Harga minyak sawit (MSM) melonjak ke paras tertinggi harian dalam tempoh hampir 18 bulan iaitu RM2,860 setian tan. Harga sawit dijangka mampu mencecah RM 2,900 setan jika cuaca panas dan kering berlanjutan dalam tempoh beberapa bulan ini.
Kenaikan harga MSM juga dipengaruhi oleh suasana kering yang menjejaskan tanaman soya di benua Amerika Syarikat khususnya di Brazil yang terpaksa menanggung kerugian akibat banyak pokok kering dan kurang mengeluarkan hasil.
Selain itu, permintaan terhadap minyak sawit biodiesel sebagai bahan bakar alternatif juga meningkat ekoran ketegangan politik antara Russia dan Ukraine turut mempengaruhi harga komoditi tersebut. Sementara harga minyak mentah global telah meningkat US$2.06 kepada US$104.65 setong iaitu paras tertinggi sejak 23 September 2013 lalu.
Maklumat dan fakta ini mungkin tidak ada dalam kamus pemikiran puak pembangkang, apatah lagi akan disiarkan dalam akhbar-akhbar atau portal-portal mereka. Jarang sekali berita ekonomi ini akan keluar dalamSuara Keadilan mahupun Harakah ataupun RoketKini. Apa yang ada semuanya cerita buruk, negatif, hasut dan benci yang sengaja mahu membakar kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Bahkan mereka mahu penyokong mereka hidup tanpa mengetahui fakta sebenarnya. Inilah yang sering berlaku dalam ceramah-ceramah fitnah mereka saban hari.
Sengaja kami siarkan Berita Ekonomi ini supaya rakyat tahu bahawa naik turun harga komoditi bukanlah disebabkan oleh kerajaan atau individu tertentu dalam BN. Tetapi ia ditentukan oleh sistem pasaran terbuka dan global.
Hidup ini biarlah cerdik sikit, jangan jumud dan taksub kerana ia akan merosakkan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara kita. Bersyukurlah pada nikmat yang ada, berterima kasihlah pada yang berjasa. Meskipun sedikit, ia tetap ada dari takda langsung harapkan janji air liur jer lebih ... mymassa
No comments:
Post a Comment