Friday 4 January 2013

PENGEMIS PENIPU - ADAKAH ANDA SIMPATI...???

luka palsu

Ini kisah pengemis di China..... tapi cuba bayangkan jika pengemis-pengemis yang hidupnya gelandangan melakukan hal yang serupa itu, di Malaysia....

Pengemis-pengemis di negara China terlalu pandai untuk meraih simpati orang ramai di negara mereka hanya kerana ingin mendapatkan duit.
Caranya mudah bagi mereka.
Pengemis-pengemis akan membuatkan diri mereka seolah-oleh mempunyai luka yang teruk dan berdarah banyak.

( VIDEO ) - PADAH ROGOL BINI ORANG... AHLI POLITIK KERAJAAN DIBELASAH WANITA PENDUDUK TEMPATAN....!!!


Foto yang memperlihatkan seorang ahli Politik terkemuka negara itu dipukul penduduk desa setelah ia disyaki memperkosa seorang perempuan pada pukul 2 pagi pada Khamis kelmarin.

Jangan fikir, anda seorang berpengaruh, anda boleh buat apa sahaja yang anda suka. Jangan fikir, nafsu yang serakah itu menghalalkan segala perbuatan keji........!!!

NEW DELHI - Kes rogol baru menggoncang India. Sejumlah foto telah beredar yang memperlihatkan seorang ahli politik terkemuka negara itu dipukul warga desa setelah ahli politik itu diduga memperkosa seorang perempuan di rumah perempuan itu pada pukul 2 pagi.

Ahli parlimen daerah Assam dari Parti Kongres yang berkuasa, Bikram Singh Brahma, disyaki telah memperkosa seorang perempuan di Desa Santipura di Daerah Assam Chirang sebelum ditangkap penduduk kampung, Khamis (3/1/2012).

GEMPAR !!! PENGETUA SEKOLAH AGAMA KANTOI KHALWAT..... TAPIIIIIIIII...........



KUANTAN 4 Dis  -  Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah road house di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang  wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. 

Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu joke mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. 

Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. 

3 MINGGU BARU SEDAR SILAP KIRA UNDI ..??? LEMBAB NYER....!!!!!


DAP KANTOI MENIPU PEMILIHAN CEC...!!!

DAP dok ingat orang Malaysia ini bodoh agaknya ya, sebab itu tanpa rasa ralat sikitpun, parti itu dengan tak malunya semalam mengumumkan secara terbuka pemilihan dalam Kongres parti tersebut bulan lepas ada kesilapan semasa proses pengiraan ahli Jawatankerja Eksekutif Pusatnya. 

Tak semena-mena, Zairil Khir Johari Bin Abdullah yang asalnya hanya mendapat 305 undi, tiba-tiba diumumkan mendapat 803 undi dan menduduki kedudukkan terakhir sekali dalama CEC, iaitu tempat ke 20. 

Peningkatan hampir 200% atau 498 undi!! Macam mana tu? Biasa kalau ada silap joke tak le sampai 498 undi, dahlah jumlah perwakilan 1,823 orang saja, bukan 18,000!! 

Kalau setakat twenty ke thirty boleh fahamlah, ini.. 

PENGAKUAN GENTLEMEN MAMAT SEPAH....!!!


Walaupun dia seorang lelaki, pelakon dan pelawak, Mamat (Sepah) mengaku bahawa dia telah mengambil suntikan kolagen dan vitamin C untuk kecantikan wajah.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, dia terpaksa memilih jalan itu demi kesinambungan karier seninya.

Bagaimanapun, Mamat enggan menjelaskan jumlah wang yang terpaksa dilaburkan untuk menjalani rawatan kecantikan tersebut. - UTUSAN

MUSA HASSAN DISAMAN RM 100 JUTA


SHAH ALAM  - Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini.

Saman itu difailkan melalui Tetuan S N Nair and Partners di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa telah memfitnahnya dalam satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember tahun lalu. - UTUSAN

WANITA SEKSI VS WANITA PERKASA

Sebagai lelaki sejati, selain dari peribadi yang mulus dan berpendidikan, anda pastinya mengimpikan seorang wanita seksi sebagai calon teman wanita atau isteri.  Bohonglah jika teman katakan, lelaki sejati langsung tidak menoleh jika terlihat wanita seksi melintas di depannya... Paling kurang pun, lirik mata tu pasti curi-curi nak tengok jugak kan.... hehehe..

Citarasa anda mungkin pada wanita berikut (sekadar contoh) : 


Neelofa

ANAK BUAH NIK AZIZ MURTAD....???


Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli 19 (gambar), diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Hashim Deraman memohon supaya Mahkamah Rayuan membuat semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2012 terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

BILA PAKAR BERBICARA......

Aku rasa takde siapa lagi yang lebih laya nak cerita pasal hal cukai tanah mahupun cukai pintu di Selangor ni melainkan bekas menteri besar selangor sendiri iaitu Dato Seri Dr Khir Toyo, maka aku nak share dengan korang pasal penipuan kerajaan selangor terhadap rakyat di negeri yang malang ni:



1. Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

2. Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%). 

NIK AZIZ PEGANG KUNCI SYURGA, AZHAR IDRUS PEGANG KUNCI NERAKA.....!!!!

SAYA tertarik untuk mengulas mengenai "tarbiyyah" seorang ustaz "glamour", Ustaz Azhar Idrus, yang cukup popular di kalangan para pengikut Pakatan Haram, khususnya para penganut ajaran PAS yang suka menyimpan cd-cd karutnya.


Baru-baru ini Ustaz Azhar mengeluarkan fatwa terbaru yang mengatakan bahawa pihak kerajaan sedia ada dan para penyokongnya akan menjadi penghuni neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak di negara ini.

Begitulah lebih kurang bunyinya "ceramah" yang disampaikan oleh "ustaz selebriti" itu dan fatwa itu begitu megah dicanang oleh puak-puak PAS dengan menuding jari kepada lebih tiga juta ahli UMNO yang dikatakan bakal menghuni neraka!


PERUT ANWAR DAH KEMPIS, BUAT VIDEO SEKS DI INDONESIA PULAK DAH....!!!


Sekonyong-konyong tiba di cuping telinga saya tentang perkhabaran sebuah video seks yang kini begitu hebat diperkatakan di Jakarta dan disebarkan melalui jaringan Blackberry yang menyaksikan aktornya sekali lagi melibatkan "bapak" Anwar Ibrahim. 

Sebenarnya, saya sendiri belum pernah menonton petikan video tidak bermoral itu memandangkan saya tidak pernah ke ibu negara jiran itu. Namun ada rakan-rakan yang heboh memperkatakannya di sana.

Bagaimanapun, perkara ini disahkan oleh sebuah laman web, AIDC, yang tidak pernah putus mengikuti perkembangan "bapak" Anwar, sama ada di dalam atau di luar negara.

Peliknya, video kali ini dikatakan bukanlah video "Anwar-Chinadolls" yang tersebar dan menggemparkan negara sebelum ini. Malah ia dikatakan memaparkan versi yang agak berbeza.

POLITIK 3 SUKU PAS....!!!



Salah satu intipati utama dalam Amanat Hadi yang mendorong ramai pengikut PAS percaya dan yakini yang UMNO adalah kafir ialah ungkapan “politik suku agama suku” yang difahami oleh penyokong PAS ia merujuk pada fahaman yang kononnya menjadi pegangan UMNO.
Rentetan dari situ, para penyokong PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya.
Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.

PUAK PR BEREBUT KERUSI DI SABAH....!!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Pic: SM Amin

PETALING JAYA  : Pembangkang hari ini mahu 'rakan' Pakatan Rakyat (PR) di Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) bertolak ansur dalam soal pembahagian kerusi di antara parti gabungan PR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan permintaan SAPP yang mahu bertanding lebih 50 peratus daripada keseluruhan kerusi di Sabah adalah “tidak realistik” dan mahu ianya dikurangkan kepada satu jumlah yang boleh diterima PR.

"Kita dapat maklumat bahawa SAPP minta terlalu banyak kerusi...hampir 50 peratus atau lebih daripada kerusi (yang dipertandingkan).