Sunday, 1 July 2012

HOLMES : CRUISE TERLALU MENGONGKONG

KatieHolmes TomCruise

New York – Katie Holmes bimbang dia akan menjadi `robot’ jika terus bersama dengan Tom Cruise, yang terkenal dengan sikap suka mengongkong.
Malah, Holmes juga mengakui, hidupnya berubah 360 darjah sejak bergelar isteri kepada Cruise.
Perkara itu dikatakan menjadi punca bekas aktress Dawson’s Creek ini memfailkan perceraian selepas lima tahun berada di alam perkahwinan dengan bintang ‘Rock of Ages’ itu.
RadarOnline.com melaporkan, Holmes telah memaklumkan kepada rakan-rakan rapatnya bahawa selepas lima tahun hidup bersama aktor tersebut, dia merasakan hidup menjadi `gila’.
“Katie mempunyai personaliti yang menarik dan dia seorang yang bijak dan berani. Namun kehidupannya berubah menjadi hambar selepas berkahwin dengan Tom.
“Akhirnya Katie menjadi bosan dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu iaitu mencari semula kehidupannya,’’ katanya laman web berkenaan.
Pelakon itu membuat keputusan nekad berkenaan selepas anak mereka, Suri, mula mempersoalkan tindakan Cruise yang mengongkong dan membuat semua keputusan.
Holmes dilaporkan akan mendapatkan hak penjagaan penuh ke atas Suri.
Dia juga menuntut sejumlah wang untuk nafkah anaknya selain pembahagian harta walaupun kedua-duanya telah menandatangani perjanjian sebelum berkahwin yang dilakukan berdasarkan undang-undang California.
Berdasarkan perjanjian itu, Holmes akan mendapat $3 juta bagi setiap tahun perkahwinan dengan Cruise dan jumlah maksimum yang akan diperolehinya ialah $33 juta selepas 11 tahun perkahwinan selain rumah mereka di California.
Jika Holmes memfailkan perceraian kurang dari tempoh enam tahun, dia bakal mendapat $15 juta dan banglo mewah di Beverly Hills bernilai $15 juta.
Harta pasangan itu dilaporkan bernilai $275 juta.
Namun dengan jumlah harta itu, Holmes dijangka membuat tuntutan tambahan dan bakal mendapat lebih banyak lagi.
Dalam pada itu, Cruise sejak awal lagi dikatakan gagal menghidu perceraian itu.
Jurucakap kepada Cruise memaklumkan, aktor berkenaan yang kini sedang menjalani penggambaran di Iceland, amat sedih dengan tuntutan perceraian itu.
Dia kini mengalih perhatian kepada tiga anaknya iaitu Suri dan dua lagi anak angkat yang dipeliharanya ketika masih berkahwin dengan aktres Nicole Kidman.

No comments: