Wednesday 21 August 2013

KEKAYAAN LUARBIASA LAJIM UKIN DIDEDAHKAN....

AIDCNews –  Blog borneobullet mendedahkan dokumen-dokumen cek yang didakwa milik Datuk Seri Panglima Lajim Ukin bernilai ratusan ribu dari CIMB Islamic, EON Bank Bhd dan OCBC Bank dibuat secara ‘cash’ untuk individu-individu tertentu.



“Lajim memiliki kekayaan yang sungguh luar biasa. Bayangkan sahaja Lajim dengan mudah menghulurkan RM50 ribu hanya untuk membeli surat cinta Anwar.
“Entah apa yang istemewanya dengan surat cinta tersebut sehingga Lajim sanggup mendapatkannya dengan harga begitu mahal,” dedahnya yang merujuk terhadap satu majlis lelongan Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Shah Alam, pada 29 September tahun lepas.
Dalam masa sama blog itu turut melahirkan kehairanan bagaimana Lajim mampu naik cepat dalam parti itu, meskipun baru menyertai PKR.
“Patutlah ramai adun pembangkang Sabah menyokong Lajim Ukin mengetuai mereka. Malah, parti paling menyerlah di kalangan pembangkang iaitu DAP, juga sanggup “menikam” rakan sendiri semata-mata mahu memastikan Lajim Ukin kekal sebagai ketua mereka.
“Sungguh mengherankan apabila Lajim yang baru sahaja menyertai pembangkang amat mudah dilantik ke jawatan ketua pembangkang Sabah, sedangkan masih ramai pemimpin pembangkang di negeri ini yang lebih layak menyandang jawatan tersebut berbanding dengan Lajim.
“Jika dikatakan Lajim mempunyai pengaruh yang kuat di Sabah, pemimpin pembangkang lain juga memiliki pengaruh yang sama kuatnya, malah mungkin lebih hebat dari Lajim.. atau jika dikatakan Lajim berpengalaman, ramai lagi ahli-ahli politik pembangkang yang jauh lebih berpengalaman dari beliau terutamanya dalam kerja-kerja membangkang,”dakwanya.


BACA SETERUSNYA DAN FOTOCOPY CEK-CEK BERKAITAN.... KLIK DI SINI

No comments: