Showing posts with label HUSAM MUSA. Show all posts
Showing posts with label HUSAM MUSA. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

HUSAM TERJELEPOK.... TEWAS LAGI...!!!



KOTA BHARU – Jika sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Husam sering mendabik dada bahawa beliau tidak pernah kalah dalam kes saman tetapi kali ini realitinya berbeza apabila tewas dalam dua kes saman terhadap blogger dalam tempoh dua minggu.
Sebelum ini tewas di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam permohonan injuksi terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Azizi, hari ini beliau tewas dengan Mohd Faisal Rohban Ahmad,37.
Husam menfailkan saman fitnah sebanyak RM500,000 terhadap Mohd. Faisal kerana mendakwa individu tersebut memitnahnya dalam laman blog ruangbicarafaisal.blogspot.com.
SETERUSNYA.... KLIK DETIK PERUBAHAN

Sunday, 1 July 2012

MUFTI KELANTAN DICABAR HUSAM UNTUK BERDEBAT BERKENAAN DINAR EMAS...???


Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.
Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.
“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.
Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.

Tuesday, 19 June 2012

HUSAM PELINGKUP KGT...!!!


Husam Musa dan Omar Vallido

Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.

Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta).

Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT.

Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut.

Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham.

Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan.

Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad.

Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa.


Monday, 28 May 2012

LEBUH RAYA RAKYAT : HUSAM HILANG AKAL..!!!


Husam kini berjanji membina Lebuh Raya Rakyat yang dicita-citakan menyambung Kota Bharu ke Kuala Krai. Bila disebut Husam berjanji, maka Husam itu adalah Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Husam adalah jurucakap kepada Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.
Mungkin ada diantara kita tidak dapat hidup sepanjang Lebuh Raya Husam untuk menikmatinya, jadi nasihat saya sangat mudah. Nilailah hari ini Lebuh Raya Husam dengan apa yang kita lihat telah terjadi kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru. Jika program-program itu kita jadi kadar bandingnya, maka tidak lah perlu kita panggil Husam sebagai penipu bila kita bercakap soal lebuh raya ini pada tahun hadapan.
DAPATKAN INFO LENGKAP..... DI SINI