PANGLIMA ATM PERUT KEMBUNG...
Itulah ungkapan
hinaan yang ditujukan kepada Panglima Angkatan Tentera,
Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seluruh anggota Angkatan Tentera
Malaysia yang disiarkan di dalam laman web Suara Pakatan Rakyat.
Dalam pada masa
Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba memujuk dan meyakinkan beberapa
bekas jeneral ATM untuk membantu jentera parti tersebut memenangi
pilihanraya, laman web pihak pembangkang dengan beraninya menghina
seluruh warga ATM secara terbuka. Adakah kata-kata tersebut merupakan
nilai anggota tentera kepada mereka? Wajar diludah? Wajar dicerca dan
dihina?