Thursday 22 November 2012

{ VIDEO } KULIT KEPALA CR7 ADA KALIMAH ALLAH...!!!!

Anda percaya atau tidak...sewaktu pemain bolasepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menerima rawatan di padang kerana tercedera pada bahagian matanya dalam permainan pada 11 November lalu, kalimah Allah telah terlihat di atas kepalanya.....




Pemain bola dengan nama penuh Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro dilahirkan di Funchal, Madeira, Portugal, lahir pada 5 Februari 1985 adalah anak kepada Maria Dolores dos Santos Aveiro dan José Dinis Aveiro dan pastinya beliau bukan beragama Islam. Beliau juga popular dengan panggilan CR7.


Bekas pemain Manchester United yang kini bermain untuk kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang sering dilabel sebagai kaki perempuan dan sombong telah melelong kasut emas yang dimenanginya pada 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu akan disumbangkan untuk membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

Jom kita ikuti Video klip di YouTube yang memaparkan di bahagian kepala bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tertulis kalimah الله (Allah). Video ini dirakam ketika Ronaldo menerima rawatan akibat matanya berdarah disiku pemain lawan ketika menentang Levante pada 11 November lalu.

Mungkin ramai beranggapan ianya hanya kebetulan. Tetapi lihatlah ia kenyataan khalimah Allah terlihat di situ, jom sama-sama saksikan videonya di bawah ini....



** Adakah ini video edit.... untuk menipu peminat CR7.... atau memang video asli....anda nilailah sendiri...wallahu'alam.

Sumber : dhanian

No comments: