Sunday 1 April 2012

PINGAT : JANGAN SESIAPA CUBA LOBI SULTAN JOHOR

Pingat: Jangan Sesiapa Cuba Lobi Saya

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada malam Sabtu bertitah pengurniaan pingat dan darjah kebesaran negeri itu adalah kuasa mutlak raja yang memerintah.
Baginda bertitah pengurniaan itu adalah mengikut ’tilik pandang’ baginda sendiri dan bukan cadangan daripada mana-mana pihak. “Oleh itu, janganlah ada sesiapapun yang cuba melobi saya dalam hal ini,” titah baginda pada majlis Malam Johor Di Hatiku anjuran Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) di sini.
Turut berangkat pada majlis santapan itu Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga penaung PAMJ, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Sultan Ibrahim turut melahirkan kekesalan baginda kerana masih ada pihak yang percaya kepada broker pingat untuk mendapatkan darjah kebesaran.
Sehubungan itu, jika ada pihak merasakan diri layak memperoleh pingat serta darjah kebesaran, mereka perlu bersabar kerana baginda dapat melihat orang yang patut menerimanya.
“Cubalah tanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berapa lama selepas menjadi Menteri Besar Johor, baru beliau dikurniakan darjah mahkota Johor,” titah baginda.
Dalam perkembangan lain, Sultan Ibrahim bertitah baginda berharap pemimpin atasan di peringkat pusat dari Johor tidak akan lupa untuk membantu negeri sendiri.
Baginda juga berharap anggota PAMJ, yang ditubuhkan pada 1982, tidak akan mengambil kesempatan menggunakan persatuan itu untuk kepentingan peribadi, dan mereka perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat serta tujuan penubuhannya. – BERNAMA

**** Yang berhajat nak melobi tu sebelum ni.. lupakanlah hajat tu

SHAMSIDAR...OHH!!! SHAMSIDAR.....


PANAS dan menggegar. Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba-tiba menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.


Dakwaan S. Nallakaruppan bahawa Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim pernah menjalin hubungan sulit dengan Shamsidar suatu ketika dahulu, kini menjadi bahan perbualan ramai.

Malah beliau bertekad untuk mendedahkan lebih mendalam tentang hubungan terlarang itu di mahkamah nanti.
Dakwaan Nallakaruppan amat serius. Walaupun ramai pernah mendengar cakap-cakap mengenai kisah tersebut tetapi kali ini ia didedahkan secara terbuka.

Lebih 30 tahun lamanya Nallakaruppan menjadi sahabat Anwar. Mereka berkongsi banyak rahsia termasuk aktiviti gelap ketika Anwar masih berada dalam Kabinet.

Jika di negara Barat, pendedahan tersebut pasti disusuli dengan tekanan masyarakat untuk mengetahui kebenarannya. Tidak kira sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang, mereka dituntut untuk mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat. Dalam negara demokrasi, pembangkang juga adalah institusi penting yang perlu dipelihara imejnya.

Hairannya setakat ini, Anwar belum tampil secara terbuka untuk menjawab secara menyeluruh dakwaan tersebut. (Writ saman ke atas Nallakaruppan berhubung dakwaan Anwar seorang biseksual juga masih belum diserahkan, seolah-olah ada sesuatu cuba dielakkan).

Shamsidar juga berdiam. Beliau berhak untuk diberi peluang mempertahankan diri dan bagi membersihkan nama atas sifatnya sebagai wanita dan isteri orang. Mengelak daripada menjawab, boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu ada asas kebenarannya.

Ramai juga tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail selaku isteri Anwar. Begitu juga Azmin atas kapasitinya sebagai suami Shamsidar. Kedua-duanya turut membisu bagaikan serba-serbi tidak kena. Bukan sahaja hal PKR yang kian hancur harus ditangani, bahkan soal paling rumit melibatkan suami dan isteri masing-masing, menghantui mereka. Azmin sudah tentu tidak mahu dituduh dayus. Bayangkan presiden dan timbalan presiden PKR terperangkap dalam persoalan sebegini!

Dalam mencari jalan keluar, Awang mencadangkan agar kedua-dua pasangan tersebut tampil bersama dalam satu sidang akhbar. Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Shamsidar boleh membuka laluan kepada wartawan bertanya apa sahaja soalan. Awang percaya Wan Azizah tidak menghadapi masalah untuk bersama Shamsidar buat seketika. Sekali lagi - semuanya demi Anwar - orang yang beliau anggap sebagai anugerah Tuhan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SYABAS!!!!! ABRAJ AL-BAIT MENDAPAT SENTUHAN 18 ORANG ANAK MUDA MALAYSIA!!!!

Menara Jam Makkah Terima Sentuhan 18 Anak Muda Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.
Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, Hairul Nizam berkata semua anak Malaysia terbabit berkemahiran dan berpengalaman daripada segi kejuruteraan binaan dan terlibat sepenuhnya dalam kerja pemasangan menara jam tersebut.
Ini termasuk kerja pemasangan replika bulan sabit pada menara jam yang terletak berhadapan Masjidil Haram itu, kata anak kelahiran Melaka berkenaan yang ditemui ketika pulang bercuti ke tanah air.
“Semasa proses pemasangan bulan sabit, berlaku tiupan angin kencang dan pada masa itu ada enam anak buah saya sedang melakukan kerja pemasangan di ketinggian 500 meter dari tanah.
“Dalam keadaan itu, kabel yang membawa bahagian bulan sabit itu berpusing-pusing dan kita boleh agak kabel itu boleh putus. Pada masa itu keadaan sangat panik tetapi ada salah seorang anak buah saya yang lebih berpengalaman dan dia berjaya mengawal keadaan serta pemasangan tersebut berjalan dengan lancar,” katanya.
Hairul Nizam berkata pembinaan menara jam itu menggunakan bahan komposit iaitu sejenis fiber dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran serta
teknologi mengenai bahan tersebut selain kosnya yang tinggi.
“Komposit ini satu bahan fiber yang berstruktur kukuh tetapi ringan, tahan lama dan tidak mudah bocor serta ianya boleh bertahan sehingga 20 tahun tanpa
sebarang penyelenggaraan berbanding aluminium yang murah dan berkemungkinan akan berlaku kebocoran dalam tempoh dua atau tiga tahun,” katanya.
Katanya di Malaysia terdapat beberapa buah kubah masjid yang dibina menggunakan bahan tersebut iaitu Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah dan Masjid
Al-Bukhari, Kedah.
“Memang membanggakan kerana dapat bersama-sama tenaga pakar lain melakar sejarah di tanah suci,” katanya menara jam bernilai kira-kira RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya tahun ini dan kini sudah 90 peratus siap. Mengenai cabaran yang  dihadapinya, beliau berkata masalah komunikasi menjadi halangan terbesar kerana rata-rata pekerja di sana tidak fasih berbahasa Inggeris.
“Saya berharap dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang saya dapat kembali ke tanah air dan berbakti di negara sendiri pula menggunakan kepakaran ini,” katanya.
Menara jam setinggi 601 meter dan berdiameter 46 meter itu merupakan yang tertinggi dan terbesar di dunia, mengatasi menara jam terkenal lain seperti Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland dan Big Ben di London.
Menara jam itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang,  manakala cahaya daripada dua
juta lampu LED menghiasinya yang berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam. – Bernama

LETUPAN BOM DI THAILAND : 27 CEDERA, SEORANG DISAHKAN MENINGGAL...


KANGAR – Seorang rakyat Malaysia disahkan terbunuh dalam kejadian letupan gas di sebuah hotel di Haadyai, selatan Thailand semalam, menurut Konsul General Malaysia di Songkhla Mohd Aini Atan.
Beliau berkata mangsa dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, berasal dari Kulim, Kedah.
“Mayatnya masih di hospital dan akan dihantar pulang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya sebanyak 27 rakyat Malaysia mengalami kecederaan dalam kejadian pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan di Hotel Lee Garden Plaza itu dan 10 daripadanya sedang menerima rawatan di beberapa hospital manakala selebihnya menerima rawatan pesakit luar.
Mereka adalah antara lebih 300 yang dilaporkan cedera dalam kejadian di lokasi yang sentiasa sesak dengan pelancong itu kerana kedudukannya di tengah pusat perniagaan.
Letupan dikatakan berpunca daripada kejadian gas meletup di sebuah restoran makanan segera di bangunan hotel setinggi 33 tingkat itu.
Video yang dimuat naik di internet menunjukkan keadaan kelam kabut dan banyak mangsa keluar melalui tingkap dengan bergayut pada kain yang disambung panjang, untuk turun ke bawah bangunan itu.
Pasukan keselamatan kini mengawal ketat kawasan hotel itu. – BERNAMA
 ***Hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri...... lebih baik negara sendiri.... 

KEGIATAN TIDAK BERMORAL ANWAR DISAHKAN SENDIRI OLEH SEKUTUNYA..???


Jika dulu semasa perbicaraan kes Anwar liwat Saiful, Karpal Singh menyatakan kejadian liwat berlaku suka sama suka. Ekoran kenyataan Karpal itu ianya membuktikan kejadian Anwar meliwat Saiful benar-benar berlaku.

Hari ini pula Ahli Parlimen Kuala Selangor seolah-olah mengesahkan kegiatan tidak bermoral pemimpin anugerah tuhan tersebut. Dengan apa yang dikatakan beliau sepertimana dilaporkan harakahdaily sudah cukup untuk membuktikan apa yang dikatakan Datuk Nalla selama ini adalah benar. 

Dulu apa yang Nalla kata, juak-juak pak-khatan rakyat kata bohong, keling mabuk, itu ini dan sebagainya kutukan yang dilemparkan kepada Nalla.

Nah ! ambil kau hari ini , akhirnya pemimpin Pas sendiri yang mengesahkan apa yang dikatakan Nalla selama ini benar. 

KUALA LUMPUR, 1 April: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".

"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.

"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.

"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.

"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.

Beliau menambah, tuduhan terbaru Nalla terhadap Anwar dan cadangan pelucutan jawatannya merupakan usaha berterusan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Mutakhir ini memang kita nampak usaha yang bertubi-tubi untuk terus menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya parti politik mengamalkan politik bersih dan matang serta mengutamakan persaingan polisi, prestasi, dan kepimpinan.

"Sudah sampai masanya negara kita mengamalkan politik bersih dan bebas daripada politik jatuh menjatuhkan melalui fitnah," katanya.

Hasrat Nalla dan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah itu bagaimanapun dilihat sukar dan mungkin mustahil kerana tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

Perhatikan kenyataan diatas, tidak ada sepatah perkataan pun yang dikatakan ahli parlimen berkenaan yang menafikan kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim.

Apabila dia kata Nalla bapa ayam kerana menyusun kegiatan sumbang Anwar , membawa erti dia mengesahkan Anwar menyentuh, memakan dan membaham segala 'hidangan' yang disediakan Nalla.
 SUMBER : RBF Online