Thursday, 2 April 2015

ZULKIFLI HIR TERBUNUH DI FILIPINA


FBI Sahkan Militan Rakyat Malaysia Zulkifli Hir Terbunuh


WASHINGTON 2 April - Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan hari ini bahawa Zulkifli Hir, salah seorang daripada pengganas paling dikehendaki terbunuh dalam satu operasi serbuan di Filipina, Januari lalu.

Jabatan Negara AS sebelum ini menawarkan AS$5 juta bagi memberkas Zulkifli, seorang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah di bawah rangkaian al-Qaeda yang menjadi dalang dalam beberapa serangan bom di Filipina.

Penyiasat berkata, mereka berdepan dengan beberapa kesulitan dalam mengesahkan kematian Zulkifli disebabkan suspek terbunuh dalam serangan berdarah mengerikan yang menyaksikan 44 komando pilis turut terbunuh.

Sebelum ini, FBI melaporkan pihaknya sudah mengenal pasti cebisan mayat di lokasi serangan yang dipercayai adalah Zulkifli kerana DNA mempunyai kaitan dengan suspek dan ahli keluarganya.

Tiga tahun lalu, tentera Filipina melaporkan Zulkifli terbunuh dalam serangan udara, namun dia muncul semula tahun lalu di Mindanao di bawah perlindungan Pergerakan Liberal Islam Moro.

Dalam satu kenyataan, penolong pengarah di pejabat FBI Los Angeles, David Bowdich, berkata agensi itu sudahpun mengeluarkan nama Zulkifli daripada senarai pengganas yang paling dikehendaki dan berterima kasih kepada polis Filipina. - AFP

Post a Comment