Thursday 28 March 2013

PENDEDAHAN !!! 3 SEBAB SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR....

Post Pic

SHAH ALAM : Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba semalam mendedahkan tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu.
 
Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar mengatakan masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau enggan bersama bekas rakan karibnya itu.
 
Namun katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemubual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat istikharah bagi memohon petunjuk.
 
"Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.
 
"Namun dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup," katanya dipetik daripada akhbar Utusan hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) semalam.
 
Sidek yang pernah bersama-sama membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar turut memberitahu beliau juga kecewa apabila Ketua Umum itu yang pernah disanjung sebagai pejuang Islam kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.
 
"Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 20 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal," katanya.
 
Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara. AntaraPos

1 comment:

Anonymous said...

sedakasejahtera.blogspot.com/2013/04/berapi-siapa-sidek-baba-ditelanjangi.html