Sunday, 1 July 2012

BAHANA APABILA PEREMPUAN GHAIRAH NAK CANTIK...


BRO nak gelak guling-guling bila baca berita ada perempuan guna barang kosmetik tiruan semata-mata untuk cantik.

Bro tak kisah kalau perempuan nak cantik tetapi biarlah berpada-pada, buat apa nak susahkan diri nak guna benda macam tu sebab kesan jangka masa panjang memang buruk.

Memanglah buat permulaan, bila guna produk tiruan ni, muka nampak cantik tetapi lama kelamaan ia akan merosakkan wajah ciptaan Allah SWT itu.

MUFTI KELANTAN DICABAR HUSAM UNTUK BERDEBAT BERKENAAN DINAR EMAS...???


Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.
Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.
“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.
Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.

COCA-COLA, PEPSI MENGANDUNGI ALKOHOL..???

Coca-Cola dan Pepsi mengandungi jejak alkohol, berdasarkan penelitian saintifik yang diterbitkan di Perancis.

Perkara berkaitan alkohol di dalam minuman berkarbonat jenama Pepsi dan Coca Cola telah lama menjadi persoalan dan 'perbalahan'...

Pendedahan itu akan menimbulkan kebimbangan di antara mereka yang memilih minuman ringan berkarbonat untuk alasan agama, kesihatan atau alasan keselamatan lain.

Menurut ujian yang dilakukan oleh Institut Konsumsi Nasional (INC) yang berpusat di Paris, lebih dari setengah minuman cola terkemuka mengandungi jejak-jejak alkohol.

KISAH TUKANG PANCUNG TERKENAL ARAB SAUDI..... ABDALLAH SAID AL-BISHI

Abdallah Said Al- Bishi...Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.
Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006.
Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.
Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.
Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.
Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.
Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.
Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.
Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.
”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.
Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.
Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.
Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.
” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,”  ujarnya.
Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.
Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.
Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.
Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.
Bagi memuluskan tugasnya,  Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.
Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.
Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan.
Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.
Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki.
Pesalah potong tangan dibius dulu.
Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung
” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

CARA BERANI PENGEDAR DADAH SELUDUP HANDPHONE KE PENJARA BRAZIL

Seorang rakan dari Brazil menceritakan bahawa Penjara Carandiru di bandar Sao Paulo adalah penjara yang paling menakutkan kerana semua penjahat kelas berbahaya ditahan disitu.

Dan beberapa waktu lalu pernah terjadi rusuhan beramai-ramai di penjara tersebut yang mengakibatkan banyak berlaku kematian. Untuk menghadapi penjahat yang ganas-ganas tersebut, maka ditempatkanlah warden-warden penjara yang ganas-ganas pula kedisiplinannya disana.


Namun, seganas-ganasnya warden (pastinya mereka juga amat teliti), tetap saja mereka kecolongan juga oleh kecerdikan kerenah para tahanan yang konon dapat menyogok warden. Para tahanan tersebut kerap kali berjaya menyeludup barang-barang terlarang seperti handphone ke dalam penjara baik tanpa setahu warden ataupun setahu warden. Dan pastinya, ramai tidak setahu warden.

Beberapa ketika lalu seorang pengedar dadah besar dan kaki tangannya serta beberapa tahanan tertangkap tangan kerana menyeludup handphone ke dalam penjara. Berikut ini adalah kaedah-kaedah mereka untuk menyeludup handphone:



Dimasukkan ke dalam (maaf) vagina



melalui kaki palsu

Melalui makanan (dengan bantuan orang dalam)


Menggunakan merpati pos

Masih banyak cara yang digunakan oleh para banduan untuk mengelabui mata warden. Dan cara kuno seperti menyeludup melalui kitab suci sudah ditinggalkan kerana para warden sudah mengetahui cara tersebut sejak lama.

Benar-benar gila. Yang namanya penjahat seringkali selalu lebih cerdik selangkah daripada yang berkuasa.

SUMBER

PENGARAH MINTA HABUAN SEKS UNTUK BERI PELUANG BERLAKON...???



KUALA LUMPUR: Pantang lihat ‘pucuk muda’, pasti mahu ‘dibahamnya’. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.

HOLMES : CRUISE TERLALU MENGONGKONG

KatieHolmes TomCruise

New York – Katie Holmes bimbang dia akan menjadi `robot’ jika terus bersama dengan Tom Cruise, yang terkenal dengan sikap suka mengongkong.
Malah, Holmes juga mengakui, hidupnya berubah 360 darjah sejak bergelar isteri kepada Cruise.
Perkara itu dikatakan menjadi punca bekas aktress Dawson’s Creek ini memfailkan perceraian selepas lima tahun berada di alam perkahwinan dengan bintang ‘Rock of Ages’ itu.