Friday, 9 October 2015

PEMANDU TEKSI TEMUI KANAK-KANAK LELAKI YANG DICULIK DAN HANTAR PULANG



Kajang: Kanak-kanak berusia lima tahun yang diculik dua lelaki pagi tadi sudah ditemui dan dihantar pulang oleh pemandu teksi, 5.25 petang tadi.


Baca  >>>  CUBAAN CULIK KANAK-KANAK - INI BUKAN CUBAAN... INI BETUL-BETUL CULIK...!!! MOHON IBUBAPA DAN PIHAK BERKUASA ALERT !!!

Kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi jalan sebelum dia dibawa pulang ke rumahnya di Taman Cahaya Suria, Sungai Chua, di sini.

Difahamkan, pemandu teksi berkenaan mengecam wajah mangsa selepas melihat gambarnya yang menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan kanak-kanak berkenaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan doktor.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kejadian itu,"katanya.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, kanak-kanak berkenaan dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua sebelum didatangi dua lelaki terbabit yang  berpura-pura bertanyakan lokasi ke pasar.

Suspek kemudian melarikan kanak-kanak berkenaan menaiki kereta Proton Saga berwarna hitam.

Ibu mangsa cuba mengejar kereta suspek menyebabkanya terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, 9.47 pagi tadi," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 7:05 PM


Post a Comment