Thursday 5 April 2012

NIZAR JAMALUDDIN MUKA TEMBOK..!!!





KALAU sudah memang dasar muka tak tahu malu, di‘kantoi’kan sebesar mana sekali pun dia tidak akan rasa malu. Kalau sudah muka tembok, mukanya akan sentiasa tebal meskipun dia dibuktikan berbohong dengan jelas.
Dia yang tak tahu malu yang dimaksudkan itu ialah Nizar Jamaluddin, bekas Menteri ‘Boneka’ Besar Negeri Perak.
Pada Sabtu baru-baru ini, Nizar ditemani oleh “master-master”nya iaitu Ngeh dan Sivakumar bersama beberapa pengikut yang dipercayai diupah telah mengadakan satu demonstrasi membantah operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.
Ngeh di dalam sidang DUN Perak, mempersoalkan kewajaran kerajaan pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang kononnya meluluskan projek Vale berkenaan di kawasan Teluk Rubiah dan tidak di Tanjung Hantu di Bagan Datoh yang kononnya lokasi sebenar projek tersebut.
Berani sungguh puak-puak pembangkang itu mempersoalkan projek tersebut tanpa mengimbas kembali perkara sebenar.
Dan berani itu saya sifatkan sebagai ‘berani bodoh’, serbu tak pakai helmet! Tanpa mereka sedar, mereka sedang ‘membogelkan’ diri sendiri…
Sepucuk surat telah didedahkan oleh Dr Zambry mengenai projek tersebut. Surat yang bertarikh 17 Disember tersebut adalah berhubung kelulusan dan sokongan penuh Kerajaan Negeri Perak ketika itu yang diketuai oleh Nizar sendiri.
Paling menariknya, surat tersebut menyebut bahawa lokasi yang dipersetujui bagi projek Vale itu ialah di Teluk Rubiah dan bukannya di Tanjung Hantu di Bagan Datoh sebagaimana yang didakwa oleh Nizar dan Ngeh. Malah, surat itu ditandatangani oleh Nizar sendiri.
Mengetahui ‘auta’nya sudah terbongkar, Nizar kononnya mahu dilihat “gentleman” dengan membuat pengakuan bahawa memang benar dia yang menandatangani surat itu dan meluluskan projek Vale.
“Gentleman”? Untuk dianggap sebagai “Gentleman”, cukupkah sekadar dengan pengakuan tersebut? Rasanya tidak..!
Pada saya, bukan sekadar pengakuan, Nizar perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, ADUN Pasir Panjang dan melepaskan semua jawatan partinya. Itu baru boleh dianggap “gentleman” kerana dia bertanggungjawab sepenuhnya dengan penipuan, fitnah dan cubaan memburuk-burukkan Dr. Zambry dan Kerajaan BN Negeri Perak!
Seorang Ketua Pembangkang perlu menghormati sidang DUN dan tidak menabur pembohongan kerana ia boleh dianggap menghina Dewan. Seorang ADUN pula perlu kekuatan intergriti yang tinggi dan tidak boleh menipu atau membuat sebarang tohmahan tidak benar.
Dan sebagai seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti PAS yang kononnya mewakili ‘perjuangan Islam’, dia tidak boleh menipu, berbohong, memburuk-burukkan atau menabur sebarang fitnah terhadap pihak lain. Tindakan tersebut jelas mengkhianati ‘perjuangan Islam’ sebenar! Dia patut letak jawatan serta merta dari terus memalukan Islam!
Nizar sepatutnya malu pada dirinya sendiri. Nizar sepatutnya malu pada rakyat Perak. Nizar patutnya malu pada Dr. Zambry. Nizar patutnya malu pada DYMM Sultan Perak. Nizar patutnya malu pada partinya. Nizar patutnya malu pada seluruh negara. Tapi, apakah Nizar punya rasa malu?
Dari insiden ini, jelaslah bahawa Nizar dan pihak pembangkang di Perak sanggup melakukan apa saja pembohongan dan fitnah demi memburuk-burukkan BN Perak walau dengan menggunakan cara yang keji dan kotor. Persoalannya, apakah rakyat Perak memerlukan pemimpin sebegini?
Kebusukan hati Nizar dan pihak pembangkang Perak jelas kelihatan pada insiden ini. Di manakah mereka meletakkan harga maruah mereka di mata rakyat? Tak malukah mereka apabila ‘kantoi’ sebegini hina?
Saya serahkan persoalan ini kepada seluruh rakyat Perak. Sekiranya mahu Perak dihuru-harakan sekali lagi oleh “MB Boneka Komunis” seperti Nizar, maka serahkan Perak kepada Pakatan Haram pada PRU13 ini.
Namun sekiranya rakyat Perak sayangkan negeri Darul Ridzuan ini, maka rasanya wajarlah memihak kepada Kerajaan BN Negeri Perak yang sedia ada kerana jelas sekali selepas mengambil alih Perak dari ‘neraka’ Pakatan Haram, negeri Perak kembali aman, teratur dan maju di bawah kepimpinan Dr. Zambry. Itu fakta, bukan auta.

6 comments:

Anonymous said...

dahlah banggang jd mangkuk ayun pulak.., sendiri cadang sendiri luluskan dan sendiri protes pulak tuuuu.....kakakakakaka
Pegang lilin ajelah Nizar, tu aje yg terbaik buat engkau.....
Masa pegang lilin pun nafikan jugak, ni pun nafikan jugak....bila dh tersepit baru nak mengaku....memang engkau keturunan pembohong ke ????

Anonymous said...

Sepatut nya waktu dia pegang lilin dulu...suroh dia totong api lilin itu kat kotek bengkok ketua umum PR ...serupa macam kita main mercun dulu.

Anonymous said...

kekadang bkn tak kesian dgn dia tu...(apapun dia masih sedara Islam kita)...tp dia yg sanggup menjahanamkan dirinya sendiri dgn menjadi kuda kayu ngeh kho ham tu....bodoh tak boleh diajar satu hal, sial pulak tu!!!!

Anonymous said...

dia berani mengaku dalam dewan aja la tu.... sbb penyokong2 bangang dia tak tau. tp esok lusa dlm ceramah, pasti dia spin punya lah!!!!

Anonymous said...

ish sakit ati plak aku tgk si brader janggut kambing nieyh...mcm sial

Anonymous said...

INILAH MANUSIA BONEKA DAP YG MELULUSKAN TANAH 999 TAHUN KEPADA BEBERAPA KELUARGA CINA DI PERAK. MELAYU PUN TAK PERNAH DPT LAMA MCM TU, DIA BAGI TANAH KAT CINA SAMPAI 30 KETURUNAN. BANGANG PUNYA MELAYU, KALAU DAH ADE DARAH CINA TU TAK BYK SIKIT, SIKAP HANJENG TU MESTI ADA.....