Saturday, 29 September 2012

SURAT CINTA ANWAR DILELONG PADA HARGA RM50K DIBELI LAJIM UKIN


Surat cinta yang ditulis ketika dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilelong pada harga tertinggi RM50,000 malam tadi.
Surat ini ditulis Ketua Umum PKR itu ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh itu dibeli oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin.
Sebelum acara lelongan dijalankan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR naik ke atas pentas dan membacakan kandungan isi surat itu untuk penonton yang hadir dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Malawati di sini.
Antara kandungan surat itu menjelaskan perasaan kasih sayang Anwar terhadap isterinya dan keluarga selain usaha meracuninya menerusi makanan disajikan di dalam penjara.
Dr Wan Azizah juga diminta mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kartunis Zunar.
Majlis tersebut bertujuan memgumpul dana PR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)

5 comments:

Anonymous said...

Apa ni lelong2 ...

Tak ada duit ke? Lelong simbolik je. Duit jual tanah berjuta2 telah siap disediakan untuk pilihan raya.

Duit dalam simpanan DSAI pun masih banyak belum digunakan.

Lelong untuk mendapatkan simpati rakyat.

Bicara Perjuangan said...

Lelong utk kumpul dana utk PRU 13.....

Anonymous said...

Nak Pilihanraya pun terpaksa lelong surat cinta. Kalau dpt memrintah, semua nak bagi percuma pd rakyat, dari mana dpt duit utk support semua 'percuma' tu? Lelaong Putrajaya?

MissZara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hahaa...isi surat ni nanti boleh buat banner letak belakang jet pastu keliling dunia..hahaa