SEPERTI yang abangnara katakan.... Pelik tapi benar. Itulah yang boleh Abang Nara katakan mengenai sidang media yang dianjurkan oleh Hanez Suraya di Hotel One World petang tadi. Pelakon ini telah meminta isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan memohon maaf kepadanya secara terbuka kerana memfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
Selain Hanez, suami Liyana Manan iaitu Romie Razin Adilha yang sebelum ini dikenali sebagai Mr. R turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing. Kata Hanez:-
Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya.
Rasanya dulu Hanez yang memulakan kenyataan bahawa kekasihnya seorang duda dan bukan suami orang. Tup-tup apabila dah sah Mr. R suami orang, si isteri pula yang kena minta maaf? Agak pelik dan menghairankan sungguh. Apa pula pendapat anda? Kredit info Mstar Online dan MalaysianDigest.
Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, dikatakan merampas suami Nurliyana Manan, Romie Razin Adilha, 34, dan menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.
Romi Razin Adilha yang pernah pergi bercuti bersama Hanez ke Bangkok walaupun baru 3 bulan kenal bagaimanapun menyokong kenyataan Hanez Suraya itu.... orang tengah dilamun cinta la katakan....
Dia yang dikenali sebelum ini dengan panggilan Mr. R mengatakan bahawa Hanez bukanlah punca rumahtangganya berantakan.... Romie juga turut menerangkan yang percutiannya ke Bangkok bukan dengan Hanez sahaja tetapi turut ditemani 6 orang rakan termasuk adik Hanez Suraya. Kata Romie:-
Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.
Kamu bodoh la Hanez.... Liyana cuma buat tuntutan fasakh, talak tak jatuh lagi. Maknanya Liyana dan suaminya belum bercerai lagi dan Mr.R tu belum duda lagi. Yang kau dah kuar statement laki tu duda pehal... Sekarang mintak pulak Liyana mohon maaf kat kau.... Apa barang !!!!!
Mudah-mudahan Liyana tabah dan kuat menghadapi badai yang melanda.....
Melalui ruangan komen di setiap artikel yang disiarkan samada di akhbar atau portal-portal hiburan mengenai kisah mereka ini .... hampir semua komen berpihak kepada Liyana,,,,, So, jangan risau Liyana....ramai yang mendoakan kesejahteraan mu.........
No comments:
Post a Comment