Wednesday 21 August 2013

( FOTO ) : TRAJEDI BAS TERHUMBAN KE DALAM GAUNG DI GENTING HIGHLAND


Kemalangan melibatkan bas persiaran terhumban ke dalam gaung sedalam lebih kurang 50 meter,  di Lebuh Raya Karak hala Kuala Lumpur (menuruni Genting Highlands) kira-kira jam 2.45 petang tadi. Mangsa terkini dilaporkan seramai 49 orang. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.

UPDATE :  

Setakat ini 33 orang disahkan maut dan 16 orang yang cedera dihantar ke Hospital Selayang. Mayat pertama yang berjaya dibawa keluar adalah seorang wanita. Bas yang terlibat dalam kemalangan adalah bas ulang-alik dan bukan bas persiaran seperti yang dilaporkan sebelum ini - (admin mohon maaf). Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

17 daripada mayat tersebut telah dibawa naik oleh pihak bomba, tragedi tersebut adalah yang paling buruk selepas nahas bas ekspres dan bas sekolah di Merapoh, Pahang pada November 2003 yang meragut 18 nyawa. 
Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera.
Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tiba di lokasi nahas bas yang terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting-Karak sebentar tadi, bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa.

UPDATE :


Setakat jam 9:30 malam 37 disahkan terkorban - 24 lelaki dan 13 wanita. 
Operasi selesai 8.20 malam menurut TV3....

Namun maklumat terbaru mengatakan 4 lagi mangsa (Meninggal Dunia) berjaya di temui pihak polis di tempat kejadian.

Jumlah keseluruhan mangsa kemalangan ngeri bas ekspres menjunam ke dalam gaung buat ketika ini adalah 53 orang.

Dari jumlah 53 mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut, 35 adalah lelaki dan 18 adalah wanita. Kesemuanya di percayai warga negara Malaysia.


Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL (dari Bernama) :
 
1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia


Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
  
1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia
Berikut dipaparkan beberapa gambar kerja-kerja menyelamat yang sedang giat dijalankan yang diperolehi dari Pages Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor  dan yang dikongsi dari rakan-rakan bloggers :













Akan diupdate dari semasa ke semasa.... Harap Maklum.

No comments: