Thursday 2 April 2015

BAKAL JURURAWAT CAMPAK BAYI DILAHIRKAN DARI ASRAMA

Pelajar Kolej Jururawat Campak Bayi Dari Tingkat Sembilan

SEORANG pelajar kolej kejururawatan bertindak men campak bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat sembilan asramanya pada Jumaat lalu.
tindakan itu dilakukan pelajar Kolej Kejururawatan Hainan Kedua, di Wuzhishan, China.

Kejadian itu disedari beberapa pemandu lori selepas mereka terdengan bunyi kuat seperti objek terjatuh.
“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa, jadi kami tidak menghiraukan bunyi tersebut. Kemudian, kami mendengar beberapa orang perempuan menangis dari dalam bangunan dan kami dapati ramai orang berkumpul sambil melihat seorang bayi lelaki yang baru lahir,” kata Wang, salah seorang pemandu lori terbabit.
“Bayi tersebut mempunyai kulit yang kelihatan pucat dan berambut gelap malah sedikit tembam,” kata saksi lain, Fu yang berada di tempat kejadian sebelum kehadiran pihak polis dan ambulans.
Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Salah seorang saksi kejadian yang tidak mahu identitinya didedahkan dan juga merupakan seorang pelajar sekolah kejururawatan tersebut memberitahu kepada pemberita, ibu bayi terbabit adalah pelajar tahun kedua dan dikenali sebagai Hao.
Seorang pegawai kolej tersebut mengesahkan kejadian memaklumkan bahawa Hao adalah seorang pelajar kejururawatan yang melahirkan bayi tersebut sekitar jam 3 petang di bilik asramanya pada 27 Mac.
Hao melahirkan anaknya ketika kesemua lapan rakan sebiliknya sedang tidur dan faktor tubuhnya yang gemuk, tiada sesiapa perasan dengan kehamilannya.
Tambahnya lagi, Hao kerap melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola keranjang dan dia masih menghadiri kelas walapun pada hari dia melahirkan anaknya, lapor pegawai kolej.
Hao dihantar ke hospital sejurus pihak polis tiba. Pihak kolej turut menghantar beberapa tenaga pengajar ke hospital untuk membantu Hao.
Bagaimanapun, pihak polis memberitahu bahawa Hao mungkin didakwa atas kesalahan melakukan jenayah sekiranya bayi itu masih hidup semasa dicampakkan ke bawah bangunan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber : Mstar

No comments: