Monday 17 March 2014

SIMULATOR PENERBANGAN MILIK PILOT #MH370 DIPASANG SEMULA DI BUKIT AMAN


KUALA LUMPUR : Simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dipasang semula di Bukit Aman, demikian menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan pada Isnin.


Kenyataan itu menyebut simulator penerbangan berkenaan diambil dari rumah juruterbang terbabit dengan bantuan anggota keluarganya.

“Pada Ahad 9 Mac, anggota polis ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang serta bercakap dengan anggota keluarga.

“Polis sekali lagi ke rumah juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit pada 15 Mac,” katanya.

Menurut kenyataan itu, polis mula menyiasat kesemua anak kapal MH370 termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang serta petugas lain yang mengendali pesawat berkenaan.

-  Bernama

No comments: