Tuesday, 4 March 2014

4 SUSPEK WARGA ASING DITAHAN KES SERANGAN KE ATAS ANGGOTA POLIS KETIKA RONDAAN


PETALING JAYA : Empat suspek warga asing termasuk tiga wanita dan seorang lelaki ditahan polis berhubung serangan ke atas dua anggota polis di Klang. Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Selasa. Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dan dua warga asing ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan lima warga asing di Taman Sentosa, Klang, awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa. Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika sedang membuat pemeriksaan.
Difahamkan dalam pergelutan yang berlaku, pistol milik Raja Aizam telah dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian menembak dua suspek. Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Mohd Aidil masih menerima rawatan di hospital sama.

No comments: