Friday, 9 October 2015

PASAR LAMA CHOW KIT TERBAKAR


KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. 


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.26 tengah malam. 

"Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian. 



"Sehingga kini, api masih marak dan kami sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi tadi. -BH 

Post a Comment