Thursday 10 May 2012

BERSIH 3.O - MARINA TERPERANGKAP..???


Marina Terperangkap Dalam Mainan Pembangkang




Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong & peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.

Bab kata orang, mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.

Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut, terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara, keadilan dan hak asasi manusia.

Menulis dalam blognya pada 08 Mei, Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria.

Katanya lagi, tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO, berfikiran sedikit liberal & terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair. 

Sebenarnya ternampak jelas, Marina samaada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik pembangkang hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0

Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan pembangkang yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti-PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.

Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat pembangkang yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka - satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka - bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli, undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan - realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan pembangkang, sebetulnya hanyalah tong kosong yang dipukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya zero tiada manfaat  ~  POLITIK HARIAN

LIM GUAN ENG YANG BONGKAK SOMBONG..!!!


CABARAN DITERIMA GUAN ENG?

KANTOI @DZAINALABIDIN


Laporan polis telah dibuat sebentar oleh YB Azhar terhadap Lim Guan Eng di Balai Polis Beach Street, Pulau Pinang. Laporan tersebut mengenai kenyataan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang berbau perkauman dan menuduh kuil akan terancam jika BN memerintah Pulau Pinang.




Bongkak sungguh Lim Guan Eng nie mencabar ADUN BN membuat laporan Polis. So lepas nie biarlah Polis yang siasat. Nak tengok pulak apa riaksi apek cauvanis nie? Yang dipertikaikan ialah kenyataannya yang bersifat rasis dan melaga-lagakan perpaduan antara kaum..Lim Guan Eng berkata jika BN atau UMNO perintah kembali Pulau Pinang..semua kuil di sini akan terancam..Bodoh punya Ketua Menteri..Jangan pulak lepas nie main KunG-FU SPIN?Sapa yang cakap benda tu rasanya semua tertera didalam video ini pada 12.22 saat.....Kantoi la lu Guan Eng Ketua Menteri Paling Rasis dalam sejarah Pulau Pinang. MatKilauPenang

DULU KATA FELDA BANKRAP, SEKARANG KATA PENEROKA PATUT DAPAT RM50K


Perlukah PR Rasuah Peneroka RM 50,000 Seorang?

ITULAH yang menjadi tanda tanya besar di kepala penulis semalam apabila membaca kenyataan media Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan  Pengerusi Biro Perdagangan dan Industrinya, Wong Chen berhubung dengan 'durian runtuh' yang diumumkan Perdana Menteri Najib sebanyak RM 15,000 kepada setiap peneroka Felda semalam.

Penulis menyifatkan kenyataan itu sebagai kenyataan tidak bijak, dibuat tergesa-gesa dan tanpa pertimbangan berasaskan fakta, yang mana akhirnya nanti hanya akan memakan diri sendiri dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kenapa penulis berkata begitu?  Jika semua sudah lupa, pada tahun 2010, negara digemparkan oleh pendedahan yang dibuat Keadilan Daily bahawa Felda adalah sebuah organisasi yang bankrap, tidak ada wang!!

Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak, terutama para peneroka sendiri yang merasa ditipu oleh pengurusan Felda dan kerajaan BN.

Peliknya semalam, Rafizi dan Wong Chen mengatakan peneroka sepatutnya menerima habuan yang lebih besar dari yang diumumkan Najib iaitu sebanyak RM 50,000, yang melibatkan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 5.6 billion kepada 112,635 orang peneroka.

Dimana nak dikorek RM 5.6 billion itu dalam keadaan Felda sendiri sedang bankrap?



Adakah Rafizi dan Wong cuba mensabotaj PKR dengan mengatakan dakwaan pada 2010 itu adalah satu pembohongan, yang sebenarnya Felda ada wang untuk membayar peneroka lebih tinggi dari yang diumumkan Najib sekarang?

Adakah itu maksudnya?

Itu belum disebutkan lagi sekiranya peneroka menuntut jumlah itu, ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumlah RM 5.6 billion itu bukan sedikit, apatah lagi Pakatan Rakyat ada lebih banyak agenda lain yang perlu diberi keutamaan seperti penurunan harga minyak, penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma yang semuanya memakan belanja yang besar – hampir RM 200 billion setahun!!

Penulis meminta penjelasan diberikan atau Rafizi mahupun Wong menghadapi risiko dihumban rakyat dari pilihanraya yang akan datang, dimana-mana kawasan yang diperuntukkan untuk mereka bertanding – kalau tidak PKR sendiri mengambil keputusan tidak mencalonkan mereka, melihat kepada kerosakan yang dibawa dari kenyataan media tersebut.

Kita sedang bercakap tentang para peneroka Felda yang rata-rata menerima pendapatan dalam kategori sederhana atau sedikit tinggi dari garis paras kemiskinan nasional.  Jangan kata RM 15,000, apa pun jumlah yang akan diberikan Felda, akan diterima oleh mereka kerana wang itu datang tanpa mereka perlu melakukan apa-apa pun!!

Apa yang lebih baik dari itu?

Jadi penulis tidak rasa besar kecil jumlah wang yang diterima akan menjadi isu kepada mereka.  Apatah lagi bila respon yang penulis terima mengatakan Felda cukup membela nasib peneroka, walau ketika kebun mereka tidak mendatangkan sebarang hasil kerana proses tanam semula dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kelihatannya Rafizi dan Wong tidak turun ke bawah mendapatkan pandangan dan respon peneroka sebelum mengeluarkan kenyataan media seumpama itu.  Mereka fikir mereka berhadapan dengan orang-orang korporat dan remisier saham yang benar-benar faham dengan 'fakta' yang mereka berikan dalam kenyataan media semalam.

Sedangkan hampir 100% peneroka Felda yang penulis ketahui adalah mereka yang tidak berpelajaran tinggi atau tidak berpelajaran langsung!!

Kalau pandai sangat, tidaklah dulu mereka ini menerima tawaran Felda untuk meneroka kawasan penempatan dan kebun di tempat terpencil yang hanya layak dipanggil kawasan jin bertendang!!

Semua ini menjelaskan satu perkara, ramai orang fikir politik ini mudah untuk dikendalikan.  Sedangkan hakikatnya politik adalah satu ilmu dalam kelas tersendiri yang memerlukan masa yang panjang untuk menjadikan seseorang itu layak menjadi ahlinya. SUMBER

SEKADAR IMBAS KEMBALI..SIAPAKAH WANITA BOTAK ITU..???

INI BUKAN IKLAN UBAT UNTUK LEBATKAN RAMBUT...
JUGA BUKAN IKLAN UNTUK MEM'FOFULAR'KAN BELIAU...
BP SEKADAR INGIN IMBAS KEMBALI..
GAMBAR SENSASI SEORANG WANITA YG MEMANASKAN BLOG2 RAKAN BP SELEPAS DEMO HARAM BERSIH 3.0 HARI TU.....


MASIH INGAT DENGAN GAMBAR SEORANG WANITA BOTAK YANG SEDANG MEROKOK DAN SAMA-SAMA MENYERTAI BERSIH 3.0..???


BERIKUT ADALAH DI ANTARA GAMBAR-GAMBARNYA :


  


  


LIHAT JUGA YANG INI...


  


Berusia 41tahun.
Namanya Mislina Mustaffa.
Menafikan dirinya lesbian sebagaimana yang dihebohkan.. (ye lorrr, xkan nak ngaku kot)....
Bekas pelajar Bac. Fine Arts (Acting and Directing) tahun 2001 di USM.
Seorang pelakon (yang kerap berlakon dalam filem Yasmin Ahmad) dan telah memegang watak utama, penyanyi Zaiton Sameon dalam satu penerbitan filem (belum ditayang atau disiarkan lagi)...dlm kategori aktres tak di dendang la ni..Dalam filem tersebut beliau terpaksa membotakkan kepala ketika watak Zaiton berada dalam hospital setelah mengalami kemalangan jalanraya yang mengorbankan anak beliau.Sejak dari itu Mislina mendakwa berasa selesa dengan keadaan ‘botak’ dan terus mengekalkan imej tersebut.


Tu aja....

AKIBAT BERSIH 3.0 DI MEKAH...!!!


KERAJAAN ARAB SAUDI TELAH MENGELUARKAN NOTA MERAH KEPADA

 KERAJAAN MALAYSIA UNTUK DI KENAKAN TINDAKAN KERANA TERDAPAT

 BUKTI RAKYAT MALAYSIA BERDEMO DI MADINAH TEMPOHARI...

TINDAKAN YANG AKAN DI AMBIL OLEH KERAJAAN SAUDI ADALAH -

1..MEMBATALKAN KEDATANGAN JEMAAH HAJI BAGI TAHUN INI DAN JUGA

JEMAAH HAJI AKAN DATANG DALAM TEMPOH 5 TAHUN.

2..MEMBATALKAN ATAU MENGETATKAN JEMAAH UMRAH BAGI TAHUN INI

 BERKUATKUASA DISEMBER 2012 SEHINGGA 5 TAHUN AKAN DATANG.

Terima Kasih kepada Anwar Ibrahim( PKR) , Nik Aziz (PAS) , Lim Guan Eng

 (DAP) dan AMBABIGA !!! kerana anda, baka jemaah haji mendapat susah!!!

Terima kasih banyak2 lah kita ucapkan kepada Parti PAS kerana 'berjaya

 mendaulatkan' Islam di mata Arab Saudi sampai Arab Saudi membalasnya

 dgn cara begini.......TIMA KASIH PAS.....TUUUUIIIIHHHH!!!!


BUKTI PAS ITU MUNAFIQ :



SPRM ALERT!!! ELLY WONG TERBABIT 'KLANG LAND SCAM'...!!!


RPK wrote :
See the two letters below in the section called THE KELANG LAND SCAM.
Actually, I have about 50 pages of documents on this particular issue. Nevertheless, I am revealing only two pages of those 50 pages, at least for now. Treat this as a teaser if you want. I just want to show you a sample of what I have. Hence just these two pages are sufficient for the meantime.
SUMBER :

VIDEO : BAR COUNCIL YANG DIKUASAI DAP!!!


Bar Council bukan lagi badan berkecuali tetapi badan politik di kuasai DAP..........



 

MANGSA TERBARU POLITIK ANWAR IBRAHIM... SELEPAS HASSAN ALI...

PRINSIP MEREKA MUDAH.... JANGAN LAWAN TOKEH.. NAHAS!!!



SAYA MANGSA TERBARU POLITIK Anwar Ibrahim ... Selepas Hasan Ali - Tunku Abdul Aziz





DAP secretary-general Lim Guan Eng admonished Tunku Aziz for his remarks, saying that he had gone against the party's stand and embarrassed the party leadership. - New Straits Times, 10 May 2012

Seorang lagi mangsa politik akibat kerakusan Anwar Ibrahim selepas Hasan Ali ...

Akibat kelantangan Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengkritik BERSHIT 3.0, jawatan 'Senator' beliau tidak dapat disambung kembali kerana tidak mendapat pencalonan dari parti.

Ini bukan soal Naib Presiden DAP memalukan partinya, namun lebih kepada soal kritikan pedas beliau terhadap perhimpunan BERSHIT 3.0 yang mendapat sokongan dan 'green light' dari Anwar Ibrahim.



Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Kritikan terbuka beliau terhadap keganasan yang ditimbulkan oleh para peserta BERSHIT 3.0 seharusnya perlu dihukum pihak berkuasa, mengakibatkan beliau terlebih dahulu 'menjalani hukuman' oleh DAP.



Akibat kritikan terbuka terhadap BERSHIT 3.0, jawatan beliau sebagai ahli Dewan Negara ditarik balik oleh DAP.

Lim Guan Eng pula mengumumkan dua nama baru bagi menggantikannya ...

Dr Ariffin S.M Omar - pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia
Syed Shahir Syed Mohamud - Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan.

Dua nama Melayu yang bakal menjadi 'anjing tunggangan' baru DAP.

Aneh ... dua pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mengkritik sikap, dasar dan tindakan Anwar Ibrahim dihukum serta merta. Hasan Ali ... dan kini Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Berbanding dengan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, nasib Hasan Ali lebih malang kerana dipecat terus dari Parti Adat & Sosialis.

KENAPA AZMIN TAKUT BUAT LAPORAN POLIS..???



Oleh : Beruang Biru
ADA hikmahnya juga dari terbongkarnya banyak kes-kes salah laku seks melibatkan pemimpin pembangkang tertentu kebelakangan ini, terutama yang membabitkan Timbalan Presiden PKR sekarang, Azmin Ali. 
Tuduhan yang dikenakan ke atas Azmin ini pada penulis sangat berat kerana melibatkan maruah dan intergriti sebagai pemimpin politik. Justifikasi bagi menyokong tuduhan tersebut juga lengkap (ada gambar dan video). 
Semua ini memerlukan satu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berwajib bagi menentukan pihak mana yang salah, pihak mana yang benar. Azmin dari segi perundangannya patut membersihkan diri dari semua dakwaan tersebut, bermula dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan. 
Tapi kenapa Azmin sampai sekarang enggan buat laporan polis? Itu yang ramai dari kita musykilkan. Nak kata Azmin tak tahu? Mustahil. Nak kata Azmin tak diberi nasihat perundangan secukupnya? 
Tak mungkin. Ada segerombolan besar peguam disekeliling Azmin, yang bersedia pada bila-bila masa membelanya di mahakmah tanpa bayaran (pro bono), atau dibayar tapi menggunakan wang rakyat Selangor – seperti kes ADUN Seri Muda kerana menghina Sultan Selangor. 
Yang kita cakap ini, laporan polis sahaja pun, bukan teknikal mana sangat. Kata tak terlibatkan, jadi apa yang susah sangat nak buat laporan polis. 
Alasan penyokong Azmin seperti Shamsul Iskandar dan Zuraida Kamarudin bahawa tidak guna membuat laporan polis kerana akhirnya akan menerima nasib seperti Anwar dalam kes video lucah dengan seorang pelacur dari cina, tidak boleh diterima sama sekali. 
Dalam kes Anwar, laporan polis yang dibuatnya berjaya menyebabkan pelaku yang menayangkan video tersebut dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. 
Tindakan perundangan yang bakal dikenakan Anwar pula kerana dalam laporan polis sama, dia menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam rakaman tersebut, sedangkan kajian pakar menunjukkan 99.9% dialah lelaki itu. 
Ringkasnya, Anwar buat laporan palsu, nafi kata pelaku itu dia sedangkan kajian pakar menunjukkan sebaliknya. Adakah Azmin juga berada dalam situasi sama sehinggakan dia takut untuk membuat laporan polis tersebut? 
Apa sekalipun, selepas ini Azmin jangan salahkan masyarakat kalau keengganan membuat laporan polis ini dianggap membuktikan semua tuduhan ke atas Azmin itu adalah benar belaka. 
Yang dia memang individu lelaki yang didakwa sedang melakukan aktiviti kelucahan melampau dengan seorang wanita dalam video tersebut. Enggan buat laporan polis sebab takut polis siasat dan jumpa kebenaran. 
Itu saja alasan yang terfikir oleh penulis kenapa Azmin enggan buat laporan polis, setelah alasan takut menerima nasib seperti Anwar itu, tidak boleh diterima langsung.