Wednesday 5 March 2014

MINAH BLONDE SITI KASSIM MELALAK MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM !!!!


KUALA LUMPUR 5 Mac - Kumpulan Melayu Islam COMANGO yang diketuai Siti Kassim menyampaikan bunga kepada paderi sebagai tanda sokongan penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian.


Umat Islam hari ini berkumpul di perkarangan Mahkamah Persekutuan bagi mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu.
 
Kira-kira 2000 umat Islam yang turut terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul sambil berdoa dan mendirikan solat hajat agar kalimah Allah dapat dipertahankan oleh umat Islam.
 
Pada 14 Oktober tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah.
 
Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.


Dalam pada itu, keadaan tiba-tiba bertukar menjadi kecoh seketika apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya pengganut agama Islam cuba membuat provokasi dengan mempersoalkan kewajaran NGO tersebut mempertahankan kalimah Allah.

Tindakan wanita itu ditempelak oleh salah seorang peserta himpunan tersebut sehingga menyebabkan polis terpaksa menyuraikan mereka.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika berucap berkata, tujuan mereka berkumpul bukan untuk membuat kekecohan tetapi bagi memberi sokongan supaya kalimah Allah tidak digunakan agama lain.

"Kita hormati orang Kristian dan kitab Bible tetapi kita tolak Bible dalam bahasa Melayu tetapi kalau mereka hendak pakai bahasa Inggeris, Tamil atau Kadazan tiada masalah," katanya.


Wanita berbaju hitam ketat, rambut blonde, kening dicukur itu yang dikenali sebagai Siti Kassim yang merupakan seorang aktivis yang tak setuju dengan NGO Melayu Islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,  dengan bangga dan lantangnya berkata :

"Saya tak kisah orang nak kata saya murtad. In the end tuhan yang akan judge saya. Orang melayu jgn jadi macam lembu dicucuk hidung, mereka ekstremis, selalu melakukan provokasi, dan saya tak perlu bagi tahu bentuk provokasi tersebut"


Anda tanya diri anda sendiri, kenapa orang-orang bukan Islam sejak akhir-akhir ini begitu tegar menentang Islam dan memperlekehkan kesucian Agama rasmi Persekutuan itu .... ????  Munginkah kerana adanya orang-orang Islam yang memberikan ruang itu secara terbuka!!!! Atau kerana IMAN yang semakin nipis dihati orang-orang Islam yang sekadar Islam di dalam dokumen !!!

No comments: