Sunday 9 September 2012

KENDERAAN PERANG AMERIKA YANG MAHAL DAN CANGGIH


1. 1.Northrop Grumman B-2 Spirit



The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.

Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).

Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.

2. Bell-Boeing V-22 Osprey



Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.

Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

3. USS George H.W. Bush (CVN-77)



Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.

Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II



F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.

F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.

5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet



F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.

Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.

BOLEHKAH AYAT SUCI AL-QURAN DIJADIKAN RINGTONE....???



Saya dapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“Ayat-ayat yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“Ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“Orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-

- Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.

- Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya.

- Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.

- Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

- Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam.

WAJAH PEREMPUAN CINA BERUSIA 700 TAHUN..???


Melayukini.net – Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?  | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.





Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China.
Melayukini.net - Ini semua adalah kajian dan ia membuktikan tentang sejarah pada zaman dahulu. Walaupun akal manusia terbatas untuk mengkaji secara keseluruhan, namun dengan penemuan oleh ahli arkelogi menguatkan lagi tentang sejarah dinasti dahulu.

BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA




Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur,lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

...... MUNGKIN MAT SABU SUKA NI........

11 FAKTA MENARIK MENGENAI HITLER.........



1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.

2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab,

“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”

4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.

5. Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WW II yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WW II boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!

Meskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif

6. Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”

Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.

7. Meskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141, hampir setaraf dengan Albert Eistein.!

8. Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.

9. Hitler adalah seorang yang penyayang. Meskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WW I (perang dunia pertama) menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang seperti seorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.

Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.

Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!

10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:

11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi.

ADAKAH LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH AKAN MEMELUK ISLAM.....???


Penentang Kuat Islam Akhirnya Memeluk Islam



Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Di Malaysia... adakah ketua penentang  kuat agama Islam...akan memeluk Islam, setelah bersekedudukan dengan PAS di dalam rumah politik yang sama...???

APAKAH AMALAN DI BULAN RAMADHAN YANG DILAKUKAN OLEH ANWAR BERSAMA KELUARGANYA...???

Anwar Ibrahim telah ditanya oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Perth, Australia mengenai amalan yang dilakukan oleh beliau bersama keluarganya di bulan Ramadhan.....

Ikuti jawapan Anwar di dalam video berikut....





Melalut-lalut....ke laut..!!!!

MENARA TELEFON CELL YANG KREATIF..

Sepanjang perjalanan, melalui jalan altenatif atau lebuhraya, menara telefon Cell banyak di dapati hampir di semua tempat, tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
Namun rekabentuknya mungkin berbeza mengikut sesebuah negara.

Berikut dipaparkan bagaimana kreatifnya mereka menyembunyikan menara telefon cell. 

Selain menyembunyikan menara tersebut, secara tidak langsung mereka dapat mencipta satu kelainan yang unik....






















Kreatif.....