Friday, 9 October 2015

CUBAAN CULIK KANAK-KANAK - INI BUKAN CUBAAN... INI BETUL-BETUL CULIK...!!! MOHON IBUBAPA DAN PIHAK BERKUASA ALERT !!!




KUALA LUMPUR: Sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun diculik, tersebar luas di media sosial hari ini.



Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua lelaki memakai kemeja hitam bercakap dengan ibu kanak-kanak tersebut dipercayai untuk bertanyakan jalan sebelum salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian dengan kereta.

Ibu kanak-kanak itu sempat mengejar kedua-dua lelaki tersebut ke kereta sebelum dilihat terjatuh.

Beliau kemudian memuat naik gambar anaknya ke akaun Facebooknya, atas nama Cammi Lim Ker Shing, dan meminta bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.




Menurutnya, kejadian berlaku di sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang dan anaknya dilarikan di dalam kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.

Video serta gambar kanak-kanak yang diculik itu kini dikongsi meluas di Facebook, Twitter dan WhatsApp.


Menurut laporan Kosmo!, bapa mangsa, Lim Kim Wen mengesahkan anak lelakinya diculik namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.

VIDEO  :  Rakaman CCTV budak lelaki Cina diculik di Tadika Sg. Chua, Kajang.


LAPURAN ANAK DALAM CUBAAN CULIK - PERAK

Imej lapuran polis ini kiriman pembaca yang merasa sangat takut selaku ibubapa dengan ancaman culik yang kelihatan seperti semakin menjadi-jadi.

Di samping gerakan terancang dari sindiket tertentu, kelalaian ibubapa dan pergerakan bebas anak-anak juga turut menjadi faktor penggalak kepada gejala ini.


Jika netizen ramai-ramai kongsikan berita ini, kita mungkin mampu mencetuskan 'public awareness'. Tindakan ini boleh menjadikan ibubapa dan anak-anak lebih peka dan berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak kita.


Jika kita perlu terapkan sedikit 'fear motivation' untuk menjadikan masyarakat dan anak-anak kita lebih peka juga ada baiknya.

Di samping itu, ia mungkin turut menggerakkan tindakan proaktif pihak berkuasa untuk bertindak. Pada masa yang sama, tindakan bersepadu mungkin boleh menakutkan pelaku dan ini boleh mengurangkan 'peluang' mereka untuk menjerat anak-anak kita.

Pesanan Khidmat Pasyarakat
WARGA PRIHATIN
*************************
KIRIMAN : RIZAL

Post a Comment