Friday 30 November 2012

{FOTO} 7 BINTANG HANYA UNTUK BURJ AL-ARAB

TAHUKAH ANDA...Hotel Burj Al-Arab , Dubai, yang dibuka secara rasmi pada tahun 1999, disebut sebagai  satu-satunya hotel di dunia yang diiktiraf sebagai 7 bintang.  Hotel ini adalah hotel paling mewah dan ketinggiannya yang mencapai 321 meter adalah yang paling tinggi di dunia.  


Burj Al-Arab dilihat pada waktu pagi....

Hotel yang dibina dan dirancang seperti rekabentuk sebuah kapal layar ini mendominasi pantai Dubai... Tetamu akan dihantar dan dijemput dengan Rolls Royce ketika anda memerlukan khidmat seorang pemandu. Meja receptionist peribadi juga disediakan di setiap floor. Ketua pelayan di hotel ini adalah amat terlatih dan sentiasa menyediakan ketepatan masa....dan segala-galanya, pendek kata hotel ini menjanjikan yang terbaik pada dunia.nia. 

Berikut adalah pilihan gambar untuk memberikan rasa apa yang dapat Anda temukan sebagai tetamu.......

INI BUKAN HARIMAU JADIAN......

Harimau

MALANG – Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan – kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram – mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

APABILA ROSMAH MENJAWAB SOALAN.....

BARU-BARU ini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Mahasiswa Nasional di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).


Bila Datin Seri Rosmah Diaju Soalan...

Peluang itu digunakan tetamu yang terdiri daripada kalangan pelajar untuk mengajukan soalan kepada beliau…antaranya termasuklah soalan ‘sensitif’ tentang dakwaan dan tuduhan pihak tertentu ke atas peribadinya.

Nak tahu apa jawapan beliau…sila tengok klip di bawah......

BEKAS TLDM HILANG KETIKA MENYELAM DI SELAT DINDING....

Abdul Razak Johan
Abdul Razak Johan

LUMUT - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa menyelam di kawasan Selat Dinding, lebih kurang 1.17 batu nautika Barat Daya Tanjung Siagin, berhampiran Pulau Pangkor, semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3 Perak, Kapten (M) Abdul Razak Johan berkata, pihaknya menerima laporan  kehilangan berkenaan daripada pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Aceh pada jam 1.55 petang.

MAZLAN ALIMAN, HARAKAH DAN SUARA KEADILAN AKAN DISAMAN...!!!


KUALA LUMPUR,  - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel.

Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka.

SADIS : PENDERAAN GILER...!!!


Menurut tt.mop, seorang gadis yang bernama Xiao Ping (alias) telah dikurung di dalam sebuah flat oleh teman lelakinya yang berusia 29 tahun untuk lebih dari sebulan. Gadis ini didapati didera sehingga terdapat kesan hirisan pisau, lebam teruk sera luka pada dagu, kaki, tangan serta belakang. Xiao Ping juga didapati tulang betis patah. Xiao Ping sebenarnya lahir di Hubei tetapi dia telah pergi ke Quanzhou untuk bekerja sebagai waitress setahun yang lalu. Dia telah bertemu dengan lelaki ini semasa tengah bekerja selepas diperkenalkan oleh rakannya.

GAMBAR YANG PASTI DISUKAI OLEH ANWAR IBRAHIM


Menurut sumber, gambar ini diambil di Vietnam yang mana ianya menggambarkan bagaimana kehidupan pasangan gay di negara mereka. 

Hidup sebagai pasangan walaupun mempunyai jantina yang sama memang bukan pelik lagi kita dengari di zaman yang semakin menghampiri 'dunia akhir zaman' ini.

Kelihatan mereka gembira dengan kehidupan songsang mereka, inilah berlaku apabila manusia hilang pedoman, agama, dan maruah diri. Sanggup melakukan perkara terlarang dan berdosa seperti ini.....mungkinkah kehidupan seperti ini akan dihalalkan di Malaysia suatu masa nanti.... SEKIRANYA.... Anwar Ibrahim berjaya menawan Putra Jaya.....!!!

Thursday 29 November 2012

WEBSITE YANG PELIK DAN TERPANJANG DI DUNIA....


Pernahkah anda terjumpa nama sebuah website yang pelik dan panjang.....

Diluar kotak fikir politik, cuba sejenak anda tatapi apa akan jadi jika sebuat website memiliki nama yang cukup panjang, melainkan terpanjang di dunia.  Ini adalah sebuat laman gabungan dari beberapa laman seperti google, facebook, youtube, yahoo, baidu, wikipedia, twitter, amazon dan taobao. Semua laman-laman tersebut dijadikan satu seperti link di bawah ini :
http://www.googlefacebookyoutubeyahoobaiduwikipedialivetwitteramazontaobao.com/
sumber : unic29.com
***APA agaknya yang ada di dalam website tersebut ye?.. Lets check it out.....!!!

PEMBANGKANG PERALAT MUSA HASSAN....???

Post Pic

KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yakin orang ramai tidak terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang susulan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.

"Ini bukanlah politik matang, tetapi politik kebencian, oleh itu sudah menjadi tugas semua pihak dalam perhimpunan untuk memberikan penerangan kepada ahli dan orang ramai agar tidak terus keliru dengan dakyah pembangkang.

PERHIMPUNAN 'MERAH' YANG BERSIH DAN TERTIB.....!!!!


Perhimpunan UMNO Tenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang


Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.
Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.    Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.
Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.
Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.

SESSI DEWAN RAKYAT MELABUHKAN TIRAI....

PANDIKAR: Saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor. Pix: Sinar Harian
Saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor (merujuk sebagai Karpal Singh)

KUALA LUMPUR : Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.
"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.
"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar (gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.

PELAJAR JADI MANGSA LELAKI INDON BANYAK HUTANG....


SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.
Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.

MENARA CONDONG 'DITONGKAT' ELAK TUMBANG





XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an.
Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644.
Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang.
- Reuters

ANAK DURJANA : 'GADAI' IBU KEPADA ALONG..!!!


‘Gadai ibu’ pada along

KUALA LUMPUR : Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.

Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu. 

PELIK : BAYI MASIH DALAM PANTANG MAUT DITIMPA DURIAN


PULAU PINANG : Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian ketika didukung ibunya dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, petang semalam.

Tiada maklumat lanjut diperolehi, hanya video berikut yang teman perolehi di myMetro :



SENJATA NUKLEAR IRAN YANG DIGERUNI.....



Benarkah... ini imejnya...?

VIENNA - Satu gambar rajah yang diperolehi oleh agensi berita The Associated Press menunjukkan bahawa para saintis di Iran telah mengendalikan simulasi komputer untuk sebuah senjata nuklear yang mampu menghasilkan kuasa letupan tiga kali ganda lebih kuat daripada bom atom pada Perang Dunia Kedua yang memusnahkan Hiroshima, Jepun.

BACAAN BETUL AYATUL KURSI....


ADA yang membaca ayat Kursi  bermula dari “Wa illaahukum ilaahuwaahid”... tetapi ada juga yang membaca bermula dari “Allahahulaailaaha illaa huwal haiyul qiayuum”...Jadi, yang mana satu yang betul ???


KEDUA-duanya adalah sebahagian ayat dalam Surah al-Baqarah. Biasanya dibaca secara berturutan. Ia juga dibaca sebagai wirid termasuk selepas solat.

Ayat “wa-Ilahu-kum ilahun wahid ...” adalah sebahagian ayat 163 daripada Surat al-Baqarah. Maksud ayat secara penuh adalah “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (al-Baqarah (2): 163) 

APAKAH HUSAM AKAN BERTAUBAT...???


Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa.

PUAK KAHAK HIJAU MINTA SEMUA RAKYAT DOAKAN NIK AZIZ CEPAT SEMBUH SEBAB TAHU ORANG2 UMNO TIDAK BUSUK HATI MACAM KORANG...!!!!!



Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.... (haha...teman tak terkejut langsung..... biasalah, pokok pun kalau dah tua akan rosak juga!)

Wednesday 28 November 2012

13 FAKTA YOUTUBE YANG PERLU ANDA TAHU

Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.




Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube :

MAZIDUL BALUN MANIFESTO AIR PERCUMA KHALID GAGAP....!!!

ARTIKEL ini teman rembat dari blog idola teman, di sini.... 


MANIFESTO AIR PERCUMA DICURAHKAN KE LONGKANG

Pilihanraya umum, PRU 13, semakin hampir biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengesahkan bukan berlangsung pada bulan Disember akan datang.

Siapakah akan menentukan pemerintah negara ini?

gambar hiasan

Tentunya rakyat selaku pengundi.


Dalam PRU ke 12, negeri Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, PR. Ramai antara penduduk negeri itu bertepuk-sorak kegembiraan kerana diperintah oleh kerajaan negeri diterajui oleh pemimpin parti pembangkang. 

Namun kegembiraan itu tidak kekal lama.

{FOTO} SADIS ~ PENJARA DI SUDAN YANG MENYAYAT HATI....!!!

Walaupun yang menghuninya adalah mereka yang melakukan jenayah.... teman akui... hampir tidak sampai hati dan luluh rasa hati teman bila menyaksikan gambar-gambar keadaan penjara di Sudan ini.  Semua kita tahu bahawa Sudan adalah di antara negara paling miskin di dunia.... (berhenti seketika sambil beristighfar)... Jadi, jika rakyatnya yang hidup di luar penjara pun dibelenggu kebuluran..apatah lagi keadaan di dalam penjara.... Difahamkan, ramai banduan di dalam penjara ini meninggal dunia bukan kerana dihukum mati tetapi mati kerana kebuluran dan penyakit..... 



IMEJ HANTU DIRAKAM TELEFON PINTAR...???

Imej hantu
Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.

KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

TEKS UCAPAN PENUH PAU 2012 - KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA


“Masa Depan UMNO : Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan” – Shahrizat

Y.BHG. DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA 

DIPERHIMPUNAN AGONG PERGERAKAN WANITA UMNO 

28 NOVEMBER 2012


AGENDA KAUM CINA LEBIH UTAMA BUAT DAP...


Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa DAP hanya mementingkan agenda kaum Cina tetapi berselindung sebagai parti yang kononnya mendokong semua bangsa termasuk Melayu.

Beliau mencapai rumusan itu berasaskan pengalaman peribadinya selama lebih tiga tahun dalam parti berkenaan dan berpandukan dasar-dasar DAP sendiri di Pulau Pinang.

HOT !!! GANGNAM STYLE...POLICE STYLE...!!! {VIDEO}

Dalam ketegasan ketika menjalankan tugas-tugas seharian...sempat juga mereka mencuri masa untuk menari  gangnam style yang sedang menjadi kegilaan sekarang ini. Tidak diketahui video ini dirakam di mana.... tetapi telah di upload ke Youtube pada 27 September 2012 melalui akaun 53brasil. Jom saksikan kelincahan mereka.....

DENDAM PUNCA DITEMBAK DI DANOK....!!!


SUNGAI PETANI  - Seorang ahli perniagaan warga Malaysia mati ditembak semasa berada dalam keretanya di belakang sebuah hotel di pekan Danok, Thailand berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dekat sini malam tadi.

PEKERJA PETRONAS SELAMBA SONGLAP DUIT..!!!

Wah..!!! Benar-benar berani la mamat 2 orang ni... Mencabar kepolisian nih! Apa tidaknya, tanpa rasa takut dan bersalah, mamat-mamat ni mencuri duit di kaunter....masih dengan pakaian pekerja Petronas dan bukan sikit jumlah yang dicurinya tu... RM4k..!



PONDOK TELEFON AWAM YANG UNIK DAN KREATIF,,,,,,

Telefon awam mungkin sudah tidak popular lagi selepas ramai individu mula memiliki telefon bimbit sendiri. Namun ianya masih amat berguna ketika berlakunya kecemasan. Berikut adalah antara pondok telefon yang pelik dan menarik di seluruh dunia.

telefon awam
Pondok telefon berbentuk jerung di Rusia. Hasil rekaan Renald dari Petrozavodsk.

ELLA DAH JADI PILOT....???

Semua orang tahu, penyanyi rock wanita terkenal tanahair, Ella telah pun mendirikan rumahtangga dengan seorang juruterbang Firefly, Azhar Ghazali.

Tuesday 27 November 2012

ARAK DIMUSNAHKAN SECARA PUKAL DI KHALAYAK DI PAKISTAN.... {FOTO}

PAKISTAN ada cara tersendiri untuk memusnahkan arak dan juga dadah yang dirampas oleh pihak penguasa tempatan. Di Pakistan dadah dan arak yang diseludup dan dapat 'ditangkap' akan dimusnahkan dengan menggunakan penggelek stim dan dibakar. Teman selalu juga nampak di tv atau suratkhabar, pihak polis menunjukkan cara dadah dimusnahkan tetapi tidak pernah lagi melihat arak yang dimusnahkan secara pukal. Di negara ini.... anda pernah lihat arak dimusnahkan di khalayak...????? 

Jom tengok beberapa keping gambar dari Blog Serius yang ditunjukkan oleh negara Pakistan cara mereka memusnahkan arak yang dirampas.... :



ISTERINYA SEORANG LELAKI....!!!

Seorang lelaki Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Jan tekejut besar setelah mengetahui isteri beliau selama 19 tahun sebenarnya seorang lelaki. Jan berkahwin dengan Monica pada tahun 1993 selepas bertemu di Indonesia. Sepanjang perkahwinan Jan tidak mengesyaki apa-apa yang aneh dengan Monica kerana beliau mempunyai kitaran haid seperti wanita biasa. Selain daripada itu Jan juga mempunyai hubungan seks yang biasa dengan isteri beliau. Pasangan ini juga memang tidak mahukan cahaya mata kerana Jan sudahpun mempunyai dua orang anak dari dua perkahwinan sebelumnya....



DIHERET KE BALAI POLIS DISYAKI MELIWAT KANAK-KANAK....!!!

KUCHING : Seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai melakukan seks luar tabii dengan kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah tandas awam berhampiran Lebuh India, diheret oleh bapa mangsa sendiri ke balai polis, petang semalam.
Sekadar gambar hiasan

Insiden itu disedari oleh bapa mangsa yang mulai bimbang apabila anaknya mengambil masa yang lama di tandas dan membuat keputusan untuk mencarinya.

ANUAR IBRAHIM DIRAHMATI TUHAN YESUS UNTUK JADI PM...???

Anwar Ibrahim amat berdedikasi menyokong kebebasan agama dan liberal dengan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian justeru layak dilantik sebagai PM Malaysia. Gereja Sabah dengan ini menyokong penuh Anwar Ibrahim dan "Sesungguhnya Tuhan Yesus Merahmati Dato' Seri dan Keluarga"


Masih tidak percaya..... lihat surat berikut :


TIMBALAN AMK PAHANG LETAK JAWATAN SERTA MERTA


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta mulai hari ini, lapor Pahangdaily (PDO) kerana berlaku pergolakan dalaman kepimpinan AMK peringkat negeri.
“Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang … Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan.

ALLOI TAK BOHONG, ARRORA SALWA MAIN BOMOH..???!!!

Alloi - Arrora Alwa

Pada mulanya, apabila penulis membaca kisah mengenai dua orang individu ini, penulis tidak berapa kenal sangat dengan mereka.

Namun, setelah melakukan sedikit pencarian, barulah penulis ingat yang suatu masa dulu nama penyanyi Arrora Salwa pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi.

ANAK PENGARAH FILEM MAUT KEMALANGAN...


Kuala Lumpur: Anak lelaki pengarah filem, Jurey Latiff Rosli, maut digilis sebuah lori ais dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Pandan Indah, dekat sini semalam.
Mangsa, Mohd Najmuddin, 16, dilaporkan mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

TERKINI !!! ABBY DEDAH HASRAT KAWIN DI INSTAGRAM

Melalui blog DisiniBermula teman dapat tahu bahawa, Abby Abadi yang popular dengan gelaran Ustazah Mee Segera di kalangan rakan blogger, cuba mendedahkan bahawa kini dia sedang menuju ke arah hari bahagia bersama seseorang yang bakal menjadi suaminya, melalui Instagram.

Berikut dipaparkan artikel tersebut :

Abby Abadi Bakal Bernikah Dengan Siapa?

ANWAR DI LARANG BAWA PEGUAM PERANCIS KE PARLIMEN


KUALA LUMPUR : Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.
Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar pada Isnin.
Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh Anggota Parlimen pembangkang Tian Chua.

TUBUH SASA PALSU....!!!

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.

NEW YORK : Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Monday 26 November 2012

NEGARA YANG TELAH LENYAP DARI PETA DUNIA...


Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .
  • Abyssinia
    Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

WAJAH CANTIK BUKAN JAMINAN SUARA MERDU

Wajahnya cantik menarik de bomb...!
Tapi rupa-rupanya wajah yang cantik bukan jaminan memiliki suara merdu dan sedap di dengar telinga.
Gadis cantik ini yang dikenali dengan nama Rachel telah mengejutkan para pengadil di dalam rancangan France's Got Talent kerana menyanyi dengan suara 'jantan'.
Jom tengok dia menyanyi dengan selamba tanpa pedulikan sorakan penonton dan reaksi pengadil :

STESEN MINYAK YANG UNIK DAN MENARIK


1. Poshest Gas Station (Los Angeles)

Poshest Gas Station

Rekaan menarik dengan permukaan logam berkilat, bergeometri serta bercirikan masa depan. Sebuah firma rekabentuk dari Boston telah bertanggungjawab dalam pembinaannya. Bahan yang digunakan untuk membangunkan stesen minyak ini ialah solar array serta beberapa bahan kitar semula yang lain. Kebanyakan bahan tersebut adalah mesra alam.

BALU 1 MALAYSIA.......

Keluarga besar arwah Ismail berkumpul di Tongkang Pechah setiap tahun. Pix: Harian Metro

Suaminya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Tetapi empat balunya yang berbangsa Melayu, Cina dan India wajar  dijadikan contoh kerana mampu mengekalkan ikatan silaturahim dengan mengadakan perhimpunan keluarga yang disertai kira-kira 60 orang.
Keluarga unik yang layak digelar keluarga 1 Malaysia itu adalah waris Allahyarham Ismail Abdul Hamid yang berkumpul di rumah isteri keempat Allahyarham Ismail di Tongkang Pechah di sini, semalam.

HARI ASYURA ADALAH HARI KESESATAN SYIAH...???!!!


Di antara kelakuan sesat Rafidhah (sebut sebagai Syi’ah) adalah memukul dada, menampar pipi, memukul bahu, mengiris-ngiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi karena kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah SAW yang mati terbunuh.

MASIH INGAT SUMPAH ARIEL SHARON 1956....???


logo tabung gaza
“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

'LIDAH' HARAKAHDAILY WAJAR DIPOTONG..!!!


Agak menarik untuk mengulas tentang dua portal pro-pembangkang yang selama ini begitu giat menimbulkan rasa benci rakyat kepada UMNO/BN dengan berita dan laporan fitnah mereka setiap hari tanpa rasa bersalah.
Dan kali ini saya ingin mengulas mengenai laman web lidah rasmi PAS, Harakahdaily, dan laman web pro-pembangkang yang terkenal, Malaysiakini.com, yang sama-sama membuat liputan berita mengenai penyerahan memorandum membantah Felda.

AMARAN HEZBOLLAH KEPADA ISRAEL


BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.

AZIZ SATAR AKAN RUJUK ISTERI SEMULA....


Terus terang, teman akui, teman bukanlah seorang yang mengikuti sangat perkembangan dunia artis tanahair apatah lagi luar negara seperti hollywood ataupun bollywood. Jika berita itu ada tersiar di akhbar-akhbar dan secara kebetulan teman baca, maka teman tau lah. Selebihnya, teman baca melalui blog-blog atau portal-portal hiburan, itupun bukan sepanjang masa. Sahabat-sahabat teman yang suka 'bergossip' pun kekadang bagi info juga pasal cerita-cerita artis ni, tapi tidaklah menyeluruh.

Hari ini, teman agak terkejut dengan berita yang dipaparkan dalam Kosmo! Online mengenai artis veteran terkenal tanahair, Aziz Satar, yang akan rujuk kembali dengan isterinya setelah bercerai selama 9 bulan. Teman tak tau pulak artis ni dah bercerai...... rupa-rupanya dah 9 bulan (kalau wanita hamil, dah cukup bulan, menanti hari nak bersalin aja!). Ikuti berita selanjutnya :

DONG ZONG KENA TEMPELAK


Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kerana pertubuhan itu sering menuduh segala pembaharuan pendidikan oleh kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk merosakkan bahasa Cina dan masa depan sekolah Cina.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu, kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan sekolah Cina apatah lagi mahu merosakkan bahasa Cina sebaliknya segala kekurangan yang ada segera ditampung bagi memastikan pendidikan tersebut tidak terjejas.

Sunday 25 November 2012

TENTERA WANITA ISRAEL MENANGIS KERANA ROKET HAMAS.....!!!! {VIDEO}


KONFLIK GAZA....

Gencatan senjata antara Hamas dan Israel memang sedang berlangsung. Namun sebelum  itu, kedua belah pihak saling serang menyerang di dunia maya, bermula dari jejaring sosial Twitter, Facebook, hingga ke video Youtube.

BERBOGEL SAMBIL DUDUK ATAS KEPALA PATUNG MANUSIA


LONDON - Seorang lelaki bogel ditangkap selepas dia duduk di atas patung manusia dekat pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini kelmarin.
Polis menutup kawasan di sekitar patung itu dan memujuknya untuk turun dari patung tersebut.
Menurut polis, dia kemudian berjaya dipujuk dan ditahan menerusi Akta Kesihatan Mental. - AFP

PAI ROCK-MELON TERBESAR DI MAHA 2012


SERDANG - Setiap pengunjung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) dijanjikan pengalaman baharu dengan pelbagai acara dan produk pertanian menarik serta inovatif.