Friday 27 January 2012

IKUTI IKRAR ANWAR IBRAHIM DALAM WALL STREET JOUNAL - AKAN PERTAHANKAN ISRAEL..!!!

BERIKUT ADALAH DI ANTARA PETIKAN WAWANCARA ANWAR IBRAHIM DENGAN WALL STREET JOUNAL....
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.
http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203363504577184631682335306.html?mod=WSJ_World_LEFTSecondNews

Untuk petikan penuh, sila ke link di atas.

Sudah terang lagi bersuluh.

Orang yang pertahankan akidah seperti Datuk Dr. Hasan Ali dipecat.

Adakah orang yang pertahankan Negara Yahudi ISRAEL akan di angkat sebagai pemimpin Pakatan Pembangkang oleh PAS!!!

Jika benar, PAS memang sudah lari dari perjuangan asal.

Penakhlukan Mantik 

Anwar Ibrahim  sokong ISRAEL.
PAS sokong Anwar Ibrahim.
PAS sokong ISRAEL.
*Sebarkan berita dan poster ini seberapa banyak yang boleh. Sebar-sebarkan.


PAS SEMAKIN TERDESAK..... LAKUKAN PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN....!!!



Inilah bukti Parti Adat dan Sosial (PAS) ini semakin terdesak. Dijanjikannya tanah kepada setiap rakyat Pahang yang belum memiliki rumah.

Sebelum PAS berjanji lebih lanjut, kami cabar PAS jawab TIGA soalan di bawah ini terlebih dahulu:

1) Tanah manakah yang sesuai diberikan kepada rakyat yang belum memiliki rumah kelak?!! Tanah wakaf seperti di Madrasah Salihiah dan Penang? Atau tanah hutan simpan dan taman negara seperti di Kedah dan Kelantan?!!

2) Dan bagaimanakah PAS boleh berkuasa memberikan tanah kepada rakyat sedangkan portfolio yang diberi DAP hanyalah dalam menjaga adat istiadat orang Melayu?!!

3) Bila hendak tunaikan janji untuk laksana HUDUD seperti yang dilaungkan kepada penyokong tegar mereka selama ini?!! Janji asas perjuangan pun ditinggalkan, inikan pula keuntungan nilai komersial tanah berbilion-bilion RM. Silap-silap, sekali DAP berdehem, tercirit-cirit keluar dalil dan hukum baru bagi menutup janji yang dimungkiri!

Hanya manusia yang mempunyai kualiti mental setaraf keldai sahaja yang akan percaya janji-janji parti munafik ini!

*Di Kelantan, Husam janji hendak hapuskan hutang PTPTN. Semakin besar penipuan PAS, semakin terdesak parti ini sebenarnya - MyMassa

HINDRAF AKUI...MEREKA DIJUAL OLEH PKR DAN PAS.....!!! ADAKAH CUMA AGENDA ANWAR IBRAHIM..???


Selepas insiden Jalan Kebun baru Hindraf sedar bahawa mereka sebenarnya menjadi alat kepada PKR dan PAS.

Akibat marah dengan penipuan Cikgu Bard dan Mat Sabu, HINDRAF kini menukar ABU kepada ABUR.

Ikuti luahan hati pemimpin HINDRAF yang telah dipermainkan dengan PKR dan PAS.

Hindraf withdraws support for ABU

Hindraf does not support ABU, but supports ‘ABUR’ (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism) 

(Free Malaysia Today) - The Hindu Rights Action Force (Hindraf) has withdrawn its support for the “Anything But Umno” (ABU) movement and has advised members against attending ABU events. 

In a statement today, Hindraf supreme council member, S Jayathas, said that the decision was reached following an emergency meeting of the five-member Hindraf supreme council chaired by de facto leader P Uthayakumar (photo). 

Hindraf said that it was not siding with any party but will fight against racism directed against the Indians. 

“Hindraf does not support ABU, but supports ‘ABUR’ (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism),” said Jayathas. 

“Hindraf will not allow ABU, Bersih (election watchdog), Pakatan or any other party to make use of Hindraf for their personal agenda,” he added. 

This statement comes in the wake of an incident last Saturday when an event jointly organised by ABU and Hindraf in Jalan Kebun, Klang, was disrupted by alleged Umno supporters. 

In the fracas that ensued, one Hindraf supporter was injured. Participants said that racist slurs were hurled against the Indians present at the event. 

Hindraf added that the decision (to withdraw support for ABU) was arrived following a video clip of the alledged assault. 

Subsequently, Hindraf has been receiving numerous phone calls regarding the incident.

No public condemnation 

Turning to the Pakatan, Hindraf said the coalition did not provide sufficient “security” for the Hindraf members at the event. 

“(The fracas) was silently watched over by PAS, PKR, and ABU leaders who were seated on the stage and there was no public condemnation of the interruption,” it added. 

Following the incident, ABU has filed a police report yesterday. 

Hindraf also said that it will only support Pakatan in the upcoming general election when the alliance officially endorses in writing Hindraf’s 18-point demand and give its word that it will implement all the demands when it comes to power. 

The demands call for an end to institutionalised racism targeting poor Indians. 

Hindraf added that it will continue to speak up for the Indian poor without fear or favour, whether it is against the BN government or Pakatan. 

Jayathas’ statement, however, does not seem to have the full support of other Hindraf leaders, with several national coordinators stating that they would continue to work with ABU.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/46787-hindraf-withdraws-support-for-abu

*Walaupun HINDRAF dah keluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong PKR dan PAS, jaga-jaga, mungkin ini juga skrip yang cuba disusun oleh Anwar Ibrahim untuk meraih undi kaum India - MyMassa

EKSKLUSIF : PENDEDAHAN TEAM MEDIA KEDAH.... AHLI PAS MASUK UMNO !!!

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah  angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Ahli Parlimen Sik kenal tak wanita ini ??? bukankah wanita ini adalah Ibu Saudara Ahli Parlimen Sik....bukan kah wanita ini pernah menyuap makan dan basuk punggong Ahli Parlimen Sik,,Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12,,pernah tak sekali Ahli Parlimen Sik jejak kaki melawat wanita ini yang pernah satu ketika menjaga Ahli Parlimen Sik?? sedangkan wanita ini bercerita pada Team Media Kedah walau pun Ahli Parlimen berceramah berhampiran rumah wanita ini,,sekali pun tak pernah di ziarahnya... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malahan adalah penyokong kuat PAS dan juga Ahli Parlimen Sik di masa PRU 12,

Abdul Wahab Shaari

Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua,Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua,Sik.Kedah..
dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut,,BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini Pisau Kedah rasa berbangga,,di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik,,pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO,dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik,,dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS...

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua,merupakan Ahli PAS sejak azali lagi,,niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama,,setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik,Adun Jeneri dan juga MKK,, tapi keingginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan,,tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah,sedang pernah sekali ceramah di adakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun,dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan,,namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan merupkan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Taijudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan juga Abg Man,,merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua keluar darah hijau,,begitulah perumpamaan yang Pisau Kedah berikan,,bertapa hard core nya mereka bersama PAS,,namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar memperjuangkan Islam,,tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS..

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar,Mukim Teloi Tua,Sik.dan menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya BN menjejak kaki di tempat berkenaan,,Di sini Pisau Kedah juga nak memperinggati UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik,,jangan lupa jasa mereka ini,,kerana jasa mereka,,seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS,,dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan..semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juda Adun ini akan menerima akibatnya pada PRU 13 ini..!!!


APA SUDAH JADI..???? AHLI PAS KELUAR BERAMAI-RAMAI DI KEDAH..... SERTAI UMNO..!!!






Seramai 200 ahli PAS Felda Teloi Timur Sik telah meninggalkan PAS.
Kalau di ikutkan Felda Teloi Timur adalah kawasan yang penyumbang terbesar kemenangan Adun Jeneri.

Penyebab utama 200 orang ahli PAS (peneroka) yang bertindak keluar dari PAS kerana ketidak puasan hati mereka kepada Ahli Parlimen Sik yang tidak menepati janji.

Antara penyebab lain,mereka melihat PAS kini sudah tidak berada di landasan memperjuangkan Islam dan menjadi tunggangan DAP dan PKR

Tindakan keluar PAS di ketuai oleh Ketua Penerangan Kawasan dan Setiausaha MKK yang juga merangkap setiausaha kawasan,

Selain dari itu punca 200 tinggalkan PAS adalah

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka
Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat
bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para
peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada
dibiarkan.

Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka.

Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan
siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan
berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? 

Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka telah dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.


BERITA SEBELUMNYA.... SELEPAS INI.....

LUBUK NGEH KOO HAM BAKAL BERGEGAR...MALATOP!!!

Sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina  2012 di Sitiawan, Perak esok (Sabtu) bakal mengubah persepsi pengundi-pengundi keturunan Cina kepada BN khusus di kawasan berkenaan dan Perak amnya.
Lebih spesifik memudahkan usaha menawan dan mengekalkan tiga kawasan dewan negeri dan satu parlimen dalam kawasan Lumut dari menjadi habuan pembangkang dalam PRU ke13 pula.
Selepas Lembah Kinta, DAP kini berusaha pula menganjakkan pengaruh ke Lumut sebagai satu lagi strategi untuk menguasai negri Perak.
Perak Tengah dilihat lebih strategik bagi pembangkang untuk menguasainya kerana pengaruh masyarakat Cina serta juga kekuatan PAS di kawasan kejiranan Lumut iaitu Parit.
Hampir 80 peratus penduduk Sitiawan terdiri dari orang-orang Cina.
Pengerusi DAP Negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham sudah dua kali menjadi ADUN Sitiawan sejak 2004. Ketika BN menang dengan “landslide victory” dalam PRU ke12pun, Ngeh berjaya mengekalkan Sitiawan.
Lambang roket sudah menjadi ikon buat pengundi-pengundi Cina yang merasakan parti itu lebih baik dari MCA.
Justeru kedatangan  Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak serta barisan kepimpinan negara bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina dinanti-nantikan penduduk tempatan.

KAD JEMPUTAN
Bagi MCA Najib telah mempamerkan kepemimpinan yang lebih hebat dari Anwar Ibrahim terutama mengenai konsep perpaduan kaum melalui program 1Malaysia.
Anwar sebaliknya dilihat sebagai “political animal” yang matlamatnya mahukan sokongan masyarakat Cina kerana melalui sokongan masyarakat Cina,  membuka laluan  ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri.
Sebab itu Anwar dilihat mudah menabur janji meskipun janji yang ditabur itu kadangkala ditertawakan umum kerana janji Anwar adalah janji orang politik yang boleh saja berubah mengikut peredaran waktu.
Pengundi-pengundi Cina di kawasan ini mahu jaminan serta “first hand news” daripada Najib tentang peluang ekonomi serta jaminan masa depan mereka dalam bidang ekonomi sebelum mereka mengekalkan BN.
Kekeciwaan masyarakat Cina di kawasan Sitiawan kepada pembangkang dapat dirasai dengan program anjuran MCA dan NGO-NGO yang menyokong MCA dan Gerakan  semakin mendapat sambutan.
Setiausaha Agong MCA  merangkap ahli parlimen Lumut Dato’ Seri Kong Cho Ha mengakui trend masyarakat Cina dan melihat NGO-NGO Cina sudahpun memberikan sokongan padu kepada MCA.
Kemunculan Najib dalam banyak program turun padang di beberapa negeri sebelum ini telah menjadi buah mulut rakyat. Najib kini dilihat lebih mesra rakyat dari  mengamalkan pentadbiran “dari Putrajaya saja.”
Faktor Zambry sebagai ADUN Pangkor dan Menteri Besar yang tidak jemu-jemu turun padang khusus di Lumut dan Pangkor semakin menguatkan hujah kemenangan.
Bagi masyarakat Cina khusus di Sitiawan peluang perniagaan jauh mengatasi sentimen politik kerana “akhirnya mereka mahu memperkukuhkan ekonomi serta mahukan Sitiawan (dan Lumut) maju macam Lembah Kinta”.
Pengundi-pengundi Cina (di Sitiawan) nak melihat dan mendengar amanat Najib dalam kontek rancangan transformasi ekonomi dan tempias yang bakal mereka nikmati.
Juga dengan kehadiran tokoh-tokoh MCA dan Gerakan yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Cina ke Sitiawan, pengundi-pengundi di situ tidak merasa mereka dipinggirkan dari arus perdana.
Sitiawan sebelum ini merupakan kubu MCA tapi dalam PRU ke11 lalu, kubu itu mengalami perubahan mendadak apabila wakil Dap, Datuk Ngeh Kho Ham diberikan mandat baru.
Penduduk Sitiawan majoritinya adalah masyarakat peniaga dari suku kaum Foochow.
Awal 1900 sekumpulan 360 penganut kristian berketurunan Foochow  melarikan diri dari negeri China (daerah Fujian) kerana kemiskinan. Dua orang paderi mengetuai migrasi ini dan mereka memilih menetap di Kampng Koh, Sitiawan.
Dan bagi sesiapa yang terlupa sejarah, bekas pemimpin PKM, Chin Peng lahir di Sitiawan pada tahun 1924.
Sitiawan juga dikatakan mengambil nama sempena kesetiaan dua ekor gajah yang mati ketika salah seekor cuba menyelamatkan seekor lagi yang terperangkap dalam lumpur di sungai dinding.
Ketika itu gajah sebagai pengangkutan digunakan membawa bijeh timah.
Peristiwa itu berlaku di Kampung Sungai Gajah Mati ketika air surut dan gajah yang terperangkap cuba diselamatkan orang-orang kampung namun gagal. Melihat ‘rakan’nya ‘terperangkap dalam lumpur’, seekor lagi memaut rakannya—akibatnya kedua-dua tenggelam dan mati dalam lumpur.
Bagi masyarakat tempatan khusus  masyarakat Cina, kesetiaan atau setia kawan dua ekor gajah kemudian diterjemahkan dengan menamakan pekan itu Sitiawan.
Dalam PRU ke11, Koo Ham mengalahkan calon BN dengan kelebihan 5,137 undi.
Pengerusi DAP Perak itu mengulangi kemenangan pada PRU ke12  mengalahkan Ding Siew Chee (MCA) dengan kali ini undi majoriti meningkat kepada  8,529 undi.
Agak ironi bagi Sitiawan kerana pengundinya terdiri dari 80 peratus pengundi Cina berbanding 9 peratus Melayu.
Bagi pengundi keseluruhan parlimen Lumut, pengundi Melayu pula berjumlah 49 peratus, Cina 39 peratus dan baki, 12 peratus, pengundi India.
Cho Ha yang juga Menteri Pengangkutan menang di parlimen Lumut menentang calon PKR, Suwardi Sapuan dengan undi majoriti 298 undi.
Dalam pilihanraya sebelumnya Cho Ha memperoleh 11,614 undi majoriti.
Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang juga Ketua UMNO bahagian Lumut menang di Pangkor, yang mempunyai penduduk ramai Melayu, dengan undi majoriti 5,785, mengalahkan Pakhrazi Musa (PKR).
Zambry muncul sebagai ADUN BN yang peroleh undi majoriti tertinggi  dalam PRU ke12 di tengah-tengah tsunami politik.    
Dan peluang BN untuk mengukuhkan kedudukan di Lumut ekoran DUN Sungai Panjang (kini dipegang Nizar Jamaluddin ) dipulangkan kepada UMNO. Dalam PRU ke12, DUN ini ditandingi wakil MIC.
Perkembangan ini tanda positif kepada kemunculan semula pengaruh UMNO di kawasan ini mengatasi PAS dan DAP.
Dan Nizar dikatakan akan berpindah ke kawasan lain dalam PRU ke13.
Dengan senario ini, open house raya cina di Sitiawan mampu memulakan angin perubahan khusus kalangan masyarakat Cina dari menyokong Dap kepada menyokong MCA di daerah ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggarkan 50,000 pengunjung bakal memeriahkan majlis berkenaan yang bermula jam 8.00 malam.
Sultan Perak Sultan Azlan serta kerabat diraja  dan kenamaan lain dijangka berangkat mencemar duli ke majlis berkenaan.
Najib akan merasmi majlis ini dan dijangka akan memberikan ucapan.
“Perayaan sambutan rumah terbuka anjuran kementerian dan kerajaan negeri ini adalah yang paling hebat dan kami menduga  40,000 ke 50,000 orang akan hadir” kata Rais lagi - AgendaDaily