Thursday, 2 April 2015

APA KATA BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR PASAL GST



KITA BACA, KITA TAHU
KITA TAK BACA, KITA  MUNGKIN MERAPU

GST : APA KATA BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR, DATO' DR. HASSAN ALI

1. Apa saja usaha Kerajaan Malaysia ada baik dan ada buruknya. Yang penting ialah yang mana lebih banyak, baik atau buruk?


2. Pada saya, secara keseluruhannya, GST lebih baik untuk negara dan diharapkan kebaikan itu turut melimpah kepada rakyat.

3. Rakyat bawahan yang sibuk-sibuk bantah GST ini tidak lebih ibarat kerbau yang penat membajak di sawah. Manakala kucing yang kenyang makan ikan di rumah.

4. Selama ini mereka (peniaga) telah kenyang ambil cukai dari pelanggan tetapi malangnya ramai peniaga tidak serah kepada kerajaan.

5. Dengan adanya GST, perbuatan lari/elak/tipu cukai dijangka akan dapat dibendung. Apa-apa kelemahan boleh dibaiki dari semasa ke semasa.

6. Kitalah yang perlu insaf.

FAKTA

7. Terlalu banyak tuduhan di buat  terutama oleh ahli politik yang tidak selari dengan perkembangan perlaksanaan GST :

(a) Syarikat/Peniaga begitu berminat untuk terlibat dalam perlaksanaan GST. Pendaftaran syarikat/peniaga di bawah GST (cukai baru ganti SST) sehingga 26/3/2015 sebanyak 360,855. Ini lebih tinggi daripada yang daftar di bawah SST (cukai lama) iaitu 63,000 syarikat/peniaga. Juga lebih tinggi daripada unjuran awal Kementerian Kewangan sebanyak 150,000 syarikat/peniaga akan mendaftar.

(b) Daripada 360,855 yang mendaftar, hanya 300 syarikat/peniaga atau 0.083% yang mendaftar untuk melaksanakan GST secara Manual. Yang lain-lain sebanyak 360,555 syarikat/peniaga akan laksanakan secara online. Ini bermakna syarikat/peniaga kita adalah syarikat/peniaga yang moden yang berkembang mengikut peredaran zaman.

(c) Kerjasama erat diberikan oleh syarikat/peniaga dalam program-program taklimat dan hands-holding.

8. GST adalah sistem Cukai Kepenggunaan yang baru bagi mengantikan SST.

9. Dalam proses evolusi percukaian dunia :

(a) Bassel 3 mengantikan Bassel 2 dalam sektor perbankan.
(b) FRS 139 mengantikan FRS 122 dalam bidang Corporate Accounting.
(c) Accrual Accounting mengantikan Cash Accounting dalam Perakaunan Kerajaan.
(d) Produk-produk fizikal seperti telefon bimbit, kereta dan rumah mengalami evolusi pesat. IT sekarang menguasai kehidupan manusia.

10.  Cukai Kepenggunaan tidak terkecuali daripada proses evolusi. Kini 169 negara telah melaksanakan GST. Tiba masanya negara kita juga menukar Cukai Kepenggunaan dari SST kepada GST supaya manfaat yang di nikmati dari GST oleh 169 negara turut kita nikmati.

11. Negara Malawi hanya mempunyai pendapatan perkapita USD270 (negara Malaysia USD10,000) melaksanakan GST dengan kadar GST 16.5% dan cukai pendapatan negara tersebut 35%. Begitu juga negara-negara Mali, Burkina Faso dan banyak lagi negara yang pendapatan perkapita di bawah USD1,000 telah laksanakan GST.

12.  Rakyat negara-negara tersebut mampu membayar GST dan Cukai Pendapatan yang tinggi.

13. Saya percaya rakyat kita mampu menyesuaikan diri dengan perlaksanaan GST.

14. Tentulah pada peringkat awal akan ada masalah-masalah yang timbul dari segi perlaksanaan. Tempoh tersebut tidak lama kerana perlaksanaan GST bukan sesuatu yang sofistikated. 360,885 syarikat/peniaga hanya perlu mengemukakan penyata sebulan sekali. Kastam perlu proses dan buat bayaran Tax Credit.

15. Pada peringkat awal akan timbul masalah kerana perkara ini perkara baru. Mungkin akan ada syarikat/peniaga naikkan harga.

16. KPDNKK telah menyediakan mekanisma memerangi kenaikan harga. Kita sebagai rakyat, akan memainkan peranan, termasuk melapurkan sebarang kenaikan harga kepada KDNKK.

17. Kesatuan Rakyat-Swasta-Kerajaan akan pastikan kejayaan GST untuk kesejahteraan Rakyat dan Negara. Inilah masanya.

18. Sehingga 27 Mac 2015,  sebanyak 362,434 syarikat telah mendaftar utk GST.

19. Mengapa mereka mendaftar? Mereka mendaftar kerana di bawah sistem GST, sistem percukaian kepenggunaan lebih efisyen membolahkan kos pengeluaran syarikat/perniagaan lebih rendah melalui Tax Credit.

20. Syarikat/perniagaan yg terlibat dalam bidang eksport boleh mendapat GST zero-rated. Peluang/insentif ini membolehkan syarikat/perniagaan tersebut menjadi lebih kompetetif di pasaran global.

21. Dalam erti kata lain, syarikat/peniaga tahu akan manfaat GST. Itu sebab 362,434 syarikat/peniagaan berkenaan mendaftar utk GST, mewakili hampir kesemua syarikat IKS dan besar. Malah 70,000 syarikat/perniagaan bawah treshold RM500,000 boleh mendapat faedah dari Tax Credit.

22. Dilihat dari segi faedah GST kepada Syarikat/Peniaga maka Syarikat/Peniaga berlumba-lumba untuk mendaftar. Justeru mengapa pulak ramai peniaga hendak melarikan diri dari GST?

22. Malah unjuran awal Kementerian Kewangan ialah pendaftaran dianggarkan sebanyak 150,000 syarikat.

23. Dengan pendaftaran mencapai 362,434 maka ianya telah mengatasi unjuran MOF sebanyak 140%. Juga mengatasi pendaftaran syarikat di bawah SST (63,000) sebanyak 473.7%.

24. Kita perlu bersikap positif dalam menghadapi sebarang cabaran. Lantaran barulah kita mampu mencapai kejayaan dan kemenangan.


SEBAB BANYAK BANTAHAN

25. Masyarakat kita belum matang (not a matured society). Masyarakat matang adalah masyarakat yang rasional. Masyarakat rasional menggunakan ilmu dan fakta. Masyarakat tidak matang menggunakan emosi dan cerita-cerita yang direka, jenaka dan hanya untuk ketawa. Tiada usaha untuk mendapatkan ilmu untuk memahami GST.

26. Sikap ego "Aku tahu semua". Justeru, tidak mahu mendengar pendapat orang lain, pada hal "banyak yang aku tidak tahu". Hidup dalam dunia kepura-puraan.

27. Antara tujuan hidup dalam masyarakat adalah untuk memenuhi perasaan mahu dianggap seorang yang 'hebat' yang berada pada kedudukan tertinggi dalam kumpulan. Untuk pastikan kata-katanya didengari maka  kadang-kadang mereka 'naikkan suara' atau 'suara keras bila bercakap'.

28. Budaya nak 'tunjuk pandai tetapi tak pandai'. Ilmu tak berapa ada dalam dada. Jika berbincang secara serius, tanpa fakta dan ilmu, mereka tentu akan kalah. Oleh itu, cipta 'cerita-cerita' yang tidak dapat ditentukan sahih atau tidak sahih. Individu ini akan merasa 'hebat' apabila mesejnya disebarkan.

29. Individu yang 'mencari sesuatu'. Mungkin kerana kecewa atau inginkan  perhatian atau nak cari duit. Dengan cara 'attack', mana tahu ada orang yang datang memujuk nanti.

30. Apabila perubahan hendak di perkenalkan akan ada 3 golongan masyarakat. Ini berlaku dalam mana-mana tamadun.

(a). Ada golongan yang menerima perubahan;
(b). Ada golongan yang tak kesah; dan
(c). Ada golongan yang menentang.

31. Orang-orang politik, terutama pembangkang, akan menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan sokongan. Strategi mereka adalah untuk melebarkan bilangan dalam golongan 30 (c) bagi mendapat sokongan.

32. Pada hakikatnya masyarat kita masih tergolong dalam kategori 'The Yellow Race'.

Wallahhualam...

Post a Comment