Monday, 5 October 2015

FOTO SEKSI TISHA SHAMSIR UNDANG KOMEN LUCAH NETIZEN


Padah memuat naik gambar-gambarnya sendiri dalam keadaan seksi di laman Instagram sejak kebelakangan ini, pelakon Gerak Khas, Tisha Shamsir, menerima banyak komen berbaur lucah.

Gambar tersebut menunjukkan Tisha yang hanya memakai seluar pendek dan baju seakan spaghetti strap yang berwarna hitam dalam keadaan sambil berbaring di sofa.

Komen-komen tersebut ditinggalkan di laman Instagram pelakon itu.

Rata-ratanya meninggalkan komen berbaur ghairah dek kerana aksi santai Tisha. Ada juga yang menegur pelakon itu agar memadamkan gambar tersebut.



Tak kurang ada juga yang mengatakan Tisha sengaja memuatnaik gambar tersebut untuk meraih publisiti murahan.

Tindakan Tisha itu juga disifatkan sebagai kurang manis, apatahlagi dia cukup dikenali menerusi Gerak Khas yang membawa imej sebagai seorang pegawai polis.

Selain memegang watak Inspekstor dalam drama bersiri Gerak Khas, Tisha atau nama sebenarnya Sharnorbiah Shamsir Alam, 27, juga pernah memegang watak utama dalam filem Villa Nabila.

Tisha juga merupakan bekas peserta Mentor musim ke-6, menjadi protégé kepada penyanyi Ferhad.

Post a Comment