA HIMPUNAN DEPAN BALAI POLIS JINJANG DI TAHAN POLIS..!!!




Seramai 18 individu, termasuk empat wanita, ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang dekat sini di mana aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan, Rabu malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, berkata mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.