Thursday 2 April 2015

7-ELEVEN DAN KK SUPER MART MOHON MAAF TERSILAP CAJ GST, WANG AKAN DIKEMBALIKAN....


Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar.


Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.


“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.

Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.



7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.

Beberapa pengadu memuat naik gambar di media sosial hari ini, mendakwa mereka dikenakan GST untuk pembelian akhbar.

Loo Chi Meng mengadu di Facebook 7-Eleven agar kedai tersebut segera memperbetulkan kesilapan.

Pengguna Internet Jay Thoo pula memuat naik gambar resitnya ke Facebook 7-Eleven dengan tulisan aduan: “Dahsyat, suratkhabar sepatutnya tidak dikenakan GST. Kenapa 7-Eleven kutip?”

Soh Mei Yen pula mengadu di Facebook KK Mart : “Ayah saya membeli suratkhabar daripada kedai kamu juga dikenakan 6 peratus, kenapa? Saya ada hak untuk lapor tentang kedai kamu.”

7-Eleven kemudian meminta maaf kerana tersilap mengenakan GST untuk jualan akhbar dan menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.

KK Super Mart pula menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.

“Kepada pengguna, jika kedai kami mengenakan GST pada barang yang tidak sepatutnya, sila kembalikan resit ke kedai tersebut.


"Wang GST yang telah dikenakan akan dikembalikan", tulis KK Mart di laman Facebooknya.

Selain 7-Eleven,  KK Super Mart juga berdepan dakwaan sama.

Menulis di Facebook, KK Super Mart menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntuk balik bayaran itu. Diterbitkan 
Tu sebab jika ada yang tidak puas hati... dengan bukti yang ada buat je aduan/laporan.  Jangan melalak-lalak kat media sosial salahkan kerajaan... salahkan menteri.. salahkan itu ini.  Jadilah pengguna yang bijak !!!

No comments: