Thursday 2 April 2015

BENJY BAKAL MAUT DI TALI GANTUNG ???


MUAR 2 April - Tahanan reman dua suspek termasuk pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy disambung hingga 8 April ini bagi membantu siasatan berhubung kes dadah pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata, permohonan lanjutan tempoh tahanan itu dilakukan bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan termasuk berkaitan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang disyaki digunakan bagi memproses dadah jenis syabu.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.

“Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa.

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg.

“Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Kes ini bakal disiasat dan dibicarakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan .

Benjy yang juga anak kepada Seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.

No comments: