Monday 17 March 2014

#MH370 - PDRM SAHKAN RAMPAS SIMULATOR PENERBANGAN DI RUMAH PILOT MH370


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan mereka telah merampas sebuah simulator dari rumah juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang, semalam.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekumpulan pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman telah merampas simulator tersebut sewaktu memeriksa rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, Selangor.

“Simulator itu kini berada dalam tangan kami dan sedang dipasang kembali untuk disiasat oleh pakar kami,” kata Khalid dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.

Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas. -utusan

No comments: