Wednesday 5 March 2014

INDIVIDU LELAKI DAN WANITA DITEMUI MATI DI DALAM KERETA DI PUSAT RIADAH


Sentul : Sepasang lelaki dan perempuan dipercayai membunuh diri di dalam sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz di pusat riadah Taman Metropolitan, Batu Muda, petang tadi (petang semalam).

Kedua mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil siasatan awal pihaknya percaya pasangan terbabit membunuh diri berdasarkan kepada bau gas di dalam kenderaan berkenaan.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifiksikan sebagai mati mengejut.- myMetro

Berita Harian pula melaporkan bahawa 2 individu tersebut adalah dipercayai sepasang suami isteri. Mana yang betul ?

No comments: