Erra Fazira yang baru bercerai dengan suaminya minggu lepas, terbaru telah digossipkan kononnya artis jelita itu mempunyai hubungan sulit dengan Setiuasaha Agong UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Kita ikuti apa kata Erra Fazira mengenainya.......
"Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.
Erra berkata, berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain.
"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini. Harian Metro
Sementara itu, bercakap menerusi Berita Harian semalam, Ku Nan menafikan khabar angin ini sambil ketawa. Kata beliau:-
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan terkejut apabila ditanya mengenai hubungan istimewanya dengan Erra Fazira dan menegaskan bahawa beliau tidak akan berkahwin dengan Erra Fazira kerana desas-desus itu tiada kaitan dengannya.

Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira, tidak… tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan terkejut apabila ditanya mengenai hubungan istimewanya dengan Erra Fazira dan menegaskan bahawa beliau tidak akan berkahwin dengan Erra Fazira kerana desas-desus itu tiada kaitan dengannya.
No comments:
Post a Comment