Polemik dan kontroversi mengenai hak penggunaan kalimah Allah telah menimbulkan keadaan tidak harmoni di kalangan rakyat pelbagai agama di Malaysia yang selama ini hidup bekerjasama dan aman damai.
Konflik mula tercetus apabila pihak Gereja Kristian Roman Khatolikberhasrat menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi menggantikan istilah ‘God’dalam penerbitan majalah Herald - The Catholic Weekly bagi versi Bahasa Melayu. Sedangkan istilah God (Tuhan) dikekalkan dalam versi-versi bahasa lain.
Mengapa Kristian Roman Katholik kelihatan begitu terdesak mahu menggunakan kalimah Allah? Kenapa ia ditentang hebat dan menjadi kesalahan di mata majoriti umat Islam? Malangnya dalam situasi ini, ada pula pemimpin pemimpin pakatan pembangkang mahu menolong sama usaha pihak Roman Katholik untuk menggunakan kalimah Allah di Malaysia.
Terdapat 14 dalil utamayang menjadi kesalahan pihak gereja Roman Khatolik yang tujuan utama mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam sebagai dakyah halus memurtadkan lebih ramai umat Islam. Keadaan ini pasti menimbulkan huru-hara di dalam masyarakat kita. Dalil-dalil ini wajib kita fahami.
- Penyalahgunaan terma, konsep dan tafsiran Allah di sudut teologi/ ketuhanan iaitu bagi umat Islam, Allah merujuk kepada Tuhan yang Satu dan bersifat Tunggal. Sebaliknya, Kristian mengaitkan Allah dengan konsep Trinity (tiga kuasa bersatu); Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Suci. Justeru, umat Islam amat marah jika tafsiran trinity ini cuba dikembangkan kepada mereka.
- Menyalahgunakan tafsiran hak kebebasan beragama sebagai hak asasi mutlak pihak Kristian untukmengembang dan menyebarkan Kristian terhadap umat Islam. Penyalahtafsiran Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama tidak dibaca secara menyeluruh denganArtikel 11 Perkara 4 yang melarang umat agama lain menyebarkan ajaran agama mereka terhadap umat Islam. Malah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan) 1988 turut melarang pihak bukan Islam mengembangkan ajaran mereka ke atas umat Islam. Larangan dalam Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perkara 11(4) tersebut.
- Salahguna dari segi perundangan apabila pihak gereja Khatolik berdegil untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2014 sebelumnya melarang. Penganut-penganut Khatolik turut melakukan pelbagai provokasi menghina Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac 2014. Isu The Herald adalah berkaitan langsung dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
- Sebagai rakyat Selangor, ianya menyalahgunakan hak sebagai rakyat dan anak negeri Selangoryang mengundi di Selangor untuk menyanggah dan menderhakai titah perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Tertinggi Negeri yang tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian bagi maksud mengelirukan rakyat sehingga timbul huru-hara.
- Salahguna hak kebebasan bersuara untuk bersikap biadap mempertikaikan kuasa dan titah perintahYang Di Pertuan Agong sebagai Kuasa Eksekutif Tertinggi Negara dan Persekutuan yang melarang penyalahgunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam penerbitan dan dakwah mereka. Ini kerana kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam bagi merujuk kepada Tuhan yang Satu bukannya trinity. Ini kononnya bertentangan dengan hak mereka sebagai pembayar cukai kepada negara.
- Menyalahi ketetapan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1986 yang menegaskan bahawa kalimah Allah adalah persoalan akidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan umat Islam merujuk nama Tuhan yang Esa, ini bercanggah dengan kepercayaan Kristian – Trinity. Pada 7 Mei 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi tegas melarang mana-mana pihak untuk tidak menyalahgunakan kalimah Allah atau mengembangkan apa-apa fahaman yang bertentangan dengan Islam kepada umat Islam.
- Bagi pengikut PAS ianya adalah menyalahi ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013dibuat oleh Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS yang telah menetapkan kalimah Allah adalahpersoalan akidah dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam. Namun kebanyakkan golongan pro kristian adalah pengikut dan penyokong tegar Pakatan Rakyat nyata menentang ketetapan PAS sendiri.
- Bagi ahli UMNO, ianya bersalahan dengan prinsip UMNO yang mewakili majoriti umat Melayu-Islam di Malaysia. Terdapat usul agama dan resolusi Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNODisember 2013 yang tegas menyeru umat Islam supaya bersatu menentang sebarang usaha menyalahgunakan kalimah Allah yang tujuan memurtadkan ummah. Majlis Tertinggi UMNO turut menegaskan hal yang sama pada 24 Januari 2014. Sebelum itu UMNO sebagai tulang belakangkerajaan dan kabinet Persekutuan melarang pihak gereja memakai kalimah Allah pada 18 Oktober 2006dan 1 November 2006.
- Pihak gereja memberi kefahaman salah dan menyeleweng kepada penganut-penganutnya kononnya Kerajaan Malaysia turut membenarkan penggunaan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia seperti mana di Sabah dan Sarawak. Hakikatnya dalam Resolusi 10 Perkara Penyelesaian Isu Bible tidak ada pun menyebut tentang keizinan telah diberikan kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung.
- Penggunaan kalimah Allah juga bertentangan dengan kefahaman dan pegangan mazhab-mazhab kristian yang lain seperti Orthodok, Protestant, Lutheran, Anglican, Methodist, Pentecostal, Presbyterian, Charismatic, Adventist, Evangelical, Baptist, Bethany, Jehovah, Reformed, Calvinist, Marmon dan 200 lagi mazhab Kristian di seluruh dunia yang menolak penggunaan istilah Allah bagimerujuk kepada Ketuhanan Trinity yang dipunyai Father God, Jesus God dan Holy Spirit.
- Pihak gereja Roman Khatolik telah menyalahi kefahaman di sudut sebutan dan gelaran tuhan yang selama ini mereka sering gunakan untuk merujuk kepada Tuhan iaitu God atau Lord (Bahasa Inggeris) atau, Ela, Eloi, Elai, Elohim, Eloah, Yahweh (Bahasa Latin dan Hebrew) dan bukannya Allah. Sedangkan penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah merujuk kepada Tuhan yang Satu di dalam Bahasa Arab dan tradisi Islam. Bahasa Arab pula adalah bahasa Al Quran, bahasa ibadah dan bahasa akidahyang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Niat Kristian juga salah apabila mempunyai agenda tersembunyi untuk mengguna pakai kalimah Allah bagi tujuan memurtadkan umat Islam apabila mahu menyamakan Islam dan Kristian sebagai agama wahyu dari langit, serumpun dan sama kerana menyembah Allah sebagai Tuhan (kalimatunsawa) selain berasal dari agama keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abrahamic Faith). Bagi Islam ini adalah fahaman pluralis yang menyesatkan.
- Kesalahan juga dilakukan oleh pihak dan penyokong gereja Kristian Roman Khatolik dari sudut jenayah perundangan dengan memprovokasi, menghina, menderhaka selain tindakan-tindakan mengganggu emosi, mental atau fizikal terhadap institusi beraja, agama Islam dan bangsa Melayu.
- Pihak minoriti Kristian Roman Khatolik nyata tidak menghormati Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia dengan cuba memaksakan fahaman dan pemikiran mereka ke atas majoriti umat Islam. Ia merupakan kesalahan-kesalahan penyalahgunaan hak sebagai rakyat Malaysia dengan tidak menghormati hak penganut agama lain. Perbuatan keji mereka berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negara ini.
Tidak salah kalimah Allah digunakan oleh sesiapa saja di dunia jika kalimah tersebut dirujuk kepada Tuhan yang Satu, Esa, Tunggal, Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan serta tidak disamakan dengan mana-mana bentuk atau entiti lain.
Umat Islam akan terus menentang kemahuan pihak-pihak tertentu yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam sebarang penerbitan seperti dalam majalah The Herald, Bible dan sebagainya kerana nyata ia akan disalahgunakan dan dipaksa secara halus atau terang-terangan kepada umat Islam bagi tujuan pemurtadan.
Sesungguhnya Allah adalah Pencipta sekalian makhluk di langit dan dibumi. Umat Islam menggunakan kalimah Allah setiap kali azan diseru untuk mereka mengerjakan sembahyang 5 waktu. Umat Islam juga menggunakan kalimah Allah dalam setiap ibadah mereka. Allah mempunyai 20 Sifat Kesempurnaan dan 99 Nama-Nama Suci (Asma’ul Husna)yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. Mustahil sama sekali jika keimanan itu boleh digantikan dengan kefahaman Trinity. Esok adalah keputusan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah SWT. Moga ianya berpihak pada Islam. Allahuakbar!!!.
No comments:
Post a Comment