Wednesday 21 August 2013

GENGSTER DITAHAN POLIS SELEPAS BERBALAS TEMBAKAN



Menurut sumber yang diterima, seorang lelaki India dari satu kumpulan gengster telah berjaya ditahan oleh pihak Polis didalam satu kejadian berbalas tembakan di Selangor. Ia berikutan satu aduan mengenai kes samun bersenjata yang dilaporkan di balai berdekatan.

Pihak Polis bertindak mengesan dan menjumpai 5 Lelaki India yang menaiki kereta 4WD Mitsubishi Triton di kawasan sekitar Batu Caves.

Didalam usaha untuk menangkap penjenayah terbabit, kenderaan Polis telah ditembak beberapa kali oleh suspek sehingga menyebabkan salah satu kenderaan peronda terbabas melanggar pembahagi jalan.

Hasil dari usaha berkenaan, pihak Polis akhirnya berjaya menangkap salah seorang dari suspek dan kes ini d siasat d bawah seksyen 395 kanun keseksaan. ~ MPP News


No comments: