Saturday 17 December 2011

MAKAN MALAM MEDIA 2011 BERSAMA MB PERAK....

MAJLIS MAKAN MALAM MEDIA 2011 BERSAMA MB PERAK
16 DISEMBER 2011
8.00 MALAM
BANGUNAN SUK NEGERI PERAK, IPOH.


Ucapan MB Perak

 MB sedang menyampaikan ucapan....


Setiausaha Akhbar MB Perak, Nizam Isa

Antara tetamu yang hadir......

SPONSOR DAP..???

PANAS. Inikah Taikun Cina Yang Membiayai DAP?

Siapa taikun Cina ini?


Apa hubungannya dengan Guan Eng sampai Guan Eng terpaksa campurtangan dalam hal MPPP

Kalau nak tahu, sila baca artikel yang ditulis oleh blogger Helen Ang
(http://helenang.wordpress.com/2011/12/16/spice-dr-lim-mah-hui-harus-speak-up-demi-kepentingan-awam/).

sPICE: Dr Lim Mah Hui harus bersuara demi kepentingan awam 

Kerajaan negeri Pulau Pinang sering mencampur tangani urusan majlis perbandaran. Begitulah pendedahan oleh seorang kaunsilor MPPP, Lim Boo Chang.

Boo Chang berkata kelmarin campurtangan pentadbiran Lim Guan Eng telah menjejaskan autonomi dan integriti MPPP. Tambahnya lagi, sesebuah majlis perbandaran itu bukan berupa suatu jabatan atau badan kerajaan yang wajar diarah supaya mengikut telunjuk orang kuat pentadbiran negeri.

Namun pada hakikatnya, ahli-ahli majlis masih dicalonkan dan dilantik oleh parti pemerintah. Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat yang menyatakan kaunsilor bakal dikehendaki bertanding kerusi dalam pemilihan umum tinggal janji kosong.

Boo Chang meletak jawatan sebagai kaunsilor pada hari Rabu (Dis 14) dengan menjelaskan bahawa faktor tiada ketelusan dalam projek mega Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) antara satu sebab beliau menarik diri.

Mengikut laporan
 FMT (Dis 15):
“Lim [Boo Chang] said sPICE was a perfect example of how intimidating Guan Eng’s administration can be. Lim also revealed that Guan Eng had used arm-twisting tactics to intimidate councillors, including him, for opposing sPICE.”

Baca: 

Penang govt bullying municipal council
‘Tee Beng quit due to Guan Eng’s arrogance’

Boo Chang merupakan kaunsilor di bawah kuota PKR. Hanya beliau berserta Dr Lim Mah Hui – seorang kaunsilor MPPP mewakili NGO – yang cukup bertanggungjawab membantah perjanjian sPICE.

Menurut Boo Chang, ahli-ahli majlis hanya dimaklumkan tentang pengesahan perjanjian di antara MPPP dan Eco-Meridian Sdn Bhd (anak syarikat SP Setia Bhd) dua hari sebelum ia ditandatangani. 



Tan Sri Liew Kee Sin (gambar dipangkah merah) ialah CEO dan presiden SP Setia -- digambarkan dengan taikun pemaju hartanah yang lain, antaranya Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Land), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI), Tan Sri Tan Boon Seng (IJM), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Jeffrey Cheah (Sunway), Tan Sri Danny Tan (Dijaya) 

Permintaan beberapa orang kaunsilor supaya diberikan salinan kontrak sPICE tersebut untuk dikaji telah ditolak oleh pengerusi MPPP, kata Boo Chang. 

“Until I resigned yesterday, the councillors have not received the copy, which they are entitled to. 

“All these interference in council’s autonomous position reflect the state government abusive attitude,” tambahnya lagi. 

Hanya dua orang sahaja, iaitu Lim Boo Chang dan Dr Lim Mah Hui, di kalangan 24 orang ahli majlis – 10 DAP, 8 PKR, 2 PAS dan 4 NGO – yang melahirkan rasa waspada mereka. 

Amalan DAP yang kerap mengeluarkan perintah tutup mulut sememangnya sudah diketahui ramai; gag order terbaru berjaya membungkam pertelingkahan Godfather lwn Warlord parti kuku besi itu. 



Sumber: http://aliran.com/6524.html

Dr Lim Mah Hui seseorang sahaja yang berupaya mengiyakan (atau menidakkan) dakwaan-dakwaan yang menyelubungi sPICE.

Bukankah ianya beliau sendiri yang menceritakan perkembangan mengenai floodgates dibuka?

Bagai empangan pecah, pulau pitis dibanjiri para pemaju hartanah.

Lantaran memperolehi peluang-peluang yang tidak dikecapi sebelum ini, mereka ligat membina di sebanyak mana kawasan perumahan yang terdaya dalam jangka sesingkat yang mungkin. Kesannya garis-garis panduan bagi mewujudkan pembangunan sustainable diingkari.

Sebagai contoh, pemaju sPICE mendapat layanan istimewa ‘additional density’ yang mengizinkan syarikat berkenaan melanggar had kepadatan bilangan unit rumah setiap satu ekar.

Dakwaan NGO-NGO bahawa kontrak sPICE berat sebelah serta merugikan telah disusuli
 saman tuntut perjanjian tidak sah yang dikenakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang, MPPP dan Eco-Meridian. 
Dengan developer besar diberi laluan mudah, dan tanpa proses pengawasan mantap oleh badan-badan berkanun yang bebas dan berdikari, maka tidak mustahil malapetaka memirip kepada tragedi Highland Towers boleh berulang. 

Bekas kaunsilor MPPP Lim Boo Chang menceritakan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng. 

Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger
 Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk. 

Sungguhpun pentadbiran Guan Eng dibayangkan sebagai bertindak “membuli” namun saya rasa sebagai rakan sejawatnya, Dr Lim Mah Hui harus menjejak langkah Boo Chang berterus-terang demi menjernihkan suasana. 

Atas kesedaran bahawa tauke hartanah merupakan VVIP yang amat kaya dan kuat berpengaruh, saya tidak pasti sama ada Mah Hui – conscientious objector yang sekarang ini tinggal keseorangan dalam MPPP – akan mampu memantau sPICE dengan sewajarnya. Beliau nyata ditekan (outnumbered) 23-1. 


PEMBERITAHUAN MUSTAHAK: 

Saya khuatir blog saya akan digodam. 

Andainya didapati blog ini tergendala ataupun disekat, saya berharap agar rakan-rakan blogger tolong menyebarkan khabar. Tahu-tahulah menuding jari pada sesiapa yang patut. 

Kepada pihak yang mungkin terfikir untuk melancarkan serangan terhadap blog ini ataupun menggiatkan kempen mencemar nama blogger, fahami bahawa langkah ini akan mengundang publisiti buruk bagi si penggiatnya. 

Jangan saya diganggu sampai tahap saya terpaksa memohon bantuan Biro Pengaduan Awam MCA.

http://helenang.wordpress.com/2011/12/16/spice-dr-lim-mah-hui-harus-speak-up-demi-kepentingan-awam/

*Artikel ini dipostkan demi memastikan pembongkaran Helen Ang tersebar seperti yang beliau hasratkan.
- MyMassa

HIMPUN DI PERAK...

 


Selepas Stadium Shah Alam, Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) hari ini menjelajah pula ke negeri Perak yang menyaksikan lebih 3,000 umat Islam menghadiri majlis itu yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Daerah Kuala Kangsar.
Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata majlis itu merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana sambutan yang diterima daripada umat Islam tempatan begitu menggalakkan.
“Sekitar 3,000 umat Islam dari pelbagai lapisan umur hadir dan mengikuti majlis kita hari ini dan ia membuktikan HIMPUN semakin mendapat sambutan ramai dan selepas ini, siri jelajah ke seluruh negara akan diteruskan lagi.
“Melalui siri jelajah HIMPUN ini, kita ingin menyampaikan mesej kepada umat Islam terhadap usaha-usaha yang dijalankan untuk memurtadkan akidah umat Islam.
“Pendedahan fakta terdapat 40 permohonan murtad yang direkodkan di Perak misalnya membuktikan bahawa gejala dan perkembangan ini adalah benar, sekaligus menunjukkan kepada umat Islam bahawa mesej yang dibawa melalui HIMPUN ini bukanlah untuk mencipta isu atau menakut-nakutkan orang ramai tetapi ia benar-benar berlaku,” katanya kepada pemberita di Kuala Kangsar, hari ini.
Bukan sahaja di Perak, permohonan keluar dari agama Islam juga katanya, dilaporkan berlaku di Johor manakala 51 orang Islam di Selangor telah menjalani upacara baptis tetapi mereka akhirnya tampil untuk mendapatkan kaunseling daripada pihak berwajib.
Tambah Mohd Azmi, melalui siri jelajah, segala maklumat di setiap negeri akan dikumpulkan dan tindakan susulan akan diambil petugas dan penggerak HIMPUN di peringkat negeri.
Petugas HIMPUN negeri katanya, akan memantau dan mendapatkan maklumat dan kes terkini berkaitan gejala murtad, seterusnya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, HIMPUN juga katanya, turut menyanjung tinggi Majlis Raja-Raja Melayu yang menyatakan secara jelas kedudukan Islam di negara ini serta mengambil berat terhadap isu memurtadkan umat Islam.
Tegas Mohd Azmi, ia telah memberi semangat dan sokongan jitu kepada penggerak HIMPUN untuk terus menyampaikan mesej penting ini di seluruh negara.
“Selepas Perak, HIMPUN akan menjelajah pula ke Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Januari depan dan majlis dijangka berlangsng di stadium tertutup,” katanya lagi.
Terdahulu, Mohd Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Malaysia (TERAS) dalam ucapannya, berkata apabila membicarakan soal akidah, tiada istilah tawar-menawar dalam perkara itu bagi umat Islam.
Menggunakan istilah harga mati, beliau berkata, umat Islam perlu melupakan perbezaan fahaman politik dan kedudukan mereka  sebaliknya bersatu sebagai suara majoriti untuk mempertahankan akidah dan agama Islam tanpa sebarang kompromi.
Datuk Dr Hasan Ali Antara lima Penceramah Yang Dijemput Sempena Program HIMPUN Peringkat Negeri Perak Yang Berlangsung Di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, hari ini.
10 DEKLARASI HIMPUN TURUT DIBACAKAN OLEH MOHD AZMI IAITU : 
1.     Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.
2.     Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati.  Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina  dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
3.     Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
4.     Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
5.    Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
6.    Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
7.    Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam.
8.   Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBUBAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.
9.    Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
10.    Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan  ini mahupun yang tidak dapat hadir,  melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.
- PerakToday

AMBIGA KEMPEN DI LUAR NEGARA KUTIP DANA PILIHANRAYA...???



Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika diwawancara wartawan FMT, Celine Boileau, di Paris mengakui beliau sedang melobi badan-badan antarabangsa untuk pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.
Sebulan selepas perhimpunan haram BERSIH 2.0, Julai lalu, Ambiga sudah berkempen di London dalam majlis makan malam pengumpulan dana dan dialog mengenai reformasi pilihan raya.
Kemudian, disusuli pula dengan lawatannya ke Australia dan Eropah.
Menurut Ambiga, BERSIH 2.0 merupakan satu organisasi yang merentasi kaum, jantina, agama, dan lain-lain di Malaysia yang bukan sahaja untuk pilihan raya, tetapi juga untuk menuntut amalan demokrasi, sistem tadbir urus yang baik dan melaksanakan hak-hak asas sosial.
Katanya, nilai-nilai demokrasi adalah universal untuk semua negara di dunia ini dan kini BERSIH 2.0 mempunyai rangkaian di seluruh dunia.
“Puncanya juga universal. Keperluan untuk pilihan raya yang bebas dan adil adalah rukun asas dalam demokrasi mana-mana negara.
Katanya, kini rakyat Malaysia tidak lagi membenarkan diri mereka diasingkan mengikut isu-isu yang berdasarkan kaum dan agama.
Dana Asing
Pada 27 Jun lalu, Ambiga mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH 2.0 pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Namun sehingga kini, Ambiga enggan mendedahkan secara terperinci butiran sumber kewangan tersebut. Klik di sini.
Anugerah Peranchis
Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety, di Kediaman Duta Perancis ke Kuala Lumpur, 23 Sept.
Pada September lalu, Ambiga menerima anugerah tertinggi Perancis, ‘Chevalier de Legion d’Honneur‘ (The Legion of Honor) oleh Duta Perancis di Malaysia kerana sumbangannya memperjuangkan sebuah negara demokrasi di Malaysia.
Anugerah ‘The Legion of Honor‘ ini dimulakan pada 19 Mei 1802 oleh Napoleon Bonaparte dengan menganugerahkan satu pingat kebesaran kepada tentera dan orang awam yang bersama-sama menjayakan Revolusi Peranchis.
Revolusi Peranchis berjaya kerana kerjasama tentera dan orang awam dalam meruntuhkan sistem pemerintahan lama yang berorentasikan agama dan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Peranchis sebelum ini.
Peranchis dianggap sebagai sebuah ‘Negara Demokrasi Pertama’ setelah berlakunya revolusi di negara itu.
Sejarah demokrasi dan revolusi kebanyakannya dirujuk kepada Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789–1799, di mana dalam revolusi itu sistem pemerintahan beraja dan peranan agama telah berjaya dihapuskan dan diganti dengan sistem pemerintahan rakyat berteraskan cogan kata ‘Persamaan’. (Equality), ‘Kebebasan’ (Liberty), dan ‘Persaudaraan’ (Fraternity).
Sudah pastinya kempen-kempennya tidak lari dari memburuk-burukkan kerajaan dan sistem pemerintahan kerajaan sedia ada.
IKUTI KOMEN-KOMEN BERKAITAN ..... KLIK DI SINI 

NAJIB DIANCAM PENULIS UPAHAN SOROS...???

Apabila Penulis Upahan Soros Ancam Najib...


Bukan kebetulan apabila Simon Tisdall, wartawan akhbar United Kingdom (UK) menulis di kolum akhbarnya, The Guardian, portal Malaysia, Malaysiakini pula dengan segera menyebarluaskan pandangan penulis tajaan penyangak matawang Yahudi, George Soros itu.
Bukan kebetulan kerana portal Malaysiakini juga disebut-sebut sebagai projek tajaan Soros.
Dengan tajuk “Najib risks Malaysia’s reputation in his treatment of Anwar Ibrahim“, Tisdall memberi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadapi risiko jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan dalam kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.
“Tanda-tanda tidak kelihatan baik untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya”, tulisnya yang dapat meramalkan anak emas Barat itu bakal kembali semula ke penjara Sungai Buloh sepertimana yang pernah berlaku kira-kira 10 tahun lampau.
Jelas, penulis Barat itu sendiri dapat meramalkan Anwar akan didapati bersalah pada 9 Januari ini berdasarkan keseluruhan intipati hujah penggulungan peguambelanya, namun untuk menutup kelemahan itu, Najib pula yang turut dipersalahkan.
Agen Perisikan
Menurut Rory Winter dari OpEdNews, pelantikan Tisdall sebagai Penolong Editor the Guardian mencetuskan ‘revolusi baru’ dalam akhbar UK yang dianggap ‘sepupu’ kepada akhbar Amerika Syarikat (AS).
“Tisdall adalah ‘jurucakap’ pemuas nafsu kerajaan AS”, kata Winter yang merujuk kepada kecenderungan wartawan itu membela kepimpinan Presiden Bush.
Winter mengkritik Tisdall dalam artikelnya bertajuk “The Guardian: An Unlimited Conduit for USUK’s War Propaganda” pada tahun 2007, yang ketika itu, kerajaan AS dipimpin oleh parti Republikan, Presiden Bush melalui CIA sedang giat merekrut agen-agennya untuk menjustifikasikan penaklukannya ke atas Iraq.









Ketika itu, selain Tisdall yang mungkin diseludup dalam dunia kewartawanan,Anwar Ibrahim dari Malaysia yang baru bebas dari penjara Sungai Buloh juga turut direkrut untuk menjalankan misi yang sama.
Menurut penulis OpEdNews itu, modus operandi perkhidmatan perisikan telah lama diseludup ke dalam dunia kewartawanan British, seperti yang berlaku kepada akhbar ‘Telegraph’ dan ‘Con Coughlin’ yang sudah diketahui umum menjadi tali barut agen perisikan MI5.
Namun katanya, tidak dapat dipastikan sama ada Tisdall adalah salah seorang daripada agen perisikan itu, tetapi kecenderungannya untuk bermain sebagai ‘tukang sorak’ kepada dasar luar AS mengenai isu-isu seperti penjajahan Iraq dan anti-Chauvinism menjurus ke arah itu.
Sebagai wartawan pro-Republikan, maka tidak hairan, Tisdall sokong Presiden Bush tetapi mengecam Presiden Obama dari Parti Demokrat.
Menurut rightwingers blogtownhall.com, Tisdall adalah penganut pemikiran Liberal.
Penganut fahaman Liberal sama sahaja, kata laman itu, sama ada Liberal di AS atau Liberal UK, mereka memakai pakaian yang sama iaitu ‘Sosialisme’.
Blog dailysketcher pula menggambarkan Tisdall adalah ‘alat perisik yang tidak jujur‘ (dishonest intelligence stooge).
Katanya, Tisdall seorang perisik yang menyamar wartawan berlindung di sebalik jenama akhbar the Observer/Guardian (Pemerhati/Penjaga) menulis secara tidak jujur bertujuan untuk propaganda mempengaruhi pemikiran rakyat.
Ketidakjujuran Tisdall dilaporkan blog itu apabila wartawan UK itu berusaha memburuk-burukkan Iran dengan mengaitkan dengan al-Qaeda dan senjata nuklear supaya kerajaan AS campur tangan di negara itu.
Walhal, menurut blog itu, dakwaan-dakwaan Tisdall hanya benbentuk propaganda yang tidak disertakan dengan bukti kukuh.
Projek Soros
Menurut wikipedia, The Guardian mempopulari dasar ‘centre-left liberalism‘ di UK.
Kumpulan media ini ditubuhkan pada tahun 1936 oleh keluarga Scott yang kemudiannya dikenali sebagai The Scott Trust.
Editornya yang paling terkenal adalah Charles Prestwich Scott yang mengetuai The Guardian selama 57 tahun dari tahun 1872.
CP Scott yang juga adalah Ahli Parlimen Parti Liberal UK bersama-sama dengan Chaim Weizmann telah memainkan peranan penting untuk mengiktiraf Negara Israel melalui Deklarasi Balfour.
Daphna Baram mendedahkan hubungan Guardian dengan gerakan Zionis dan Israel dalam bukunya, “Disenchantment: The Guardian and Israel“.
The Guardian dan kumpulan medianya termasuk dalam rangkaian Projek Soros yang dinamakan ‘Projek Syndicate‘.

Projek Syndicate adalah satu organisasi yang mendapat tajaan Soros melalui Open Society Foundation (OSF) bekerjasama dengan media-media lain bertujuan untuk mempromosi pemikiran tokoh-tokoh tertentu.
Pemikiran tokoh-tokoh yang dipromosi itu, termasuk Chris Patten, Dominique Strauss-Kahn, Zbigniew Brzezinski, Richard Haass, Richard C. Holbrooke, Desmond Tutu dan lain-lain.
Kebanyakan tokoh-tokoh itu juga turut terlibat dengan projek-projek Soros yang lain, terutamanya berkaitan dengan perisikan dasar luar AS, termasuk ICG (International Crisis Group), CFR (Council on Foreign Relations), HRW (Human Rights Watch), Amnesty International (AI), NED (National Endowment for Democracy), Freedom House dan lain-lain.
Anwar Ibrahim dari Malaysia juga termasuk salah seorang daripada rangkaian tersebut.
Untuk memahami secara jelas perkaitan tersebut sila baca di sinisinisinisini sinisinisinisini,sini dan sini.
SUMBER : AIDC

'MALAYSIAN WEDDING GAY OF THE YEAR 2011'...!!!!!!

PERKAHWINAN GAY PELAJAR MELAYU JURUSAN PERUBATAN DARI MALAYSIA BERSAMA SEORANG LELAKI DI DUBLIN, IRELAND....!!!
ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM........




Diberi nama...ARIFF ALFIAN ROSLI.... nama yang indah.... seindah wajah dan fizikal kurniaan Illahi..
Anak lelaki kepada seorang Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56. Berusia 28 tahun, bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 


Telah dihantar ke United Kingdom untuk membuat A-Level dan pada 2003 melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan dengan tajaan PETRONAS ke Universiti College Dublin, Ireland.


Baru-baru ini bapanya meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu. Difahamkan keluarganya telah berulang-alik ke sana sebanyak lapan (8) kali untuk mengesan Ariff.


Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.


Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.
Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
TE.....TA.....PIIIIIIII...... yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana...!!!
Jika dilihat dari segenap sudut, gambar yang disiarkan menerusi twitter Aysha Ridzuan itu bukan satu rekaan atau lakonan.
Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, juga tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.



Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.


Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.
APAKAH PERASAAN ANDA SELAKU IBU DAN BAPA, JIKA ANAK YANG DILAHIRKAN, DIBELA, DIBERI DIDIKAN AGAMA, DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH, DIDOAKAN SETIAP DETIK DAN WAKTU AGAR SELAMAT, SIHAT, SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN BERHARAP AGAR MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERIMAN DAN BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA, TIBA-TIBA BERUBAH HALUAN 100%, TELAH MENCONTENG ARANG KE MUKA IBUBAPA..??? 
Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.
Sebenarnya, jangan letakkan kesalahan 100% dibahu ibubapa…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.
Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.
Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Apa yang berlaku, amat jijik dan hina malahan keji di sisi agama Islam dan dilaknat Allah....
Te...ta....piiiiiiiiii......inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.
Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar. Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan. Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.
Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis. Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan. Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.
Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan. Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya. 


Mudah-mudahan.... suatu masa.. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan melembutkan dan membukakan pintu  hati Ariff Alfian ..... UNTUK BERTAUBAT..!!!
Wallahualam...


Sumber : DI SINI  &  DI SINI