Sunday 3 March 2013

EKSKLUSIF : KESULTANAN SULU YANG CEROBOH LAHAD DATU TIDAK DIIKTIRAF....???



                 Bendera Kesultanan Sulu pada lewat abad ke 19: Sumber - Wikipedia Melayu

Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. 

Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. 

Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.

Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. 

KRISIS LAHAD DATU : KENAPA POLIS BUKAN TENTERA....?


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera...?? 

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..

KETUA KERABAT SULU TETAP BERDEGIL ENGGAN SERAH DIRI....


MANILA – Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.
Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami,” kata beliau dalam mesejnya.


ANWAR NAFI DALANG KRISIS LAHAD DATU.... KENAPA TAK SAMAN REUTERS DAN MANILA TIMES...???

Anwar Perlu SAMAN Reuters, Manila Times Kalau Betul Bukan DALANG Insiden Lahad Datu


Pada Jumaat lalu,  Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang.
Perkara ini cukup menghairankan kerana sejak pencerobohan itu berlaku, tidak ada satu pun kenyataan, baik rasmi atau tidak rasmi, yang dikeluarkan oleh UMNO menuduh Anwar atau parti pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden itu itu.
Sebaliknya tuduhan itu dibuat oleh agensi berita antarabangsa, Rauters.
Malangnya orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya!

'FOR HEAVENLY KINGS' DAPAT ANUGERAH DATO' SRI... !!!!


JANGAN TIDAK PERCAYA!!!!...AHLI PERNIAGAAN YANG PERNAH MENJADI TAJUK UTAMA BERITA KERANA DITAHAN DI PENJARA SIMPANG RENGGAM DITUDUH ATAS PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN PELACURAN, KONGSI GELAP, PERJUDIAN, KELAB MALAM DAN AH LONG, KINI BERGELAR DATO' SRI !!!!!!!


"BEKAS" KETUA KONGSI GELAP ANTARA SEORANG YANG BERGELAR " FOUR HEAVENLY KINGS" OLEH MEDIA, KINI BERGELAR DATO' SRI.

Dia sebelum ini ditahan di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur  pada 26 Mac 2004 sebelum dipenjarakan di Simpang Renggam, Kluang, Johor. dua bulan kemudiannya dibawah Ordinan Darurat 1969 selam lebih kurang 17 bulan.

STATEMENT DARI IMF YANG AKAN BUAT ANWAR BERAK KAPUR...!!!



Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji sistem kewangan Malaysia berdasarkan permodalan kukuh sistem perbankannya yang disokong oleh peraturan serta rangka kerja kawal selia yang mantap.

Dalam program penilaian sektor kewangan (FSAP) pertamanya ke atas Malaysia bagi 2012, IMF bersama dengan Bank Dunia memuji sistem kewangan negara ini dengan berkata, bahawa ia telah berjaya menyerap krisis kewangan global baru-baru ini. 

“Ujian tekanan menunjukkan bahawa bank di Malaysia berdaya tahan terhadap beberapa tekanan ekonomi serta pasaran, meskipun paras tinggi kebergantungan ke atas deposit permintaan berpotensi menyumbang kepada kerapuhan,” kata IMF dalam laporannya dari Washington, semalam.

KRISIS LAHAD DATU - PERANCANGAN ANWAR IBRAHIM BERSAMA NUR MISUARI...INI BUKTINYA....!!!


Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.